Friday, May 27, 2011

Contohi burung dan jangan contohi... burung

Kalau balik kampung, pagi-pagi boleh dengar macam-macam bunyi burung. Bukan burung gagak je mcm kat Kay El ni. Burung ketitir, burung tukang (sebelum matahari naik), burung pipit, burung gembala kerbau dan lain-lain. Tenang dan seronok je bila dengar.

Pagi-pagi lagi burung-burung ni keluar pergi mencari makanan, dan dibawa balik ke sarang pada waktu petang. Jamu anak-anak dia dengan apa yang ada. Bersungguh-sungguh sekali burung terbang dan menyewah menyinggah mencari makanan.

Begitulah kebanyakan kita yang bekerjaya. Sikap berpagi-pagi dalam mencari rezeki bukan saja baik malah dituntut oleh agama. Dalam surah Adh-Dhuha, ada disebut pasal nikmat dalam ayat terakhir. Dhuha adalah waktu awal pagi selepas 30-45 minit terbitnya matahari. Itulah kebiasaannya waktu pergi kerja sekalian kita. Untunglah sesiapa yg dapat berpagi-pagi mencari rezeki kerana nikmat ALLAH akan datang dengan izinNYA.

Petang, ada yang sampai ke senja, barulah kita pulang, membawa hasil rezeki, kurniaan ALLAH untuk diri dan keluarga. Persis seekor burung tadi. Cuma apa yang boleh kita tingkatkan ialah sifat tekun dan bersungguh-sungguh kita, agar kita jadi lebih lagi dari seekor burung yang tak berakal tak berdosa tak berpahala namun bersungguh mengalahkan manusia.

Namun bisingnya burung sewaktu pulang ke sarang tidak wajar untuk kita contohi. Keluarga kita ada keutamaannya selain dari menjadi tempat kita melepaskan lelah dan kepenatan setelah seharian bertungkus-lumus mencari rezeki. Jangan jadi seperti burung, bergegas-gegas keluar pagi. Kita, nak cepat ke pejabat dan memaksa mendesak-desak anak supaya anak-anak bersiap ke nursery, sekolah atau rumah pengasuh. Sudahlah lepas ni sehari kita tidak bersama-sama dengan keluarga, bila di rumah minta anak-anak tidur awal pada malam harinya pula dan mendesak anak-anak bersegera di pagi hari.

Ya, semua perlu hadir dan tiba tepat pada masanya, si penjaga baik, si anak baik, namun elakkanlah mendesak-desak di waktu pagi. Cubalah selepas pulang ke rumah di petang hari, bermesra sebaik mungkin dengan keluarga. Cubalah sewaktu hendak ke tempat kerja, anak-anak digembirakan. Jadikan masa terhad bersama ahli keluarga pada hari-hari bekerja seberkualiti yang mungkin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...