Thursday, February 02, 2017

Reviu: The Accountant

Aku tak pernah public-kan sebarang komen atau reviu filem. Banyak filem dalam genre aksi yang aku suka tengok, selain dari toku, mecha, anime dan sedikit kategori lain.

Tahun 2017, cerita ini antara yang pertama aku tengok, The Accountant yang mana heronya ialah  Ben Affleck.

Imej dari imdb

Apa yang menyebabkan aku tertarik pada mulanya untuk tengok cerita ni? Ada elemen pencak silat di dalamnya. Sebelum ditayangkan, aku ada baca wikipedia dia dan tengok trailer yang tunjukkan aksi-aksi berkenaan. Jadi, beberapa bulan selepas tayangannya pada Oktober 2016, aku mulalah cari sumber untuk tengok.

Kisah pasal seorang lelaki yang mengalami autistik peringkat berfungsian tinggi. Waktu kanak-kanaknya penuh dengan krisis keluarga - perpisahan ibu bapa, zaman kanak-kanak yang sukar, latihan ala-tentera oleh si bapa kepada anak. Si bapa percaya masalah autistik ini dapat diatasi atau sekurang-kurangnya dikurangkan dengan latihan fizikal intensif.

Kanak-kanak ini, waktu besarnya menjadi akauntan forensik kerana sifat ketelitian melampaunya. Juga mahir dengan pencak silat, skil penembak tepat dan memiliki sebuah kediaman bergerak, Christian 'Chris' Wolff lakonan Ben Affleck menerima kerja dari satu suara wanita untuk semak kewangan organisasi baik dan jahat dan menjejak sebarang penipuan kewangan dalam organisasi tersebut. Dia menerima habuan dalam pelbagai bentuk ganjaran - emas, duit, komik 1st edition, lukisan klasik dan lain-lain. Semuanya OK sampailah satu CEO ni minta dia audit syarikat dia, terjumpa satu kesalahan perakaunan yang sengaja dibuat, dan bermulalah aksi yang hendak dilihat.

Bagi aku, cerita ini stereotaip. Cerita ini tidak perlu fikir banyak - memang aku suka. Cuma aku nak tengok pencak silat yang dipraktiskan dalam aksi perlawanan, namun aku agak kecewa kerana ianya lebih kepada MMA - ianya tidak menampakkan ciri distinktif pencak silat Indonesia seperti dalam plot awal filem Merantau lakonan Iko Uwais. Scene latihan di Indonesia semasa Chris masih kecil juga amatlah sedikit.

Kisah ini mengangkat autism namun entahlah ianya memberi inspirasi kepada orang yang mengalami autistik atau tidak.

Kesimpulan: halfheartedly recommended

Tuesday, January 24, 2017

Dua jenis Command Prompt

Dalam Windows, kita akan selalu menggunakan Command Prompt untuk melaksanakan command yang simple seperti ipconfig, tracert, net send, getmac dll atau command kompleks seperti net start, net stop, batch running dll (contohnya apabila membetulkan Windows Update yang corrupted).

Sedarkah kita dalam arahan biasa, kita disuruh akses Command Prompt menggunakan cara biasa seperti:

1. Contoh Windows 7 - klik Start, klik All Programs, klik Accessories dan klik Command Prompt
2. Semua versi Windows - klik Start dan klik Run atau tekan serentak Windows button + R dan seterusnya taip cmd dan tekan Enter

Arahan standard ini akan mengeluarkan tetingkap Command Prompt seperti berikut (nama user dipadamkan):


Sebenarnya arahan standard seperti ini mempunyai satu kekurangan iaitu kebolehan pentadbir atau administrative privilege. Ada kemungkinan command yang kompleks yang dimasukkan untuk sesuatu arahan tidak dapat dilaksanakan.

Jadi, jika ada arahan kompleks yang perlu dilaksanakan, sila akses Command Prompt menggunakan kaedah Run as Administrator. Ianya perlu dilancarkan secara manual.

1. Contoh Windows 7 - klik Start, klik All Programs, klik Accessories dan klik-kanan Command Prompt, bila ditanya sama ada program ini boleh membuat perubahan di komputer, jawab Ya.

Satu tetingkap seakan sama namun berbeza root path nya akan muncul:





Di sini, mulalah menaip command kompleks yang diperlukan dan ianya akan dilaksanakan dengan kebolehan pentadbir atau administrative privilege.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...