Wednesday, July 22, 2009

Petang Jumaat lepas...

Jumaat minggu lepas, 17 Julai, sewaktu aku pulang dari pejabat, awan di langit langsung tidak kelihatan. Matahari bersinar dengan cahaya petangnya yang amat menyenangkan.Bersih sekali langit pada hari berkenaan. Alhamdulillah. Aku amat suka dengan keadaan sedemikian. Sambil menunggang motorku, aku mencuri-curi mendongak ke langit. Subhanallah...

Sampai je aku dekat Jalan Bukit Pantai, suasana redup sebentar perlahan-lahan berubah. Bumi disimbahi cahaya matahari sedikit demi sedikit. Aku terfikir, awan manakah tadi yang menyebabkan redupnya bumi ini? Aku mendongak ke atas sekali lagi. Aku berhentikan motorsikalku di tepi jalan, lalu mengambil gambar awan dengan kamera telefon bimbitku.Aku melihat langit bersih-sebersihnya melainkan apa yang aku sempat captured ini.

Mungkin tiada apa yang luar biasa pada gambar ini. Aku cuma teringatkan zaman para Nabi & Rasul dahulu. Kisah-kisah Nabi & Rasul serta sahabat-sahabat baginda a.s yang bertuah mendapat teduhan di kala terik matahari di padang pasir & di lain-lain tempat. Kurniaan teduhan itu adalah mukjizat Nabi & Rasul bagi umat berkenaan. Aku terfikir, siapakah yang tadinya berada di bawah teduhan rahmat Allah melalui 'sejemput' awan-Nya itu? Alangkah beruntungnya orang itu. Hanya alhamdulillah, subhanallah sajalah sempat aku tuturkan...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...