Thursday, November 25, 2010

'Iduladha kali ini

Alhamdulillah, selesai sudah menyambut 'Iduladha minggu lepas. Ada beberapa perkara yang nak dicoretkan di sini.

Sebelum pada itu, tahniah kepada kawan-kawan yang akan menyebabkan syaitan menangis berkali-kali tidak lama lagi. Mohon maaf tidak dapat hadir ke majlis kalian kerana keadaan zaujah yang semakin sarat tidak mengizinkan perjalanan jauh dilakukan. Pesan kami, isilah perkahwinan berkenaan dengan penuh keimanan dan ketakwaan. Semoga redha ALLAH menjadi milik kita semua.

Cuti hari raya yang diambil sudah diluluskan bos beberapa minggu sebelum jatuhnya 'Iduladha. Jadi tidak timbul kerisauan sangat. Bertolak balik Selasa lepas pada jam (asalnya nak gerak lepas zohor, tapi zaujah nak lengkapkan SKT dia) 3.30 petang, diiringi hujan sedikit-sedikit. Mujurlah, sekurang-kurangnya tidak hangat menyengat. Dalam fikiran sudah disetkan siap-siap yang trafik dalam perjalanan kali ini akan bertambah dan melimpah-ruah. Jangkaan tepat dan kami sampai di Ketereh pada jam 2.30 pagi! Lutfi pulak taknak tidur bila sampai rumah. 3.30 pagi baru berjaya lelap, dengan dia.

Sakura, kimi no koto aishkeruyou?

Saja je selit, sebab tengah dengar lagu ni masa menaip post ni.

Aku jumpa Fatah je masa solat 'Id. Yang lain aku tak perasan. Warga Masjid But yang biasa saling tegur-menegurlah dengan aku.

Alhamdulillah share dengan zaujah 1 bahagian korban tahun ni. Lembu Pokteh Kadir. Siapa dia? Dia ayah kawan aku, Ana. Ana penolong ketua kelas aku masa darjah tiga kalau tak silap. Bukan ana saya tu, adalah nama dia yang aku malas nak sebut. Nanti ada orang google lak. So lepas solat sunat 'Id, aku, Haizan & Lutfi dengan abah gi ke rumah Pokteh. Pokteh ni takda pertalian darah pun dengan aku. Bini dia Mokteh Bidoh, baik ngan mok sebab selalu mok hantar jahit butang kat dia. Maka Ana pun jumpalah zaujah aku yang lama dah katanya nak kenal & jumpa. Ana tak kahwin lagi. Dia staf UMK. Seorang demi seorang Mokteh perkenalkan anak dia kepada isteri aku, walaupun aku pun sebenarnya tak kenal semua anak dia. Mariam, Marni, Masliza, Marwanis, Ana dengan sorang lagi, aku lupa. Ada enam orang semuanya perempuan & semuanya sudah berumah tangga melainkan Ana.

Lembu Pokteh kali ini 5 bahagian diambil oleh anak, menantu & anak saudara dia, satu oleh kakak kawan aku dan kami satu. Kawan aku, Afzan. Kakak dia pun kawan aku jugak, Shuhada. Shuhada diwakili oleh adik dia Shafiq & suaminya. Afzan berkorban di bahagian lembu orang lain tahun ni.

Korban kat kampung tahun ni biasa tapi meriah. Meriah yang bukan macam kat bandar, ramai orang bawak kamera bermacam jenis... Boleh rujuk cerita dalam posting ni dulu.

Tahun ni, aku pegang kaki kanan belakang lembu bahagian yang dah direbahkan. Mungkin lebih tepat di bahagian paha belah luar. Betul. Kuat terjahannya. Aku dibantu seorang lagi. Ramai jugak, tapi semuanya anak-beranak Pokteh & Mokteh. Lutfi & Haizan tengok sekali, kemudian pulang ke rumah bila kerja melapah dah nak dimulakan. Selesai sembelihan yang diiringi niat sewaktu pancutan darah haiwan berkenaan, kerja-kerja melapah dimulakan. Dalam hati aku panjatkan sepenuh pengharapan kepada ALLAH, semoga korban kami diterima.

Aku tak sentuh pisau langsung hari tu. Tapi tolong orang sikit-sikit je, terutamanya tolong abah lapah daging lembu dari keempat-empat kaki & paha. Malu jugak sebab tak pandai. Seusai bahagian daging 'dikerjakan', aku longgokkan daging kepada 7 bahagian, dibantu Pokteh yang menimbang seadilnya. Pokteh timbang lepas habis kerja lapah-melapah dia. Bahagi-bahagi kerja, siapa ambil perut, siapa buat rusuk. Siapa chagho ko barang dalam, otak, kepala semualah.... Ada kerja dan bahagian masing-masing.

Pelapahan & pembahagian selesai dalam pukul 12.45 tengah hari. Agak lewat kukira. Barangkali disebabkan tukang sembelih datang lambat kali ini. Tok Imam Pudin yang sepatutnya sembelih, tapi sebab queue yang panjang, maka orang lain dipanggil.

Selain tu, aku nak juga cakap, aku jumpa Haninah balik secara kebetulan pada hari Jumaat. Dia kawan sePMIUPM dulu. Tak disangka-sangka langsung. Alkisahnya, kami (aku, zaujah & anak) ke kenduri kawan Haizan, Badi'in di Pasir Pekan. Sebelum balik, ke rumah kawan dia seorang lagi, Mek Zu yang baru melahirkan anak. Then nak ke rumah ustazah dia spt yang dipesan namun beliau tiada di rumah, Dia ke kenduri Badi'in. Setibanya kami semula ke rumah Badi'in, jumpa ustazah dan aku ditegur seseorang, "Teku, wat gapo sini?" Haninah rupa-rupanya.

Ustazah ni rapat dengan Haizan masa sekolah rendah dulu. Guru ajar mengaji. Sampai tidur rumah ustazah, Haizan & the team ni, bila ada sesuatu pertandingan, guna membuat persediaan intensif. Seminggu pun ada. So, Haizan kenallah anak dia, termasuk Abe Din yang jadi suami Haninah, kawan aku. Subhanallah, kecik betul dunia ini dirasakan. So kami patah la balik ke rumah Ustazah, berbual-bual, minum & kami solat Asar di situ sekali. Then dapat hadiah dari Abe Din & Haninah, tak sure untuk Lutfi atau adik Lutfi, tapi, takpelah.

So aku di Ketereh pada hari Selasa sampai petang Rabu, petang Khamis sampai pagi Sabtu. Di Morak, petang Rabu sampai petang Khamis, Sabtu pagi sampai Ahad pagi. Aku solat Jumaat di Masjid But dan sempatlah jumpa Syed, Hadri & Fatah. Bertolak balik dari Ketereh, dengan Din (abang aku laa) dalam jam 10.30 pagi dan sampai rumah di Kepong dalam pukul 12.00 tgh malam...

Alhamdulillah. Dah laa coretan kali ni.

(Aku teringat ayat aku kepada Salihah masa jumpa dia di kenduri Mawi & Sakinah dulu, "
Salihah, wat gapo sini?" Sama je ke ayat kalau terjumpa kawan yang kita tak expect di majlis kawan kita yang lain...?)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...