Monday, July 18, 2011

Al-Fatihah, Dr. Lo' Lo'...

Aku beruntung menyertai Seminar Keluarga Bahagia semalam. Banyak input yang aku dapat. Aku jumpa seniorku Fawwaz semalam, sempat bertanyakan khabar bondanya. Jawabnya, macam itulah keadaannya. Fawwaz mewakili bondanya merasmkan program semalam. Ustaz Hasrizal sudah mengabdikan sedikit catatan di http://saifulislam.com/?p=10185.

Selepas membaca posting itulah aku diselubungi rasa sayu yang semacam.

Setelah kutahan dan kutahan maka benteng yang mengempang cecair ini runtuh jua... Mengangislah aku dengan tersesak-esaknya jam lebih kurang 2.40 petang tadi. Kugagahi untukku tahan air mata ini, tapi sungguh payah sekali. Sebak dan sedih datang berserentak bersekali mencurah-curah.

Sering kali aku ingatkan diri sendiri, jangan menangis, kasihan arwah, namun aku gagal. Ya ALLAH, ampunilah dosaku, Ya ALLAH kau tempatkanlah arwah Dr. Lo' Lo' di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

Siapa dia dan kenapa aku sedih?

Dia ialah permata, mutiara perjuangan Islam. Sahabat kakak iparku. Bonda Fawwaz seniorku merangkap senior zaujahku.

Mungkin perkaitan paling mengesankan ialah pada program yang kusertai semalam. Program yang digagaskan oleh arwah. Bentuk program yang tidak kering dari ingatan dan kotak idea arwah semenjak mula dia menjejaki perjuangan Islam ini sehinggalah dia terlantar. Dan untuk Sinergi Keluarga Bahagia ini, lontaran idea adalah melalui twitter saja. Sungguh hebat, dengan secebis lontaran idea, ALLAH lorongkan pelbagai bantuan & kemudahan untuk arwah, walaupun tidak secara langsung, berbazkti kepada masyarakat. DikurniakanNya motivator yang berpengalaman dan berilmu tinggi seperti ustaz Hasrizal bagi memimpin program.

Semoga kesinambungan program ini, output positif daripadanya yakni sebuah keluarga mukmin muslim yang bahagia, menjadi antara bekalan amal jariah untuk arwah di sana.

Al-Fatihah! Takziah buat ahli keluarga arwah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...