Monday, June 11, 2012

Dedikasi

Cikgu,
Untuk kesekian kalinya,
Aku kembali bergelanggang,
Ampun dan maaf kupohon,
Andai gerak langkahku kali ini,
Restu dan izinmu tidak mendahului,
Aku keputusan dalam menghubungimu.

Cikgu,
Untuk kesekian kalinya,
Aku kembali bergelanggang,
Selepas sirna yang panjang,
Guna menuntut secebis ilmu anugerah Ilahi,
Dari insan-insan terpilih,
Dengan ilmu simbat suk di dada.

Cikgu,
Untuk kesekian kalinya,
Aku kembali bergelanggang,
Dengan semangat yang membara,
Risau dan cuak sedikit melanda,
Kerana lamanya tidak bergelanggang,
Namun begitu terkadang aku tidak dapat menghalang,
Komitmen yang lebih utama perlu kupenuhi,
Komitmen yang menghaibkan aku beberapa jenak,
Dari lapangan pergelanggangan dan persilatan.

Cikgu,
Untuk kesekian kalinya,
Aku kembali bergelanggang,
Terima kasih di atas banyaknya asas ilmu,
Bertapak mengelak berganjak,
Menumbuk menendang mengambur,
Juga yang langsung mahupun tidak,
Ianya banyak membantuku.

Cikgu,
Ini titipan dari sesi pertama dari beberapa sesi,
Akan diajarkan asas-asasnya,
Rejam, memerang, memerang songsang, sunat, sunat songsang,
Elakan berjumlah lima gerak,
Sesi lainnya kombat, kunci dan pasangan pentasnya,
Semoga diriku mudah mengingat dan tidak lupa.

(tukang upload kat fb tu silap eja kursus)

Buat cikgu-cikgu silatku
Allahyarham Cikgu Rejab Ahmad (PSSGM SMKAF, 1997)
Cikgu Yusni Kosnan (PSSGM KISAS 2000-2001)
Cikgu Mohd Fauzi Md Fadzil & Cikgu Rasol Ghani (PSSGM UPM 2003-2006)
Cikgu Rizal (belakang pasar borong Selayang, 2008, 2010)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...