Thursday, December 10, 2009

Raya Haji

Alhamdulillah, buat kesekian kalinya aku menyambut 'Iduladha dalam hidup ini. Ini ialah kali ketiga aku tidak berhari raya di rumahku... Aku berhari raya di Morak tahun ini. Kali pertama aku berhari raya haji di luar lamanku ialah sewaktu aku di KISAS...cumanya aku lupa sewaktu tingkatan 4 atau 5 aku berhari raya di baitul-jann...

Kali kedua ialah sewaktu belajar di UPM, pun tak ingat tahun berapa, pertama ('03-'04) atau kedua ('04-'05). Tak pun '05-'06. Aku berhari raya di Klang...mungkin 2005 kot sebab masa tu aku baru tukar no. kpd no. Celcom.

Cerita berhari raya di Klang... aku kali pertama beraya di bandar. Amat janggal aku rasakan. Kemeriahan yg penuh township & kebandaran... Kemeriahan yang agak pelik ini aku alami sewaktu menghadiri majlis korban pak cikku di Taman Bukit Jati, Klang. Acara korban dilaksanakan di perkarangan padang bersebelahan surau taman berkenaan.

Beberapa ekor lembu ditumbangkan pada pagi tu. Aku lihat ramai pakai lawa2, bawak camcorder, digital camera... Mereka beramai duk dekat lembu-lembu tu. Mengambil gambar dengan penuh enthusiastic. Yang bertumas dengan lembu & aktiviti korban tu, keadaan lagak & gayanya sama saja dengan di kampung aku kira. Cuma, audien yg datang melihat tu rasanya agak keterlaluan dalam beberapa perkara. Masakan tidak, terjadilah suatu ketika pagi itu, di mana, seekor lembu lari lintang pukang hingga merempuh jatuh pagar besi sebuah rumah, akibat takutkan kerumuman ramai penonton barangkali. Maka cuaklah sekalian yang melihat... Beberapa orang cuba menangkap lembu berkenaan yg menerobos masuk ke laman rumah yg tidak berpenghuni. Balik kampung kata jiran-jiran.

Akhirnya lembu berkenaan berjaya disembelih selepas beberapa orang bertungkus lumus mengelilingi & menangkapnya. Happy ending bagi penonton-penontonnya yang 'darat' barangkali. Lembu bukannya suka dikeliling reramai, tambah-tambah lagi di musim penumbangan mereka secara besar-besaran di Hari Raya Korban...Pakai baju lawa-lawa yang mendedahkan sesetengah bahagian tubuh, juga wewangian yg 'meransangkan' lembu utk naik minyak ditambah lagi dengan warna baju yang cerah-cerah & terang-terang...

Ape daa...

Tahun ini aku bersyukur sangat kerana dapat & berkemampuan setelah diizinkanNya utk melaksakan ibadah aqiqah utk putera sulungku Lutfil Hadi. Ini ialah kali pertama aku melaksanakan korban pada waktu petang. Ianya dilaksanakan selepas solat Jumaat. Kami mengorbankan seekor lembu di depan rumah di Morak. Ya, dalam kawasan compound rumah dekat dengan timbunan pasir & ada rumput sikit-sikit tu (utk yang biasa berziarah ke rumah ni). Laju diorang ni buat kerja. Adik-adik iparku dan kawan-kawannya, serta sanak pakcik isteriku serta tukang sembelih yang merupakan jiran kami di Morak. Tahun ni aku tak berpeluang pegang tali yang diikatkan kpd lembu. Mereka gagah perkasa semua & bilangan yang memegang tali sedang elok cukup korumnya. Akad jual beli, niat aqiqah sewaktu melihat aliran darah sembelihan...Amat mengesankan. Seekor lembu tu, kami buat aqiqah 4 bahagian (2 lutfi, 2 badri, anak cik da & abe ji) dan 3 bahagian lagi ialah bahagian korban. Masing-masing 1 bahagian utk kak ja, ayoh dgn mek.

Tahun ni di ketereh pun ada korban & aqiqahnya utk Aleesya anak Izam dgn Ihsan anak Din. DIn amik seekor kambing & Izam amik sebahagian lembu di rumah Cik Su. Abah pun ambil satu bahagian. Banyaklah daging lembu dan kambing di rumah tahun ini. Aku pulak, sakit gigi... Berlubang di geraham bongsu sebelah atas kiri...Hilang sedikit kenikmatan makan daging di musim raya haji ni...

Seronok berhari raya haji tahun ni yang merupakan sambutan raya haji pertama kami sebagai sepasang suami isteri. Kalau di ketereh tu, semua ada, anak-anak saudaraku yakni sepupu Lutfi. Sebab ada 2 baby, Aleesya seorang lagi, maka sepupu-sepupu mereka ni memang sibuk & suka mengambil kisah tentang mereka berdua. Sesama mereka berdua pula, tak menang tangan kami di rumah ni dibuatnya.

Suka-suka kita pun cubalah utk tidak mengatasi rasa syukur kita kpd Allah Ta'ala. Ingatlah perulangan pesanan Allah, "Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" dalam surah ar-Rahman itu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...