Tuesday, April 26, 2011

Bank Islam Visa Debit Card-i

Aku ialah pengguna setia Bank Islam. Aku tak pasti atas dasar apa aku mengisytiharkan pengakuan ini sedemikian rupa.

Contoh kad dari laman web Bank Islam
Abaikan kejap.

Ini kad debit. Bukan kad kredit. Aku tukar kad aku kat Bank Islam menara.

Mula-mula taknak pun tukar. Tapi melihat kepada keboleh gunaannya sewaktu berurusniaga di internet, maka aku buat keputusan utk tukar.

Aku dah test beli 1 track lagu kat 7digital.com berharga 0.99 pound. It's ok & Bank Islam's Visa Debit is accepted.

Aku kenal Visa Debit ni dari zaujati yang guna Visa Debit al-Rajhi Bank. Dah pernah try utk beli tiket kapal terbang, & it's accepted by the airliner. Just penggunaan kad debit kami taklah aktif sangat sebab ianya bukan main account.

Semalam di Tesco Selayang pun, dah boleh guna kad debit ni, selepas kegagalan menggunakannya di Carefour Kepong.

Banyak bezanya kad debit & kad kredit ni. Limit pembelian (Bank Islam) menggunakan kad debit ialah RM500 sehari. Namun, limit ni boleh diubah, dikurang atau ditambah, dengan telefon call center Bank Islam. Namun kad ini boleh lagi keluarkan duit, mcm kad ATM biasa, dan limitnya ialah sebanyak mana duit ada dalam akaun atau RM 5,000.00 sehari. So tak ada masalah nak beli tiket flight kalau lebih dari RM500.

Berbeza dengan kad kredit yg ditolak penggunaannya setiap akhir bulan, amaun pembelian menggunakan kad debit ditolak terus dari akaun pada masa pembelian dibuat. Aku try test dengan beli barang kat Tesco semalam, dan terus dapat sms notification dari bankislam.biz (yg sedia dah aku activated), katakan amaun sekian-sekian dah ditolak dari akaun aku. So, tak timbul masalah terlebih limit atau overused, insya ALLAH.

Yang aku belum test ialah isi minyak. Menurut customer rep Bank Islam, pembayaran perlu dibuat di kaunter masa isi minyak, dan bukan di pam. Ini utk elakkan duit kita di'hold' sebanyak RM200 sehinggalah pengemaskinian dilakukan. Aku tak faham sangat dari segi sama ada syarikat minyak atau bank yang hold RM 200 tu. Aku pun tak pasti pasal pengemaskinian dari siapa yg akan clearkan pembayaran minyak tu.

Ada duit, boleh guna. Tak ada duit, senyap2 sajalah. Kalau kad kredit, boleh lagi guna sampai certain limit. Ada orang yang mampu menguruskan (hutang) kad kreditnya. Mereka juga guna kad kredit Islamik. So, tak ada masalah bagi mereka. Cuma, kami fikir kami belum mahu begitu lagi. Walaupun mampu, kad kredit adalah satu instrumen moden yang senang menghantui, memburu seseorang.

5 comments:

Rara na mitsu said...

Huhu bagusnya kad debit ni..
Saya pon baru buat semalam..
Thank for info :)

Anonymous said...

Salam..sy nk tya..bole ke book tiket airasia, guna debit kad bank islam? Kad yg ada logo visa

tengku azri said...

Ya, boleh, insya ALLAH.

Sekarang nampaknya mcm semua bank dah tie-kan semua ATM card savings acct kepada salah satu VISA atau MasterCard.

So bolehlah guna di mana-mana airliner / website online booking yang ada tunjuk logo tu.

Mar Sya said...

Salam,sy nk tanye..mcm mne nk aktifkan kad debit tu..sy dh ad kad...tpi xtaw

tengku azri said...

Boleh ke mana-mana cawangan Bank Islam @ tempat di mana kad berkenaan dibuat utk aktifkan fungsi Visa tu.

Dulu bila dah dapat kad tu, boleh guna terus tanpa perlu pengaktifan lain. Tak pastilah sekarang mcm mana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...