Thursday, March 28, 2013

Kerja

(Tulisan kali lebih berteori dan berfalsafah dan ianya pandangan peribadi)

Kerja.
Tugasan.
Works.
Jobs.

Kalau ianya disebut dengan istilah 'amanah', mesti terasa lebih berat.


Dalam sesuatu organisasi bukan Orga Pendekar Laut, setiap unit berfungsi kecil ada peranannya dalam kejayaan dan kelangsungan organisasi berkenaan. Bekerjasama bahu-membahu untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.


Kerja-kerja dibahagikan mengikut beberapa kaedah, sama ada kemahiran, bilangan, kedudukan, perwatakan, kelulusan, atau apa-apa saja. Gunanya meringankan beban. Semua orang tidak boleh melakukan semua perkara. Semua kerja tidak boleh hanya dilakukan oleh seorang individu sahaja.


Sudah lumrah dalam menugaskan seseorang pekerja apabila berdepan dengan ketidak seimbangan kerja yang diberikan. Kadang-kadangan ianya disengajakan. Kadang-kadang ianya sesuatu yang tidak terelakkan. Kalau sengaja, ianya suatu kezaliman yang perlu dielakkan. Mengurus penerimaan tugas oleh pekerja dan memberikan tugas kepada mereka seakan sudah sama beratnya pada zaman moden ini. Jika dulu tugas diterima tanpa banyak soal, tetapi sekarang segala-galanya cuba dikaitkan dengan ketidak seimbangan
pembahagian tugas. Dikaitkan dengan duit, upah, gaji. Dikaitkan dengan masa, balik awal, balik lambat. Dengan kesihatan dengan keluarga dengan binatang peliharaan dengan side income dengan diet dengan sambung belajar dengan macam-macam lagilah.

Adatlah ada yang dapat kerja sikit.
Adatlah ada yang dapat kerja banyak.
Ada masanya kerja yang sikit jadi banyak.
Ada masanya orang bekerja banyak tidak buat apa-apa kerana tiada apa-apa yang perlu dibuat.

Berterusan

Apakah yang berlaku kepada mereka yang senantiasa mempunyai kerja dalam sesuatu organisasi? Tidakkah mereka naik angin dengan pekerja mempunyai kerja sedikit sepanjang masa?

Ya, sudah pasti jika ianya tidak diurus secara positif oleh mereka yang bekerja banyak dan mereka yang bekerja sikit.

Mengelak dari kerja banyak dan mengelak dari tempat bekerja yang banyak kerja juga lumrah. Semakin tinggi tingkat pangkat semakin banyaklah tangggungjawab dan tugasannya. Hebat orang yang boleh menyalahi lumrah kerja banyak ini.

Mengukum pihak yang secara natural-nya memang workloads dia sikit, adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Menghukum seseorang dengan me'load'kan kerja kepadanya ber'loads'-'loads' juga sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Masalah bebanan kerja perlu dibincang sebaik mungkin tetapi perlu diingati bahawa istilah adil itu bukan pada sedikit banyaknya kerja seseorang. Tidak boleh dibanding operator dengan dispatcher. Tidaklah boleh juga dibanding unit dengan unit bahagian dengan bahagian kerana pekerjaan yang dibuat setiap unit dan bahagian adalah berbeza.

Mungkin bagi yang berterusan rasa terbeban atau berterusan terasa tiada kerja boleh berubah. Ianya sama ada berubah sikap, lebih positif dan bersangka baik; banyak kerja banyak pahala, sikit kerja sikit pahala jadi perlu lebih banyak inisiatif sendiri, atau berubah tempat kerja.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...