Wednesday, July 27, 2011

Bola malam esok

Dengarnya tiket perlawanan Malaysia-Singapura malam esok sudah habis dijual. Sokongan peminat meningkat secara mendadak setahun dua ini terhadap pasukan bola sepak kebangsaan. Harapan juga menggunung tinggi untuk melihat pasukan kebangsaan mara ke peringkat yang lebih tinggi dalam setiap pertandingan yang disertai. Namun, harapan peminat yang terlalu tinggi juga boleh jadi sesuatu yang menggugat konsentrasi pemain.

Pemain. Siapa barisan kesebelasan utama anda?

Pemain pertahanan memang bermasalah. Mungkin dengan kemasukan Aidil suaminya Rita Rudaini mampu mengubah keadaan. Ramat peminat dan penulis mempersoalkan kelewatan Datuk K memasukkan Amirul Hadi. Kemasukkannya pada separuh masa kedua menyaksikan pergerakan bola lebih hidup dan lancar. Juga Khairul Fahmi nampaknya lebih diperlukan bagi menyerap asakan penyerang Singapura.

Gandingan penyerang Safee dan Abdul Hadi perlu dikekalkan sepanjang 90 minit atau jika perlu pertukaran salah seorang dari mereka, masukkan Izzaq Faris.

Dengan formasi 4-4-2, pemain yang bermain Sabtu lepas ialah (gantian dalam kurungan):

Penjaga gol: Mohd Sharbinee Allawee
Bek: Mahalli Jasuli, Mohd Asraruddin Putra Omar, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Mohd Shas
Tengah: Safiq Rahim (Kapten), Ismail Faruqi Ashari (Mohd Amirulhadi Zainal), Amar Rohidan, S. Kunanlan
Depan: Mohd Safee Sali (Izzaq Faris Ramlan), Ahmad Fakri Saarani (Abdul Hadi Yahaya)

Jika Fakri dimasukkan, dia perlu berhati-hati dengan tindakannya memandangkan dia telah dikenakan kad kuning tempoh hari.

Mat Yo kalau nak main, mungkin belum serasi sangat dengan Safee Sali. Sebab Safee lebih diutamakan kehadirannya, sebab dia pernah jaringkan gol Sabtu lepas. biarlah dia parnter dengan Abdul Hadi, nampak ada link & chemistry-nya. Tapi kalau ambil kira final Piala Suzuki 2010, patutnya Safee & Mat Yo digandingkan.

Dari list wikipedia, tak ada nama Mat Yo. Dari list FIFA, ada nama Mat Yo dalam subs. Tak tau sama ada Mat Yo eligible untuk main atau tak.

Cadangan pemain malam esok, dengan posisi 4-4-2, guna list wikipedia:

Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat
Bek: Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (Kapten), Mohd Asraruddin Putra Omar, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Mohd Shas
Tengah: Ismail Faruqi Ashari, Mohd Amirulhadi Zainal, Amar Rohidan, S. Kunanlan
Depan: Mohd Safee Sali, Abdul Hadi Yahaya
Simpanan: Sharbinee, Fakri, Mahali, Izzaq Faris, Azmi Muslim, Ashaari, Gurusamy.

Selamat berjuang team Malaysia!

Monday, July 18, 2011

Al-Fatihah, Dr. Lo' Lo'...

Aku beruntung menyertai Seminar Keluarga Bahagia semalam. Banyak input yang aku dapat. Aku jumpa seniorku Fawwaz semalam, sempat bertanyakan khabar bondanya. Jawabnya, macam itulah keadaannya. Fawwaz mewakili bondanya merasmkan program semalam. Ustaz Hasrizal sudah mengabdikan sedikit catatan di http://saifulislam.com/?p=10185.

Selepas membaca posting itulah aku diselubungi rasa sayu yang semacam.

Setelah kutahan dan kutahan maka benteng yang mengempang cecair ini runtuh jua... Mengangislah aku dengan tersesak-esaknya jam lebih kurang 2.40 petang tadi. Kugagahi untukku tahan air mata ini, tapi sungguh payah sekali. Sebak dan sedih datang berserentak bersekali mencurah-curah.

Sering kali aku ingatkan diri sendiri, jangan menangis, kasihan arwah, namun aku gagal. Ya ALLAH, ampunilah dosaku, Ya ALLAH kau tempatkanlah arwah Dr. Lo' Lo' di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

Siapa dia dan kenapa aku sedih?

Dia ialah permata, mutiara perjuangan Islam. Sahabat kakak iparku. Bonda Fawwaz seniorku merangkap senior zaujahku.

Mungkin perkaitan paling mengesankan ialah pada program yang kusertai semalam. Program yang digagaskan oleh arwah. Bentuk program yang tidak kering dari ingatan dan kotak idea arwah semenjak mula dia menjejaki perjuangan Islam ini sehinggalah dia terlantar. Dan untuk Sinergi Keluarga Bahagia ini, lontaran idea adalah melalui twitter saja. Sungguh hebat, dengan secebis lontaran idea, ALLAH lorongkan pelbagai bantuan & kemudahan untuk arwah, walaupun tidak secara langsung, berbazkti kepada masyarakat. DikurniakanNya motivator yang berpengalaman dan berilmu tinggi seperti ustaz Hasrizal bagi memimpin program.

Semoga kesinambungan program ini, output positif daripadanya yakni sebuah keluarga mukmin muslim yang bahagia, menjadi antara bekalan amal jariah untuk arwah di sana.

Al-Fatihah! Takziah buat ahli keluarga arwah.

Tuesday, July 12, 2011

Ringkas Pasca BERSIH 2.0

Alhamdulillah, selesai sudah BERSIH 2.0. Kita tunggu perubahan yang bakal berlaku dalam sistem pilihanraya kita, insya-ALLAH.

Namun semuanya tidak bermakna jika kita masih belum mendaftar sebagai pengundi. Jadi segeralah ke pejabat berdekatan atau pejabat SPR berhampiran atau wakil-wakil penolong pendaftar pemilih untuk mendaftarkan diri sebagai pemilih.

Bagi yang sudah berdaftar, maka semaklah di mana anda akan mengundi. Mana tahu tuntutan BERSIH 2.0 masih belum dilaksanakan dan anda akan mengundi entah di mana-mana.

Perkongsian pautan...

Mengapa Ambiga untuk BERSIH 2.0?

Peristiwa di zaman Nabi SAW

Entri wikipedia

Pengalaman Anak Tun M di BERSIH 2.0

Korban BERSIH 2.0. Al-Fatihah!

Penipuan Berita Minggu 10/7/2011 didedahkan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...