Monday, April 11, 2011

Genap 4 tahun (2)

Cerita pasal prinsip (2)

-- Lebih banyaklah ganjaran yang kita dapat andai kita lebih banyak menyimpan dari mendedahkan kesusahan-kesusahan kita. Lebih banyklah ganjaran yang bakal kita terima andai kita kurang bergantung kepada orang lain. Ada satu Hadis yg Ust Zamri Zainal Abidin selalu baca dalam IKIM.fm... Berkenaan hebatnya seseorang manusia itu pada qiyamullailnya dan kehebatannya untuk tidak bergantung kepada orang lain. Namun, aku kira manusia ni lemah sifatnya. Bergantung kepada orang lain masih lagi diperlukan. Cuma janganlah semua perkara nak dibergantungkan kpd manusia.

-- Di sini juga aku jumpa ramai orang yang caranya, gayanya, seolah-olah mcm dalam pelakon drama2 Melayu. Aku tak berapa suka tengok drama Melayu. Kalau Pendekar atau Keris Hitam Bersepuh Emas OKlah. Orang-orang yg aku maksudkan tadi, cakapnya, style-nya, 'ek'-nya, hedonisme-nya, pembodekannya, kemakarannya, pemakaiannya, mcm dalam drama kat TV nun... Tak suka betul aku tengok. Tambahan lagi bila orang tu juga terlibat secara tak langsung dalam menyusahkan hidup aku di pejabat ni. Kenapakah? Bagi aku ini ujian. Ujian ini antara yang agak susah aku tangani.

-- Kita perlulah menilai seseorang berdasarkan fizikalnya. Ini prinsip aku. Fizikal maknanya di sini mcm ni. Contohnya, orang tu tak menutup aurat, maka kenalah orang itu ditegur. Tapi kalau users aku sendiri, ishk, payah jugak ni. Contohnya seseorang suka menggunakan kata-kata tak elok dalam cakapnya, emelnya, tweet2nya, status2nya. Maka perlulah dia ditunjukkan kata-kata yang lebih baik. Contoh lain, aku sedang buka kasut nak masuk ke Surau Annexe 2 masa solat asar, tiba-tiba beberapa orang muslimah keluar dari surau. Imam pertama & makmum2 lain sedang solat berjemaah ketika itu. Adakah mereka ini tidak ingin solat berjemaah? Keluar di waktu imam solat? Dah alang-alang ada di surau tu, solatlah berjemaah sekali dengan imam di depan. Banyak pahala solat berjemaah ni, walaupun tahap perintahnya untuk orang perempuan tidak sepenting orang lelaki. Janganlah kita menilai hati seseorang sebab kita tidak nampak & tidak tahu isi hatinya. Jika ada pun simpanlah penilaian berkenaan utk diri sendiri dan jangan wujudkan sebarang persepsi negatif dari penilaian hati berkenaan.

-- Juga berkaitan dengan penilaian fizikal. Masalah aku juga ialah kegagalan secara terpilih untuk mengklasifikasikan sesuatu gurauan itu sebgaia gurauan betul atau tidak. Aku cenderung utk menganggap setiap apa yang dituturkan seseorang adalah kebenaran & hakikatnya. Banyak kali sudah aku terkeliru & tertipu. Gurauan kuanggap serius. Kadang-kadang aku pun berguarau dengan seriusnya namun tidak pula dianggap gurauan.

Cerita pasal bonus

Alhamdulillah, aku tidak pernah tidak dapat bonus. Banyak sikitlah perbezaannya. Ini semua rezeki yang ALLAH izinkan bergantung kepada usaha hambaNya. Namun, lorong-lorong penilaian yang berliku dan penuh penafsiran yang cacamerba menyebabkan yang salah dibetulkan dan yang betul disalahkan.

Jika ada yang dapat sangat tinggi maka adalah yang akan menjadi kambing hitamnya. Setiap tahun pasti berlaku. Aku tidak pasti akan tahun ini.

Namun sesetengah yang dapat sangat tinggi itu wajar diambil perhatian. Mereka mendapatnya dengan merit dan bukan dengan bodek dan ampu. Namun, penerimaan spt ini dipandang dengan pandangan sangat serong. Disebut2 secara negatif di meja2 makan tengah hari dan komen2 berantai Facebook...

Kita cuba fikir di sisi yang lain pula berkenaan pemberian markah sangat tinggi ini. Kita cuba jenguk dari sisi 'manusia memang tidak pernah merasa puas'. Apalah salahnya jika seseorang dinamakan utk menerima pencapaian terbaik? Ini bahagiannya, ini rezekinya. Sudah banyak kurniaanNYA yang kita dapat namun penerima2 berkenaan tidak pernah merasainya. Moga-moga ALLAH menambah dekat hati2 mereka & hati2 kita dengan nikmat duniawi bonus ini.

Cerita pasal jenis kerja

Aku sering bermasalah untuk menerangkan apakah yang aku buat di tempat kerja aku kepada orang2 tuaku. Dulu di STMB berkaitan database, data extractions, reports dan seangkatan dengannya. Dan sekarang di sini pula pengurusan kontrak. Aku cuba perhalusi se'layman-terms' yang mungkin untuk memahamkan mereka. Aku abaikan istilah2 teknikal dan cuba garap bahasa2 mudah.

Sesungguhnya aku sendiri ada masalah nak terangkan apa yang aku buat kepada orang lain secara mudah. Entahlah. Dari dulu sampai sekarang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...