Thursday, February 23, 2012

Breastfeeding: satu perkongsian [2]

Aku mula dimakan janji dek kerana kelantangan aku bersuara mempertahankan suruhan menyusu selama 2 tahun genap. Aku bersikap sedikit keras dalam hal ini.

Aku rasa inilah benda ketiga yang dikafarahkan kepadaku oleh ALLAH SWT disebabkan kelantangan aku. Ada banyak, tapi mungkin tiga perkara ini adalah yang utama.

Sewaktu Lutfi berusia lebih kurang 6 bulan, Ummu Lutfi disahkan mengandung anak kedua kami. Kemudian pada usia Lutfi 9 bulan, Lutfi mula menolak susu badan Umminya. Habis cara dah ikhtiar supaya dia menyusu badan, akhirnya kami mengalah. Dia berhenti menyusu badan yang kami suspek sebab Ummi mengandungkan adiknya. Mulalah kami beri susu formula kepada Lutfi.

Itulah yang aku kira aku dimakan janji. Lain kali jangan telalu lantang dan berkeras sangat.

(Pertama sewaktu aku berjanji untuk pulang bergerak kerja di DPPK Putrajaya, selepas 2 tahun dari tempoh berkahwin, yang aku lafazkan depan sahabat-sahabat seperjuangan DPPK Putrajaya. Aku gagal. Nasib baiklah aku duk di DPPK Segambut ni.

Kedua, aku sebelum ada kereta mengutuk dengan agak hebat berkenaan lampu brek & signal belakang kereta Proton Saga baru yang berbentuk bulat, tak cantik di mataku. Aku suarakan ketidak puasan hatiku kepada abangku. Dia kata, janganlah "jeh" sangat, mungkin orang2 lain minat design lampu belakang mcm tu. Akhirnya ALLAH tentukan aku untuk memiliki sebuah Proton Persona, yang lampu brek & signal belakang keretanya berbentuk bulat! Masya ALLAH...!)

Well, aku mula tercari-cari, alasan, escapism dan yang sewaktu dengannya. Sebabnya? Sebab aku yang tulis note dalam Facebook aku berkenaan penyusuan badan penuh selama 2 tahun. Tapi, alih-alih kami sendiri tak diizinkan ALLAH untuk melaksanakannya.

Suatu hari sewaktu aku dengar kuliah Zohor di Surau TM Annexe 2 oleh Ust Ismail, beliau membawakan bab penyusuan dari Jilid 4 buku Fiqhul Manhajiyy. Sedikit demi sedikit aku jadi lebih faham tentang hakikat penyusuan ibu, hukum penyusuan ibu, hukum upah penyusuan, penyusuan oleh ibu: hak atau kewajipan, hukum-hukum berkenaan anak susuan dan lain-lain.

Memang kena rujuk orang / kitab yang lebih perinciannya dan tidak mencukupi dengan hanya memahami ayat Al-Quran semata-mata.

Dalam mencari kefahaman tentang penyusuan ni, aku jumpa banyak alasan orang yang tidak mahu menyusukan anak mereka. Antaranya boleh aku terima seperti masalah fizikal (i.e perlukan pembedahan corrective puting susu). Mungkin juga aku boleh terima yang ibu dan anak duduk berjauhan lantaran sambung belajar atau komitmen tugas yang menyebabkan EBM pun tak dapat nak dibekalkan.

Alasan susu tak keluar memang susah sikit hendak diterima. Banyak teknik merangsang pembekalan susu yang optimum dengan kehendak bayi boleh dipelajari, sama ada melalui teknik-teknik tradisional atau teknik-teknik konvensional. Pemakanan ibu, posisi penyusuan, suasana penyusuan, masa dan kekerapan, sokongan suami dan ahli keluarga sangat-sangatlah mempengaruhi keluar tak keluarnya susu. Iringlah usaha dengan doa juga.

Aku pernah jumpa satu alasan tak boleh blah seseorang tu yang tak nak menyusu sangat anak dia. Aku tak tahu / jumpa terus pun. Just berkebetulan. Sebabnya ialah dia tak nak breast dia tak cantik tak tegang dah kalau kerap menyusu! Aku terkejut sebab ada jugak ibu macam tu. Untuk yang ni aku sarankan baca majalah Pa&Ma bulan Januari 2012 & Februari 2012. Belek-belek sikit, perhati, dan jumpalah apa tips yang dihajati berkenaan isu ini.

Semoga aku diberikan kekuatan untuk meyambung lagi perkongsian ini.

Wallahua'lam.

mungkin berkaitan:

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...