Tuesday, July 07, 2009

Kenapa mesti tolak UMNO di Manek Urai?

Kepada para pengundi di Manik Urai, calon-calon yang akan bertanding di sana pada PR kecil 14 Julai ini sudah pun dimuktamadkan semalam.

Kenapa UMNO mesti ditolak?

  1. Mereka berpolitik atas dasar kebangsaan yang mengatasi dasar Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah
  2. Mereka kata politik suku agama suku walaupun mereka mendakwa sebagai juara mempertahankan umat Islam di Malaysia.
  3. Isteri sesetengah pemimpin UMNO & pemimpin-pemimpin wanita UMNO ada yang tidak bertudung. Tidak pula dilarang oleh pasangan mereka akan kemungkaran ini, bahkan dibiarkan berterusan.
  4. UMNO menyemai budaya rasuah-merasuah di kalangan masyarakat dengan pelbagai cara seperti politik wang, projek-projek saat akhir sempena pilihan raya dan lain-lain.
  5. Kepimpinan UMNO Pusat berdolak dalik lagi berkenaan royalti minyak, kali ini di Kelantan. Dlm Sidang DUN Kelantan minggu lepas, Ketua Pembangkang DUN Kelantan sudah bersetuju dengan effort kerajaan negeri Kelantan, through Dato' Husam Musa, untuk mengembalikan sejumlah royalti yang layak dituntut oleh kerajaan Kelantan
  6. Tidak amanah bila berhasrat ingin mengambil Manek Urai sebagai anak angkat jika menang PR Kecil ini - UMNO tidak menganggap daerah Manik Urai sebagai taklukan/anak sendiri & hanya mahu mengambilnya jika menang
  7. dan banyak lagi sebab yang kalian sedia maklum berkenaan UMNO ini.
Bertindaklah dengan memangkah calon PAS, Abe Uji, wahai penduduk Manek Urai!

2 comments:

Anonymous said...

salam,

Boleh caya ke pendapat post nie. Jumud sangat pemikiran blogger nie. Hang ingat bejubah, bertudung litup, berkopiah tu baru islam.. Woi kalo tak kerana UMNO, melayu mundur dipijak bangsa cina. Contoh ade depan mata.. negeri mana yang paling mundur dalam Malaysia kalau bukan Kelantan. Siapa yang memerintah kelantan kalo bukan PAS. Ape yang anak muda dia dapat selain merempat kat negeri lain cari mrezeki untuk suapkan mak bapak diorang yang miskin tu.. boleh bleh la..

tengku azri said...

Betul la points tu. Takkan nak menipu pulak.

Habis, takkan la nak kata orang yang pakai skirt, color rambut warna-warna tu sempurna Islamnya?

Mencari rezeki & rezeki tu ketentuan ALLAH. Bukan masalah merempat & sebagainya.

Orang-orang yang balik mengundi di Manek Urai faham laa post ni walaupun dia tak ngaji tinggi. kan post ni pun utk pengundi di Manek Urai?

Akhirnya keputusan yg dicapai, UMNO tertolak juga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...