Tuesday, August 14, 2012

Abang Long dan Adik Hanan

Semakin meningkat usia semakin bertambah, berubah-ubah kelakuan, keletah & kerenah mereka berdua. Pandai dan bijak mengajuk, merajuk & memujuk. Selalu menggembirakan terkadang menyedih & memarahkan.

Abang Long sukakan Ultraman, Kamen Rider, Super Sentai... ni pengaruh abi la ni. Juga tak ketinggalan Transformers Prime. BoBoiBoy jugak Upin & Ipin serta Ben10 tidak ketinggalan. Baju Ultraman kalau boleh nak pakai setiap hari.

Dulu suka je tengok Indahnya Iman Astro Oasis, tapi sekarang kata tak best. Dulu suka je tengok NatGeo Wild, tp sekarang dah kurang tengok. Kalau tengok Imam Muda atau iklannya, mesti Abang Long sebut, "Abi! Abi!"

Abang Long sekarang tengah terpengaruh dengan kawan-kawan dia, yang dah tak pakai pampers kat nurseri. Keterpengaruhan dia tu menyebabkan dia suka nak bukak pampers waktu nak qadha hajat tanpa masuk ke bilik air. Masih tercari-cari cara nak sebut di mulut barang kali. Sudah dipesan supaya bagi tahu abi & ummi kalau nak qadha haja, namun tak juga jadi. Takpe. Proses pembelajaran diteruskan.

Sekarang, sangat suka berkawan dengan adik. Agak protective dan caring walaupun ada ketikanya keganasan domestik kanak-kanak dilakukan terhadap adiknya itu. Adik Hanan sekarang pandai mengatakan jangan, malas, taknak (naknak bunyinya) kepada sesuatu atau nilai yang tidak digemari olehnya. Juga memberi respon sedemikian rupa terhadap nilai-nilai tak elok jika abangnya yang buat. Ada kala, risau tengok gurauan abang-adik ni, walaupun mereka boleh tergelak terkikik-kikik sewaktu bergurau, berkejar-kejaran.

Abi & ummi cuba memandu & membantu Abang Long dan Adik Hanan mengenal ALLAH Yang Maha Kuasa. Cabaran yang ada bukannya sedikit. Ganjarannya pun bukan sedikit :).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...