Thursday, February 02, 2017

Reviu: The Accountant

Aku tak pernah public-kan sebarang komen atau reviu filem. Banyak filem dalam genre aksi yang aku suka tengok, selain dari toku, mecha, anime dan sedikit kategori lain.

Tahun 2017, cerita ini antara yang pertama aku tengok, The Accountant yang mana heronya ialah  Ben Affleck.

Imej dari imdb

Apa yang menyebabkan aku tertarik pada mulanya untuk tengok cerita ni? Ada elemen pencak silat di dalamnya. Sebelum ditayangkan, aku ada baca wikipedia dia dan tengok trailer yang tunjukkan aksi-aksi berkenaan. Jadi, beberapa bulan selepas tayangannya pada Oktober 2016, aku mulalah cari sumber untuk tengok.

Kisah pasal seorang lelaki yang mengalami autistik peringkat berfungsian tinggi. Waktu kanak-kanaknya penuh dengan krisis keluarga - perpisahan ibu bapa, zaman kanak-kanak yang sukar, latihan ala-tentera oleh si bapa kepada anak. Si bapa percaya masalah autistik ini dapat diatasi atau sekurang-kurangnya dikurangkan dengan latihan fizikal intensif.

Kanak-kanak ini, waktu besarnya menjadi akauntan forensik kerana sifat ketelitian melampaunya. Juga mahir dengan pencak silat, skil penembak tepat dan memiliki sebuah kediaman bergerak, Christian 'Chris' Wolff lakonan Ben Affleck menerima kerja dari satu suara wanita untuk semak kewangan organisasi baik dan jahat dan menjejak sebarang penipuan kewangan dalam organisasi tersebut. Dia menerima habuan dalam pelbagai bentuk ganjaran - emas, duit, komik 1st edition, lukisan klasik dan lain-lain. Semuanya OK sampailah satu CEO ni minta dia audit syarikat dia, terjumpa satu kesalahan perakaunan yang sengaja dibuat, dan bermulalah aksi yang hendak dilihat.

Bagi aku, cerita ini stereotaip. Cerita ini tidak perlu fikir banyak - memang aku suka. Cuma aku nak tengok pencak silat yang dipraktiskan dalam aksi perlawanan, namun aku agak kecewa kerana ianya lebih kepada MMA - ianya tidak menampakkan ciri distinktif pencak silat Indonesia seperti dalam plot awal filem Merantau lakonan Iko Uwais. Scene latihan di Indonesia semasa Chris masih kecil juga amatlah sedikit.

Kisah ini mengangkat autism namun entahlah ianya memberi inspirasi kepada orang yang mengalami autistik atau tidak.

Kesimpulan: halfheartedly recommended
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...