Thursday, September 29, 2011

Hudud: Penjelasan bersama PR yang meyakinkan

Semalam, pucuk pimpinan Pakatan Rakyat bermesyuarat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, KL. Antara persetujuan yang diperolehi ialah perakuan bersama tentang keabsahan kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 sebelum adanya muafakat dalam Pakatan Rakyat.

Semua komponen PR menghormati hak atas perlembagaan yang dibenarkan dan perbezaan pendirian di antara PAS dan DAP. Kenyataan lanjut boleh diperolehi di sini (walaupun Malaysiakini turut melaporkan hasil mesyuarat semalam, ada sedikit 'kurang sedap' untuk dibaca).

Kita tengok apa reaksi UMNO-BN mengenai kenyataan bersama ini.

Pelaksanaan Hudud bukanlah utopia. Ianya suatu kewajipan yang disuruh ALLAH. Hukum ALLAH yang merangkumi seluruh cabang kehidupan manusia, hudud salah satunya, semestinya perlu dilaksanakan. Menjadi kafir (al-Maidah, ayat 44), zalim (al-Maidah, ayat 45) dan fasiklah (al-Maidah, ayat 47) mereka yang tidak berhukum dengan hukum ALLAH.

Kenapa ya, ada orang yang menentang pelaksanaan hudud ni? Khairy Jamaluddin pun seakan tidak senang dengan penentangan ini, apabila melalui twitternya mencadangkan agar Kerajaan Perseketuan meminda pelembagaan untuk membolehkan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Pada tahun 1993 dulu, kerajaan negeri Kelantan telah meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan yang antaranya mengandungi pelaksanaan hudud dan qisas. Akan tetapi, mereka mendapat amaran dari Kerajaan Persekutuan dengan surat rasmi dari PM ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya tidak melaksanakan enakmen berkenaan atau berhadapan dengan tindakan dari kerajaan Pusat.

Kemudian pada tahun 1994, Tun M masih lagi memberi amaran kpd kerajaan negeri Kelantan, dan beberapa usaha kerajaan negeri Kelantan seterusnya tetap mendapat halangan. Ianya diburukkan lagi dengan keadaan umat Islam Malaysia waktu itu yang masih takut-takut dengan hudud dan pelaksanaannya disebabkan angkara UMNO. Bertambah teruk lagi keadaan non-muslim. Alasan UMNO ketika itu, hudud yang bakal dilaksanakan ialah hudud PAS, bukan hudud Islam, tanpa UMNO atau ulama-ulama UMNO memberikan sebarang definisi hudud Islam yang boleh mereka terima walaupun telah dipersoal oleh wakil-wakil PAS.

Pada tahun 2003 pula, kerajaan negeri Terengganu telah meluluskan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu. Majlis Fatwa Terengganu juga telah mengeluarkan fatwa bahawa Enakmen Jenayah Syariah Terengganu adalah selaras dengan Syara'. Tetapi sekali lagi, pelaksanaan ini mendapat halangan dari kerajaan Pusat UMNO, atas alasan hukum hudud bercanggah dengan Undang-Undang Jenayah Perseketuan. Info berkaitan boleh diperolehi di sini dan di sini.

(Sebahagian tulisan ini ialah dari emel Dr. Syed Abd Khaliq yang telah ditambah baik.)

--
mungkin berkaitan:

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...