Wednesday, January 13, 2010

Kalimah Allah

1. Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa.

2. Kalimah Allah digunakan dalam semua agama samawi sebagai kalimah Tuhan Yang Tunggal, Tuhan Yang Maha Esa, tiada yang layak disembah melainkan Dia.

3. Tiada halangan bagi bukan Islam untuk menggunakan kalimah Allah dari segi hukumnya. Begitu juga dengan perkataan-perkataan ibadah umat Islam yang lain.

4. Penggunaan kalimah Allah bagi bukan Islam perlu dilihat dari segi aspek sosio-budaya dan maslahah umum. Penggunaan yang membawa kepada terjejasnya maslahah umum adalah tidak dibenarkan. Kita tahu, kalimah Allah telah pun digunakan secara spesifik oleh penganut bukan Islam, tapi penggunaannya tidak mengganggu atau menjejaskan maslahah umum. Penggunaannya mestilah dalam makna yang sebenarnya dan bukan dengan maksud yang boleh menyentuh perasaan umat Islam.

5. Saya menyokong pendirian PAS & bekas Mufti Perlis dalam isu ini.

6. Saya menyalahkan kerajaan UMNO yang tidak mengamalkan ajaran syariah ALLAH sepenuhnya (dan tidak pernah mencuba untuk mengamalkannya pun). Ketidak patuhan ini membuka ruang untuk cabar-mencabar & bereaksi secara negatif, seperti kes kalimah Allah yang berlaku di mahkamah sekarang. Bagaimana ianya berkait? Pengamalan syariah Islam akan meningkatkan rasa peka masyarakat terhadap apa yang baik sebenar-benar baik & berpahala serta apa yang jahat sebenar-benar jahat & berdosa. Maka tindak balas reaktif yang negatif dapat dihindari dari isu-isu kontroversi seperti ini. Implementasi syariah Islamiyyah melalui pengamalan undang-undang Islam mampu mengawal cabar-cabar seperti ini.

7. Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia sahaja. Apa yang berlaku ini ada hikmahnya. Namun kita tidaklah dituntut untuk memfokuskan diri mencari hikmah sesuatu perkara semata-mata. Kita dituntut menyampaikan kebenaran, berdakwah menyeru sekalian manusia ke arah Islam yang sebenar-benarnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...