Wednesday, January 25, 2012

Menjawab kekeliruan Umno terhadap perjuangan PAS

Sumber: Blog Tok Guru

Sesungguhnya Umno menyambung kerja Inggeris, sebab itu mudah bagi dia untuk mempengaruhi rakyat yang sekian lama terdidik secara sekular. Kita, PAS pula menyambung kerja Nabi Muhammad SAW sehingga semua manusia yakin kerja politik dan agama tak boleh dipisahkan. Sebab itu Umno marah kepada PAS kerana melaksana kerja Nabi yang berlawanan dengan ajaran sekular. Pagar kita diceroboh oleh ayam kambing mereka. Kita kena tutup pagar kita daripada diceroboh, walaupun dimarah oleh Umno.

Persoalannya, apakah Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad itu serupa dengan kehendak sekular (agama lain, politik lain). Kalau serupa dengan kehendak sekular, tidakkah tindakan Nabi Muhammad menyampaikan salam perjuangan, buat perjanjian, mengadakan hubungan diplomatik dengan ketua-ketua kerajaan di Eropah itu adalah semata-mata untuk menyampaikan dakwah Islam. Menunjukkan Islam yang dibawa oleh Nabi itu bukannya ajaran serupa sekular yang menjadi pegangan Umno.

Nabi dan politik bernegara
Demikian pula, Nabi sendiri ada cop mohor (cincin). Ia suatu lambang kuasa dalam urusan kerajaan dan politik bernegara. Dan di dalam al-Quran sendiri menyebutkan masalah muamalat, jenayah dan pemerintahan. Bukan hal spiritual sahaja. Hal kerajaan, peperangan dan perdamaian. Malah ketika peperangan turut dijelaskan aturan dan peraturan yang boleh dan tak boleh (do’s and don’t). Misalnya, ada pantang larang tak boleh bunuh orang tua, kanak-kanak, hatta golongan ‘ahbar’ yang berada di dalam gereja/biara tak boleh dibunuh semasa peperangan.

Kalau Islam untuk spiritual sahaja apa maknanya, sampai Allah pelihara Nabi selama 23 tahun menjalankan dakwah dan dan bertugas sebagai nabi dan rasul. Nabi telah menempa segala macam ujian dan rintangan serta penentangan daripada pelbagai pembesar Quraisy dan pihak berkuasa.

Sementara Umno sejak dari PAS ditubuhkan, malah sebelum itu sebuah gerakan Islam bernama Hizbul Muslimin, sentiasa menjadi serangan fitnah. Kelihatan sangat, Umno begitu dengki kepada PAS, kerana PAS boleh buat apa yang dia tak boleh buat, iaitu melaksanakan apa yang Islam suruh dan mencegah apa yang Islam larang.

Islam di sisi Umno
Sebenarnya, Islam di sisi Umno adalah ‘pecah-belah’ dan kita tidak sepatutnya terperangkap dengan tuduhan liar dan fitnah yang dicanang oleh mereka itu.

Umno sepatutnya terima Islam, kalau benar dia parti yang dipimpin oleh orang Islam, dan kalau nak jadi parti yang mewakili umat Islam. Apakah yang susah sangat bagi Umno nak ubah dasar? Tak kena di mana Islam, berbanding dengan dasar kebangsaan mahu pun demokrasi.

Bab demokrasi pula, benarkah Umno yang memerintah negara sekarang ini benar-benar melaksana demokrasi? Lihat saja apa yang berlaku, sampai ke peringkat parti pembangkang tak terasa, bagaimana demokrasi sebenar.

Demokrasi tempang
Sebaliknya, setiap kali pilihan raya, berlaku keadaan ‘padang tak sama rata’ kerana Umno dan parti-parti di bawah BN mendapat segala kemudahan atas nama kerajaan untuk berkempen. Sedangkan kita PAS dan rakan Pakatan Rakyat ditekan dan dinafikan hak berkempen secara bebas. Natijahnya tiada kebebasan bersuara, berkempen dan terlalu berat sebelah. Munasabahnya demokrasi kita ini adalah demokrasi tempang––demokrasi pun tidak Islam jauh sama sekali––diamalkan oleh Umno sekarang ini.

Malah, melihat kepada amalan demokrasi di beberapa negara jiran, mereka lebih berjaya. Demokrasi subur di Indonesia, Thailand dan Kemboja. Sedangkan mereka negara baru dalam dunia demokrasi. Amalan demokrasi di negara tersebut, mereka lebih telus, terbuka dan hak parti bertanding dilayan secara adil dan ada kebebasan serta keamanan berkempen termasuk dalam media milik kerajaan. Misalnya, dalam isu daftar pemilih peraturannya mudah, pengundi boleh mendaftar di saat akhir menjelang pilihan raya dan boleh mendaftar melalui wakil badan pilihan raya di tempat mereka akan mengundi.

Bandingkan dengan tempat kita, peraturan yang ada menyulitkan kerana dilaksana secara berpusat, masanya panjang, paling cepat empat bulan lepas mendaftar baru sah sebagai pemilih. Kenapa susah sangat nak pinda peraturan pendaftaran pemilih? Nampak sangat Umno guna ruang daftar pemilih sebagai penyelamat kuasa. Perkara ini boleh dijadikan modal dan penjelasan seluas-luasnya kepada rakyat sebagai asas menolak Umno dalam pilihan raya nanti.

Minta PAS berbaik
Justeru kita perlu menegaskan, Islam sentiasa mengutamakan hak rakyat sebagai pendukung utama kepada sistem yang adil. Maka pihak yang berkuasa perlu melaksanakan apa sahaja keadilan untuk semua rakyat sebagaimana diajar di dalam Islam.

Seperkara lagi, Umno kebelakangan ini nampak sangat cemas dan kalut. Sehingga guna orang tertentu dan NGO, minta PAS berbaik dengan Umno atau minta masuk BN. Setengahnya pula kata PAS yang beria-ia nak berbaik.

Kita kena katakan kepada mereka, sejarah dulu bukan PAS yang beria-ia masuk BN. Masa itu, yang datang pujuk adalah Tun Razak. Atas maslahat masa itu, kita terima pujukan. Tapi apa yang terjadi budi kita tidak dikenang, selepas mereka kuat kita ditendang keluar.

Atas prinsip ini, kita harus tegaskan bahawa PAS dan Umno adalah tak sama. Hatta Rais Yatim pun satu ketika dalam Semangat 46 dulu menyebutkan slogan PAS dan Umno adalah tak sama. PAS ada prinsip akidah perjuangan Islam, Umno pula kebangsaan Melayu. Jika masuk Umno, maknanya kita bersama kebangsaan Melayu dan ketika itu mungkin Islam diketepikan. Ia mustahail bagi sebuah gerakan Islam. Melainkan Umno sedia tukar dasar perjuangannya dan terima Islam.

PAS bersama semua
Sekarang pula, PAS semakin mendapat sokongan golongan bukan Islam. Selain itu, kita berjaya tubuh dewan himpunan PAS yang dianggotai rakan kita, orang bukan Islam, kita juga sudah berkawan rapat dan berjaya merapat jurang hubungan antara kaum melalui parti DAP. Paling penting ialah DAP yang sebelum ini ditohmahkan sebagai anti-Islam, kini sudah menyokong perjuangan PAS. Malah boleh duduk bersama memerintah Negeri. Tunggu masa, insyaAllah boleh bersama memerintah Negara!

Kesemuanya adalah nikmat yang diraih oleh PAS setelah bertahun-tahun bersendirian berjuang melawan Umno untuk membuktikan keadilan Islam. Mungkin atas dasar itu, Umno sekarang berminat kepada sokongan PAS. Malah Umno dilihat semakin dengki kepada PAS kerana berjaya menganjurkan program keagamaan seperti sembahyang hajat perdana dan munajat anak muda.

Hakikatnya, Umno tak layak menganjurkan program sebegitu kerana akan menjadi bahan ketawa orang. Meskipun bersama mereka ada menteri bahagian agama dan ulama muda. Masakan nak bermunajat dan sembahyang hajat, sedangkan dasar perjuangan Islam mereka tolak. Mereka ambil perjuangan sekular.

PAS berbeza dengan Umno
Semua perkara yang dinyatakan ini adalah hakikat berbezanya perjuangan Islam di bawa PAS dengan perjuangan kebangsaan-sekular Melayu dibawa oleh Umno. Atas dasar berbeza itu, kini PAS semakin mendapat sambutan pelbagai lapisan rakyat.

Justeru pengalaman PAS di Kelantan hari ini cukup jelas untuk Umno berfikir. Bahawa PAS bukan lagi parti ‘tok lebai’ seperti yang disyarahkan oleh tukang syarah Umno. Dalam mengurus Negeri (menjalankan kerajaan) di Kelantan, ia merupakan gandingan mantap mereka yang pakar dalam pelbagai bidang. Ada doktor, loyar, pensyarah, bekas tentera, aktivis ABIM, JIM yang cukup berwibawa. Di manakah kurangnya PAS berbanding Umno? Sebaliknya Umno itu dianggap kurang kerana tidak mahu terima Islam sebagai dasar parti dan dasar pemerintahan Negara.

Tambah lagi, dalam Islam ada segala-galanya, termasuklah Islam mengajar umatnya tentang hari akhirat yang ada pembalasan. Prinsip pembalasan di akhirat ini turut dipakai dalam perjuangan PAS. Justeru kita PAS yakin atas semua perkara yang kita perjuangkan menerusi PAS ini akan dihisab nanti di akhirat. Inilah PAS dan itulah Umno yang tidak menerima prinsip adanya pembalasan di akhirat. Maka apa jaminan Umno untuk berdepan dengan kiamat, syurga dan neraka. Jika menghayati peringatan Allah SWT dalam persoalan ini, sebagaimana firman-Nya (surah Al Infitaar ayat 13-15):


"(Gunanya catatan malaikat-malaikat itu ialah: Untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) kerana sesungguhnya: Orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat. Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam Neraka yang menjulang-julang. Mereka menderita bakaran Neraka itu pada hari pembalasan.”

Apakah persoalan hari pembalasan sebegini termasuk di dalam perkiraan Umno? Apakah dasar Umno dapat melepas diri daripada bakaran Neraka Allah?Demikian pula firman-Nya (surah At Takweer ayat 25-29):


"Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam. (Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)? Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam. Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul. Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatu pun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.”

Demikian sedikit gambaran dari Allah SWT tentang kedudukan kita ketika di akhirat. Apakah Umno sedia memasukkan agenda akhirat ini dalam perjuangannya. Bahawasanya, perjuangan Islam sahaja yang layak bercakap mengenai urusan akhirat kerana akhirat itu salah satu rukun iman yang dijulang dan diyakini oleh setiap perjuang Islam. Bagaimana pula Umno menilai diri/partinya mengenai akhirat?

Akhirnya, beringatlah kita semua, ‘bila jiwa (roh) di langit masuk balik ke dalam tubuh’  maka akan berhadapanlah kita di padang Mahsyar. Hanya Allah yang Maha Adil atas setiap perbuatan hamba-Nya. Firman Allah (surah az-Zilzaal ayat 7-8):


"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!”

Semoga kita semua berada di landasan kebaikan dan sentiasa menjauh diri daripada kejahatan. Demikian jaminan Allah untuk kehidupan yang hasanah di dunia dan akhirat.

Thursday, January 19, 2012

Rekayasa

Sudah lama aku tidak menjengahnya. Berapa purnama, berapa mentari aku tidak pasti. Namun, sesekali menyinggah mata menjenguk khabarannya yang terkini dan perkembangan semasanya, dalaman aku bercampur-baurnya jadinya. Terkadang, aku berkira-kira supaya aku tidak pernah mengetahui usul cerita duduknya perkara sebanyak mana yang aku ketahui ketika ini. Berat beban yang tergalas di pundak ini lantaran kewujudan memori-memori tambahan yang sungguh menguji dan mengesankan itu. Senak sereberumku beberapa detik dalam tahun-tahun belakangan ini.

Memori-memori tambahan ini bukannya datang dari kesensitifan pendengaranku kurniaan ALLAH SWT. Ianya datang dari pembacaan kepada pengalaman dan pembacaan itu sendiri. Meninggalkan memori ini seolah-olah satu penafian dan penipuan terhadap diriku sendiri. Melayannya menyesakkan fikiran. Inilah ujian. Ujian seumur hidup.

Beberapa komen terkini membayangkan penantiannya sudah berakhir. Perasaan aku bercampur baur. Walaupun respon teman-temannya yang berkenaan bukanlah suatu petanda pasti, namun seolah-olahnya kegirangan itu tidak dapat lagi disembunyikan. Pesanku jangan dilupakan 'Insya-ALLAH' di akhir setiap janji untuk khabaran teristimewa itu.

Sedangku berehat-rehat di rumah, pintu utama diketuk. Aku lantas turun ke tingkat bawah, menjawab salam dan membuka pintu. Aku tidak pernah mengenali mereka. Datang beberapa orang. Aku menjemput mereka masuk selepas mereka memohon.

"Tujuan kami datang adalah untuk meyampaikan hajat bagi pihak saudari kami, ..." Namanya disebut. Hajatnya disampaikan. Aku terpempan.

Terkejut bukan kepalang. Mereka menjelaskan statusku tidak dikisahkannya. Aku sama sekali tidak menyangka menjadi bukan yang pertama adalah pilihannya. Jengukkan aku dahulu nampaknya ada makna yang lain.

"TTiidaaakkkkk!!!"

Terbingkas bangun aku dari pembaringanku di katil malam hari. Pucat lesi. Menggigil. Nak beli lampin anak pun masih berkira-kira, inikan pula nak berhajat besar sedemikian rupanya. Aku mengurut dada. Takut. Tidak mahu. Tidak hendak. Tidak ingin.

Sudahnya, tidurku bertukar tempat, bajuku bertukar belakang depan dan aku berwudhu'. Berdoa kepada ALLAH SWT ditenangkan layar lenaku. Mungkin juga dikurniakan mimpi-mimpi yang lebih ringan berbanding yang satu ini!

Tuesday, January 17, 2012

Tip-tip keselamatan di alam maya

1. Dicadangkani untuk ada at least dua akaun emel. Satu untuk personal, satu lagi untuk tujuan beli-belah online, terima social networking updates (i.e emel dari Facebook, Twitter). Kalau yang jenis biasa langgan newsletter / professional subscriptions / follow kelab2 bola etc, terpulang nak letak kat mana, tapi preferably yang first.

2. Kedua-dua emel tidak disyaratkan supaya berbeza ID nya. Namun, password emel hendaklah berbeza.

3. Penggunaan password alphanumeric adalah ikhtiar yang Insya ALLAH lebih susah sedikit untuk diceroboh masuk. Elakkan no. yang mudah macam abc123 atau no. plate kereta/motor atau model phone/smartphone atau pin ATM.

4. Jika akaun boleh guna multiple login verification, mcm gmail & facebook, lebih baik diaktifkan.

5. Bagi facebook, sila ubah settings untuk login bukan menggunakan emel sebaliknya singkatan spt ini: www.facebook.com/namasaya. Login menggunakan nama saya & password yang dah disetup awal-awal.

6. Bagi facebook, sila ubah settings untuk logged-in dalam SSL (https) - lebih selamat.

7. Elakkan password semua benda adalah sama, emel, twitter, facebook, system/emel pejabat, pin ATM, online banking

8. Dalam facebook, jangan komen ke atas video-video yang mencurigakan yang kita rasa orang berkenaan takkan hantar pun. Biarkan posting berkenaan tanpa sebarang likes / comments. Sama ada di page, profile, wall, groups, message. Minta admin yang berkenaan dengan page/groups delete posting yang mencurigakan tu.

9. Aktifkan CAPTCHA dalam setting komen di dalam blog untuk elakkan spam comments.

10. Tawakkal kepada ALLAH Pencipta alam dan Pencipta alam maya.

Thursday, January 12, 2012

Mandian baby yang halal

Ya, halal bukan pada yang makan sahaja.

Selama ini kami guna mandian baby Pureen untuk our babies, yang yogurt ataupun yang bukan. Hari ini aku baru tahu yang yogurt tu ialah Kids Toiletries product kalau ikut Pureen product page, dan yang satu lagi termasuk dalam Baby Toiletries product range.

Mula2 dapat anak sulung, main beli je. Belasah tak kira untuk babies atau kids, sebab tak reti nak beza. Dia tak nyatakan umur berapa2 kat botol tu. Sebab selalu pergi membeli, aku perasan yang produk-produk macam ni pun ada yang ada logo halal dan ada yang tak ada. Harga mungkin berbeza dengan Johnson's & Johnson's and the likes, tapi sebab ada halal, takpelah mahal.

Pureen sendiri bukan semua Kids Toiletries & Baby Toiletries product ranges diorang yang disahkan JAKIM halal.

Yang ini, insya ALLAH, ada logo halal:

 
Baby Head To Toe Wash with Pro-Vitamin B5 & Vitamin E
Baby Bath with Aloe Vera & Vitamin E

Wangi? Sebelum tu tengok yang yogurt yang aku pakai sebab ada logo halal ialah yang Kids Yogurt Head-to-Toe Wash warna kuning dari imej di bawah (bukan warna oren). Antara produk ni ada lagi yang masih takde logo halal:


Kids Yogurt Head-to-Toe Wash dengan Yogurt Shampoo dengan Yogurt Bath

Wangi ceritanya bila aku satu kali nak beli, tapi takde satu baby/kids bath Pureen kat store (rahsia) pun berlogo halal. Then aku try tengok brand lain yang ada logo halal.

Inilah dia:

Masih lagi belum semua flavour ada logo halal, tapi aku amik yang biru. Wangi je!

Carrie Junior pernah masuk Kosmo! Online, bagi tahu ianya diiktiraf halal. Ye tapi mungkin bukan semua lagi product lines dia. Klik sini kalu nak baca artikel dari Kosmo! tu.

Itulah saja buat setakat ni. Brand lain? Mungkin ada, tapi belum discover lagi.

Wednesday, January 11, 2012

Kelate mene smale

(Untuk yang reti bahase saje)

Male blalu sudoh so gem untok sek2 kelate kito dale mlesia super league. Kemenange berpihok kpd sek2 kelate kito. Yo lo boh, mene boh duo so. Lawe sapo semale? Lawe sek2 Singapore Lions XI atau team bowoh 23 tahun Singapo.

 Pade tirue, kredit gambar FAS/Goal.com

Kelate main male napok mace dok beso main mugo main atah pade tirue etek. Tok tahu laa rumput dio tu lagumano, plastik ko, ruput karpet Iran ko, wallahua'lam lah. Tapi hok stengoh je mulo2 tu napok supo dok jjadi belah mano.



So lagi, kredit gambar kelate.net

Demo ni main denge nyokong lebih kure 7,000 lebih... semangak gok nyokong pok2 dio ni. Pok2 dio sumak gol dulu, minit ke-31 dari header Baihakki Khaizan. Pahtu Mat Yo balas sbutir pah dio buleh passing Daudsu. Maso tu nok abih separuh maso ptamo dohs.

Kelate mene denge penati Muhammad Ghaddar pado minit ke-78 lepah dio keno jatuh dale kotok penati.

Rizak lain mmale, sumber lame web rasmi MSL:

Negeri Sembilan 2  -  2 Selangor
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, NS
Perak  1  -  0  Terengganu
Stadium Perak, Ipoh
Kuala Lumpur Felda United FC  2  -  0  Sabah
Stadium Hang Jebat, Melaka
Sarawak  2  -  0  Kuala Lumpur
Stadium Negeri, Kuching
Terengganu PBDKT T-Team  3  -  0  Kedah
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Selangor PKNS  1  -  2  Johor FC
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Beyeh boh, jjupo lagi tigo belah hari bule nati.

Kawe nok share jugok berkenaan hebaknyo Apek kiper sek2 kito apabilo dio buleh nombor satu dale ngundi kiper mano hok paling best di Asia... acu tera klik sini nga sini.

Tuesday, January 10, 2012

Ibrah untuk...

Salah satu dari kisah Perang Tabuk yang diriwayatkan dari satu hadis oleh Abdullah bin Mas'ud r.a dalam kitab al-Mustadrak karangan Imam Al-Hakim (Abu Abdullah Muhammad bin Abdullah al-Hakim An-Naisaburi).

Sedikit berkenaan Imam Al-Hakim, beliau dilahirkan lewat sedikit dari imam-imam Sunanus-Sittah. Menariknya, beliau mengarang kitab al-Mustadrak (Al-Mustadrak 'alas-Sohihaini) menggunakan method-method pemilihan hadis seperti mana Imam Bukhari dan Imam Muslim memilih hadis untuk dimasukkan ke dalam Sahih. Jadi hadis-hadisnya ada nilaian tinggi di sisi para ulama'.

Namun Imam Al-Hakim ini diuji ALLAH SWT dengan sedikit ujian di akhir kehidupannya, yakni dengan ujian nyanyuk. Oleh itu, apabila ulama memetik hadis dari Imam Al-Hakim, mereka akan memastikan, adakah hadis itu diriwayatkan sebelum atau semasa Imam Al-Hakim ditimpa ujian berkenaan. Jika seseuatu hadis itu dari Imam Al-Hakim itu diriwayatkannya semasa beliau diuji, ulama' akan memperhalusi semula hadis berkenaan, sama ada boleh diterima atau ditolak.

(Maaf, penulis tidak ingat matan hadis sepenuhnya. Hadis ini agak panjang. Kisah ini diceritakan semula secara bebas & seboleh mungkin menggunakan teks/penjelasan hadis berkenaan yang diterima dari Ust Anzaruddin [ANZARUDDIN BIN AHMAD, M.M.L.S. (Arabic) UM, B.A.(Hons) Arabic Lang. and Linguistics (UM), B.Sc.(Hons) International Management, California State University. Post Grad. Diploma (Islamic Studies) UKM] dalam Kuliah Zohor Surau Menara TM sekejap tadi)

Pada ketika perjalanan menuju ke Tabuk, Nabi Muhammad SAW dikhabarkan oleh beberapa sahabat baginda berkenaan sahabat-sahabat yang tertinggal. Nabi Muhammad SAW menjelaskan dengan nada positif bahawa ketiadaan mereka tidak mnejejaskan sahabat sekaliannya. Kemudian Baginda dikhabarkan lagi tentang salah seorang yang tertinggal ialah Abu Zar Al-Ghifari. Abu Zar merupakan salah seorang sahabat besar, antara yang awal memeluk Islam. Nabi SAW kemudiannya menjawab Abu Zar telah dilambatkan oleh untanya yang telah tua. Unta (ba'ir) yang dinaiki oleh Abu Zar sudah tua dan berjalan perlahan-lahan sahaja.
Sesampainya rombongan perang Nabi SAW di suatu tempat yang sudah dekat dengan Tabuk, (namun masih belum sampai Tabuk) sahabat mengkhabarkan ternampak seseorang dari kalangan orang Muslimin dari jauh sedang berjalan kaki menuju ke arah rombongan. Nabi SAW sekadar menjawab, "Mungkin Abu Zar barangkali." Apabila sudah dekat sahabat tadi menguatkan suaranya membenarkan kata-kata Nabi SAW sebentar tadi. Abu Zar datang dengan berjalan kaki memikul segala perbekalan perangnya yang asalnya diletakkan di atas unta tua yang amat perlahan langkahnya. Lantas Nabi SAW bersabda, "Semoga Allah merahmati Abu Zar! Dia hidup sendirian, mati pun sendirian dan dibangkitkan kelak sendirian."

Selepas kewafatan Nabi SAW, Abu Zar adalah salah seorang yang tidak mampu lagi untuk tinggal di Madinah kerana sedih. (Sahabat lain termasuklah muazzin Nabi iaitu Bilal bin Rabah r.anhu. Bilal bin Rabah sehinggakan tidak mampu menghabiskan azan lantaran terlalu sebak sehingga terpaksa digantikan dengan orang lain. Pada zaman Nabi SAW masih ada, beliau disuruh azan oleh Rasulullah SAW dan akan bergilir-gilir dengan seorang lagi sahabat tukang azan ialah Abdullah bin Ummi Maktum r.anhu, muazzin yang buta). Abu Zar berpindah ke Damsyik (Dimashq dalam bahasa Arab, Damascus dalam English di Syiria) dan meneruskan kehidupannya di sana sehingga satu peristiwa pada zaman khalifah Usman bin Affan r.anhu.

Pada zaman khalifah Usman bin Affan r.anhu, beliau melantik Muawiyah bin Abu Sufiyan sebagai gabenor di sana. Corak pemerintahan Khalifah Usman agak sedikit berbeza, yakni sedikit lebih mewah berbanding dengan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq & Khalifah Umar Al-Khattab r.anhuma. Pada zaman ini juga sahabat baik Abu Zar, Abu Darda' r.anhu telah dihantar sebagai Qadhi di Damsyik. Abu Zar sangat gembira kerana teman baiknya akan berada dekat dengannya.

Suatu ketika sewaktu di Damsyik, Abu Zar & Abu Darda' telah menegur Muawiyah berkenaan kehidupan mewahnya sebagai gabenor. Muawiyah merasakan gaya hidup perlu diubah untuk mengelakkan umat Islam dipandang rendah oleh pihak Bizantin Rom Timur dan lain-lain musuh Islam. Namun sahabat besar berdua ini masih tidak bersetuju dengan perubahan yang mereka lihat amat jauh dengan kehidupan dua khalifah sebelumnya, apatah lagi kehidupan Nabi SAW.

Akhirnya masalah teguran yang tidak selesai ini dilaporkan kepada khalifah di Madinah. Khalifah Usman memang memahami cara hidup kedua-dua sahabat besar dan usaha mereka untuk menegur Muawiyah. Mereka berdua dipanggil pulang ke Madinah dan selepas mendengar penjelasan, Khalifah mengambil keputusan untuk memecat Abu Darda' dari jawatan qadhi berdasarkan ijtihad dan suasana mutakhir gaya hidup masyarakat yang memang tidak sama dengan cara Abu Darda' & Abu Zar. Namun, apa yang nak dipecat dari Abu Zar yang memang sedia tidak berjawatan?

Akhirnya Abu Zar, Ummu Zar yakni suaminya dan anak mereka dihantar ke satu tempat terpencil. Mereka berdua menerima keputusan pemecatan & penyisihan masing-masing ini dengan hati terbuka.

Sewaktu Abu Zar hampir menemui ajalnya beliau berpesan agar isteri dan anaknya menguruskan jenazahnya dari urusan pemandian dan pengafanan. Namun dipesan supaya jangan dikebumikan sehingga ada sahabat datang menjenguk.

Abu Zar r.anhu pulang menemui Penciptanya dalam keadaan sendirian di tempat terpencil berkenaan. Selesai dikafankan, jenazahnya diletakkan di tepi jalan ditemani sang isteri dan anak yang setia. Tak lama kemudian datang seorang sahabat bersama kira-kira sepuluh orang ahli rombongannya ke jalan berkenaan. Sahabat itu, tidak lain dan tidak bukan ialah Abdullah bin Mas'ud r.anhu. Beliau, sudah dapat mengagak jenazah siapakah yang ditatapinya itu lantaran teringat dengan hadis Nabi SAW yang pernah didengari dalam rombongan Perang Tabuk satu masa dulu. Menangislah Abdullah bin Mas'ud lantaran teringatkan sabdaan Rasulullah SAW, "Semoga Allah merahmati Abu Zar! Dia hidup sendirian, mati pun sendirian dan dibangkitkan kelak sendirian." Kemudian beliau menyempurnakan jenazah Abu Zar selayaknya bagi seorang umat Islam.

--
Nota kaki:

1. Jamal bermakna unta. Ibil bermakna unta yang sudah boleh ditunggang (rujuk surah al-Ghaashiyah). Naqah bermakna unta betina (rujuk surah Asy-Syams)
2. Muawiyah bukanlah orang yang jauh dengan Nabi SAW. Beliau merupakan ipar kepada Nabi SAW melalui perkahwinan Baginda dengan Ummu Habibah, atau nama sebenarnya Ramlah binti Abu Sufyan

Monday, January 09, 2012

Tahun 2012/1433H kami

Sudah 9 hari tahun 2012 menjengah. Sudah 55 hari tahun 1433H berlalu pergi.

  1. Pengasuh lama Lutfi dan Hanan dah bertukar, walaupun tempatnya (nurseri) masih sama. Setakat ni dengan dua pengasuh baru ni masih OK. Cuma dalam bulan Mei nanti salah seorang dari dua pengasuh berkenaan dijangka akan bersalin. Masih belum tahu penerusan pengasuh ni mcm mana.
  2. Lutfi dikira tahun ketiga walaupun umurnya masih 2 tahun lebih. Jadi yuran bulanan nurseri untuk dia dah turun sedikit sebanyak +29%.
  3. Kontrak kami untuk tinggal di kuarters ini hanya ada sehingga akhir tahun ini saja. Tiga tahun ruang yang ALLAH berikan.
  4. Proses pembelian rumah masih belum sampai peringkat tengah. Perjanjian sudah ditanda tangani. Namun kami masih buntu tentang pemilihan pinjaman perumahan; sama ada melalui bank atau pun kerajaan.
  5. Tahun ini bercadangnya untuk mendaftar tempahan naik haji untuk kami berempat anak-beranak. Perancangan asalnya tertangguh dek kerana proses membeli rumah ni menggunakan wang tunai yang boleh tahan juga besarnya.
Itu sahaja? Bukan. Ada yang belum terlintas dan ada yang tidak sesuai ditulis di sini.

DSAI diputuskan tidak bersalah

Alhamudlillah, akhirnya DSAI telah diputuskan mahkamah sebagai tidak bersalah di dalam penghakiman kes liwat II beliau. Perbicaraan bermula apabila Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengambil tempatnya pada jam 9.20 pagi.

Hakim memutuskan ketidak bersalahan DSAI  dengan keadaan tidak membaca sepenuhnya penghakiman penuh kes berkenaan melainkan hanya menyatakan kedua-dua bukti iaitu DNA dan lisan tidak boleh disabitkan kesalahan.

"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik. Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful." katanya.

Tapi sekarang suasana tempat berhimpun dikelam kelibutkan dengan 3 letupan bom yang dilihat sengaja dibuat untuk mengkucar kacirkan keadaan. Entah apa lagi yang nak dibuatnya puak2 ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...