Tuesday, February 26, 2013

Santai: teka-teki

Tadi di kuliah Zohor surau Menara TM, ustaz ex JAKIM yang gantikan Ust Hadi Talhah dalam salah satu point-nya untuk menggunakan fikiran seoptimum mungkin, memberi satu homework berbentuk teka teki.

Ada 3 orang sedang cari penginapan di suatu tempat. Setiap seorang ada RM10 saja dalam tangan. Cari punya cari, jumpalah satu hotel yang boleh bagi sewa semalaman RM30 satu bilik untuk tiga orang.
imej dari http://technicalsafari.com/
Taukei hotel berkenaan kemudiannya memberi diskaun RM 5 dari jumlah RM 30 tadi. Namun, tiga orang tu hanya boleh ambil RM 3 saja, RM 1 setiap seorang. RM 2 lagi akan diberikan kepada pak guard sebagai tip.

Seorang dapat balik RM 1, jadi seolah-olahnya hanya RM 9 yg mereka gunakan setiap seorang untuk bayaran hotel. RM 9 x 3 = RM 27. RM 2 lagi diberikan kepada pak guard sebagai tip. Soalnya, di mana RM 1 lagi?

---

Dah puas aku rasa aku fikir. Tapi tak dapat jawapan...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...