Tuesday, January 22, 2013

Aku: Jangan jadi macam

Ryukendo pun habis dengan ending free-kick-nya.
"Abi, jom la kita tengok cerita lain."
Kemudian, # 813. Milos Raonic vs Roger Federer. Set kedua yang sangat sengit.
"Tak nak la tengok ni."
"Pastu nak tengok apa?
"Hadi nak tengok Oggy..."
"Oggy?"
Angguk-angguk.
"Oggy takde lagi. Oggy ada nanti gelap kat luar. Cuba tengok kat luar gelap ke tak."
Langkah-langkah ke langsir, diselaknya sekilas dan hari masih cerah. Kesenjaan.
"Abe Long, jom kito tengok Allahumma? Lama dah Abe Long tak tengok Allahumma. Dulu masa Abe Long kecik-kecik Abe Long suka sangat tengok." Lamanya tidaklah sampai bermingguan berbulanan pun, sekadar saja mengalihkan cerita.
# 106. Asmaul-Husna versi ESQ sedang dinasyidkan. Sudah lepas separuh nama ALLAH SWT yang mulia itu dikumandangkan. Bulan, bintang terpapar.
"Abi tu apa?"
"Tu galaksi."
"(Ga)laksi? (Ga)laksi tu apa?" Sambil kehilangan "ga" pada kalimah itu.
"Galaksi ni besar sangat. Banyak bintang-bintang bulan-bulan di dalamnya."
"Iyyeee kee?" Nada standard penuh kecurigaan.
"Iya."
"Abe Long ni bulan." Bulan sabit kelihatan.
"Bukan! Ni bukan bulan!!"
"Ye, ni bulan!"
Sudah dapat agak lantaran kebanyakan bulan yang dilihatnya penuh atau hampir penuh di langit. Lagi pun, bulan sabit yang difokus dekat itu kelihatan besar di matanya.
Keluar saja nama alif lam ha' alif dal ya', terus dipesan kepadanya.
"Haa, ni nama Abe Long ada ni!"
Diam melihat. Asyik barangkali kepada gambar-gambar latar yang dimainkan.
Habis alunan Asmaaul-Husna.
Tilawah al-Quran pula.
Senyap seketika.
Sehinggalah beberapa ayat habis dibaca dan diulang baca...
"Abi! Tu aa!" Sambil melangkah mendekati skrin.
Terdiam.
"Mana?"
"Tuu!!"
Alif berbaris atas rupa-rupanya.
"Abi, baa!"
Tanpa berlengah beberapa huruf yang serupa ditunjukkan lagi.
Mula-mula dengan minat. Lama-lama dah tak minat.
"Abe Long belajar alif ba ta ke kat sekolah hari ni?"
"Emm." Mengiakan.
Sambung menonton kilat dan petir dalam zikir Ya ALLAH Ustaz Dzul.

Terasa ralat sebab tidak sendiri mengenalkan baris-baris bagi huruf-huruf hijaiyyah kepada Abe Long. Huruf-huruf hijaiyyah pun belum sempurna dikenalinya melalui diri ini...

Sedih berjela dalam hati tapi tidakkan mereka berdua faham. Sambung menonton dengan Hadi & Hanan...

nota kaki:
Ryukendo: Madan Senki Ryukendo. Ditayangkan di DisneyXD setiap petang.
Oggy: Oggy and the Cockroaches. Ditayangkan di Cartoon Network sewaktu Buletin Utama memulakan sebahagian penipuannya.
Allahumma: Indahnya Iman, setiap sebelum dan selepas azan solat di Astro Oasis.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...