Friday, July 31, 2009

Adun PAS Permatang Pasir meninggal dunia

Sumber Harakahdaily.

Sabri Said dan Wan Nordin Wan Yaacob
Fri | Jul 31, 09 | 9:07:05 am MYT

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh)- Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia awal pagi hari ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man ketika memberitahu, jenazahnya dalam urusan di bawa balik ke Pusat Khidmat Dun yang pernah menjadi tempat tinggal sewanya sewaktu memenangi Dun Permatang Pasir sejak pilihanraya umum ke 10 tahun 1999 lalu.

Menurutnya, Allahyarham telah seminggu berada di IJN untuk menjalani rawatan susulan akibat kesakitan di bahagian jantung kembali setelah menjalani pembedahan sebelum pilihanraya umum ke 11 tahun 2003 di Hospital Besar Pulau Pinang.

Pada Pilihan raya ke 12 lalu beliau sekali lagi menang dengan majoriti besar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) sekaligus mengekalkan kemenangan tiga penggal berturut-turut bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Allahyarham menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri selama 11 tahun setelah pemergian Allahyarham Tuan Guru Haji Zabidi Ali penghujung tahun 1980 an. Beliau seorang yang dedikasi dan merupakan pejuang yang sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta benda kerana memartabatkan Islam, " jelasnya.

Baru-baru ini Allahyarham dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Dato' sempena ulangtahun Tuan Yang Terutama Dato' Seri Utama Dr Abdul Rahman Abbas yang ke 71.

Harakhadaily dimaklumkan, jenazah Allahyarham bertolak dari IJN pukul 10 pagi ini dan dijangka sampai ke Permatang Pasir jam 2 petang ini.

Bagaimanapun tempat dan waktu pengkebumianya belum dipastikan cuma berkemungkinan petang ini.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dalam smsnya kepada Harakahdaily memaklumkan sedang dalam perjalanan ke IJN bagi menziarahi Allahyarham, beberapa pimpinan dijangka akan menziarahi jenazah dalam masa terdekat.

AJK PAS Pusat, Dato' Kamarudin Jaffar menyifatkan pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar kepada PAS.

"Allahyarham adalah seorang pemimpin PAS yang amat kuat bekerja, rapat dengan rakyat sehingga mampu mempertahankan kerusi di Permatang Pasir walau dalam keadaan genting," ujarnya.

TERKINI!!!!!Sementara itu, pada jam 9.30 pagi tadi, jenazah Allahyarham telah dibawa dari IJN ke Permatang Pasir.Turut mengiringi jenazah ialah sanak saudara dan kaum keluarga yang sejak semalam menemani Allahyarham di IJN. Menurut salah seorang anak allahyarham, Dr Hamdan meninggal selepas dimasukkan ke IJN Isnin lalu, namun katanya Allahyarham meninggal dengan amat mudah pagi tadi.

"Tak nampak tanda-tanda beliau tenat semalam, saya sedang buat surat cuti untuk Allahyarham dari menghadiri Dun Pulau Pinang, namun belum sempat siap surat tersebut, pagi ini Allahyarham menghembuskan nafasnya, beliau seorang yang cukup tenang dan bapa yang sangat baik dan penyayang," ujar seorang menantunya kepada Harakahdaily.

Suasana sayu mengiringi perjalanan jenazah sebaik dikeluarkan dari Bilik Mayat IJN.Turut hadir ialah Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar; Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad; ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo Lo Mohd Ghazali dan pimpinan PAS yang lain.

Mewakili pihak PAS, Mahfuz mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas pemergian Adun Permatang Pasir.

"Beliau seorang yang cukup baik, rapat dengan rakyat, komited dan wakil rakyat yang memahami kehidupan rakyat, beliau rakan saya yang banyak membantu saya terutamanya ketika saya ditahan ISA (operasi lalang).Beliaulah yang menjaga kebajikan anak isteri saya.

"Beliau juga adalah teman yang amat memahami, saya rasai kehilangan yang sangat besar kepada satu perjuangan," ujarnya.

Sementara itu, Presiden KeADILan turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Dr Wan Azizah menyifatkan, Pakatan Rakyat kehilangan 'permata' yang sangat komited dengan kerja, membantu Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika Ketua Umum KeADILan itu menghadapi krisis politik tahun 1998.

"Beliau seorang yang mudah memahami, sangat penyayang dan bekerja keras untuk rakyatnya," ujar beliau./wann _

Wednesday, July 29, 2009

Majlis Fatwa Kebangsaan Kena Keluarkan Fatwa ISA

Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengeluarkan fatwa mengenai ISA. Ini kerana isu ini telah berulang kali diminta oleh Umat Islam agar dilihat di sudut agama. Namun fatwa itu hendaklah adil, bebas dari keterikatan dengan mana-mana pihak, dibahaskan secara saksama dengan kehadiran pakar perundangan, pihak berkuasa dan mangsa. Juga ahli-ahli politik yang bersetuju dan yang membantah perlu dijemput memberikan pandangan.

Penilaian adil perlu untuk panduan kerajaan. Malanglah jika isu-isu pinggiran dibincangkan sedangkan isu-isu besar yang membabitkan kepentingan umat ditinggalkan. Majlis Fatwa Kebangsaan menggunakan wang awam, maka pastikan faedahnya balik kepada awam secara jelas. Mesyuarat yang biasanya berlangsung di hotel-hotel yang hebat itu perlu mengeluarkan pandangan-pandangan yang hebat untuk kemaslahatan umum.

Hari ini rakyat berbagai pendapat tentang ISA, berikan pandangan para mufti pula. Masakan mungkin mereka tidak peka, sedangkan semua rakyat berbicara. Saya secara peribadi semasa menjadi mufti telah mengeluarkan pandangan dalam Bulan Ramadhan lepas di Perlis, Kelantan, Kuala Lumpur dan berbagai tempat. Media tempatan telah berulang kali menyiarkannya. Kali ini kita menuntut pandangan rasmi agensi agama kerajaan pusat pula.

- Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Lampeter, UK.

--

Sumber asal di sini.

Artikel berikut tersiar dalam mStar Online September 2008 & diperolehi dari sini.

--

Mufti Perlis: ISA tidak diperlukan untuk bela ajaran Islam

Oleh: ZIEMAN

Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin hari ini menegur tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam isu agama dan mengheret pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok yang masih ditahan di bawah peruntukan akta itu.

Ketika ditemui di Damansara Kim sebentar tadi, Dr Asri berkata, Islam dibina dari hujah dan dasar yang jelas, dan Islam juga tidak memerlukan ISA untuk membela ajarannya.

Jadi tidak ada alasan untuk menahan orang dengan tidak memberi peluang membela diri. Ini adalah satu tindakan yang salah. Sekiranya orang itu mempunyai kesalahan dari segi hukum agama, buktikan dari segi dalil-dalil agama.

Cara kita tangkap orang guna ISA atas kesalahan agama tidak akan menghilangkan salahfaham terhadap Islam. Seharusnya diperjelaskan dulu apa kesalahan itu. Kalau misalnya orang itu menghina Islam atau menyeleweng, buktikan dulu berdasarkan Quran dan hadis.

Perlu diperdengarkan pertuduhan itu kepada orang yang dituduh itu. Mungkin juga, ia hanya satu salah faham. Yang penting perdengarkan dulu hujahnya,” kata Mufti yang terkenal dengan kelantangannya mengeluarkan idea yang berani dan telus itu.

Kata Dr Asri lagi, “Islam bukan agama yang bacul. Perbuatan ISA kerana kesalahan agama seolah-olah menggambarkan orang Islam tidak mampu berhujah, terus tangkap orang. Mereka akan kata mereka benar kerana kita takut berhujah dengan dia.”

Beliau juga turut mengingatkan betapa bahayanya tindakan ISA.

Sekiranya ada aliran-aliran tertentu dalam kerajaan yang tidak setuju dengan pendapat satu aliran yang lain, adakah ruang ISA juga akan digunakan? Pernah berlaku dalam kerajaan Abbasiyah yang berpegang pada aliran Muktazilah ketika itu. Dia menghukum orang daripada aliran lain termasuk Imam-imam besar seperti Imam Ahmad juga turut dihukum.

Kalau di zaman ini, mereka yang kendalikan agama itu dari aliran lain maka mereka yang dari aliran lain itu akan dihukum tanpa memberi peluang membela diri. Ini juga tidak sejajar dengan konsep keadilan dalam Islam,” kata Dr Asri lagi.

Dari segi politik Islam atau siasah, kata beliau, kerajaan berhak menahan orang dan beri tempoh siasatan (14 hingga 30 hari) bergantung pada keperluan. Tapi kita tidak boleh hukum 2 tahun tanpa diadili. Ini zalim.

Tuhan yang Maha Adil pun buat mahkamah di akhirat untuk setiap orang dibicarakan. Keadilan ditegakkan di dunia dan di akhirat. Tuhan yang Maha Adilpun memberi peluang untuk kita jawab kesalahan sedangkan Tuhan berhak buat apa saja. Jadi macam mana kita boleh tangkap orang tanpa memberi peluang mereka membela diri?,” jelas beliau.

Kata Dr Asri, isu agama turut membabitkan sensitiviti agama lain. Tapi dari segi mempersoalkan identiti Islam seperti laungan azan, itu tidak boleh.

Namun jika ada sungutan tentang bacaan-bacaan yang panjang sehingga menganggu orang awam, ulamak Islam juga tidak benarkan. Bacaan yang kuat tanpa keperluan atau kuliah agama dengan menggunakan pembesar suara sehingga menganggu ketenteraman awam, itu tidak perlu. Itu sudah diputuskan oleh ulamak-ulamak dari dulu lagi.

Agama itu terhad. Azan itu azan. Begitu juga kuliah agama untuk diperdengarkan di pembesar suara, berpada untuk sidang yang mendengar sahaja,” jelasnya.

Dr Asri juga menyentuh tentang peranan Jakim.

Jakim berperanan menjelaskan isu-isu agama dan juga yang menyeleweng dari agama. Bukan sekadar menyokong seseorang dihadapkan tanpa bicara. Badan itu juga hendaklah bebas dari percaturan politik. Perjelaskan ketentuan peruntukan orang yang menghina Islam seperti isu Raja Petra. Itu bersifat politik, biarlah diuruskan oleh orang politik.

Kalau hendak diikutkan yang menghina Islam, ramai lagi yang patut dibuat aduan. Jelaskan dulu apa yang perlu dilakukan?,” soal Dr Asri.

Beliau juga meminta kerajaan memikirkan soal ISA ini sedalam-dalamnya.

Seandainya satu hari nanti kerajaan bertukar rupa dan kalau berlaku pertukaran kuasa. Terlalu ramai nanti yang tidak boleh bersuara dan ISA mungkin diguna seluas-luasnya. Besok, bila kena pada kita, apa kita nak buat?,” kata Dr Asri yang akan menghadiri Tazkirah Tarawih di Stadium Kota Bharu pada hari ini.

Beliau yang juga akan memberi ceramah di Kompleks Islam Lundang esok, sempena pelancaran Tabung Serambi Mekah yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, juga mempersoalkan bagaimana pemimpin yang gagal kendalikan parti yang kecil mampu kendalikan negara yang besar.

Takkan nak tunggu ada rusuhan atau kekacauan. Ketika itu sudah tidak boleh dipulihkan lagi. Sekali kekacauan tercetus, susah untuk dipulihkan.

Menurut pengamatan beliau, keadaan ini berlaku kerana pemimpin politik menganggap kedudukan politik itu seperti harta rompakan.

Mereka bermati-matian untuk mendapatkannya sekalipun terpaksa menggunakan belanja yang besar kerana pulangan atau keuntungannya juga besar,” kata beliau.

Jelas beliau, saluran politik digunakan untuk membina kekayaan diri. Inilah hasilnya bila kerakusan ini berlarutan. Tidak ada setiakawan dalam politik, musuh memusuhi, berpuak-puak kerana fikirkan survival politik masing-masing bukan survival rakyat yang dipertanggungjawabkan.

Yang paling ketara sekarang, pemimpin politik bukan sahaja gagal membawa rakyat keluar dari kemelut yang sedang dihadapi malah menjadikan keadaan lebih rumit.

Bukan sahaja mereka gagal menyelesaikan masalah tapi mereka pula yang menimbulkan lebih banyak masalah lain,” kata Dr Asri.

sumber: Mstar Online

Monday, July 27, 2009

Himpunan MANSUH - coretan awal

Apa cerita oghe silat Lincah declare nok join himpunan pro-ISA Sabtu ni? Kenapa diikutkan sangat Pak Ibrahim Ali yang ultra Melayu tu? Tok berjuruh lagu tu. Agak tidak berkenan la dengan pendirian lagu tu... Tak payah laa politikkan ahli-ahli Silat Lincah tu.

Islam itu syumul. Dalam Islam, ada semua perkara termasuk berpolitik, mentadbir alam ini dengan baik, menegur pimpinan yang zalim dll... Tapi silat tidak boleh di'syumul'kan sedemikian rupa. Silat seharusnya ditulenkan dari anasir-anasir politik ultra Melayu ini.

Wednesday, July 22, 2009

Petang Jumaat lepas...

Jumaat minggu lepas, 17 Julai, sewaktu aku pulang dari pejabat, awan di langit langsung tidak kelihatan. Matahari bersinar dengan cahaya petangnya yang amat menyenangkan.Bersih sekali langit pada hari berkenaan. Alhamdulillah. Aku amat suka dengan keadaan sedemikian. Sambil menunggang motorku, aku mencuri-curi mendongak ke langit. Subhanallah...

Sampai je aku dekat Jalan Bukit Pantai, suasana redup sebentar perlahan-lahan berubah. Bumi disimbahi cahaya matahari sedikit demi sedikit. Aku terfikir, awan manakah tadi yang menyebabkan redupnya bumi ini? Aku mendongak ke atas sekali lagi. Aku berhentikan motorsikalku di tepi jalan, lalu mengambil gambar awan dengan kamera telefon bimbitku.Aku melihat langit bersih-sebersihnya melainkan apa yang aku sempat captured ini.

Mungkin tiada apa yang luar biasa pada gambar ini. Aku cuma teringatkan zaman para Nabi & Rasul dahulu. Kisah-kisah Nabi & Rasul serta sahabat-sahabat baginda a.s yang bertuah mendapat teduhan di kala terik matahari di padang pasir & di lain-lain tempat. Kurniaan teduhan itu adalah mukjizat Nabi & Rasul bagi umat berkenaan. Aku terfikir, siapakah yang tadinya berada di bawah teduhan rahmat Allah melalui 'sejemput' awan-Nya itu? Alangkah beruntungnya orang itu. Hanya alhamdulillah, subhanallah sajalah sempat aku tuturkan...

Monday, July 20, 2009

Malaysia XI lwn Man Utd

Selepas perlawanan persahabatan pertama yang menyaksikan Malaysia tewas 2-3 kepada Manchester United, skuad bola sepak negara amat bertuah kerana diberi penghormatan untuk bermain sekali lagi dengan juara kelab dunia ini.

Perlawanan malam ini pasti berbeza dengan perlawanan Sabtu lepas. Pemain kedua-dua belah pasukan pasti lebih bersedia dan lebih memahami kelebihan dan kelemahan lawan masing-maing. Bilangan penonton juga dijangkakan sedikit merosot, namun tidak ketara, berbanding dengan jumlah yang dicapai pada hari hujung minggu seperti hari Sabtu.

Kenyataan sinis Perdana Menteri Malaysia Dato's Seri Najib Razak yang menyangkakan Malaysia akan tewas dengan jumlah jaringan yang besar (0-6) seperti yang dilaporkan dalam The Star, amatlah pesimistik. Sepatutnya beliau lebih positif dalam membuat kenyataan. PAS turut tidak ketinggalan memberi respon terhadap perlawanan menarik ini. Menurut Harakahdaily, Naib Presiden PAS, Haji Mahfuz Omar mengingatkan supaya para pemimpin Umno tidak menyamakan skuad berjersi biru pasukan Malaysia tempoh hari dengan Barisan Nasional yang kalah tipis di PRK N-41 Manik Urai Selasa lepas. Beliau juga berkata, usah terlalu cepat menaikkan taraf bola sepak negara dengan kemenangan ini. Wallahua'lam, adakah wajar perbandingan sedemikian dilakukan.

Ulasan Peter Butler, jurulatih pasukan negeri Kelantan sewaktu menjadi hos siaran langsung perlawanan ini petang Sabtu lepas di saluran 811 Astro Super Sports wajar menjadi iktibar. Pasukan Malaysia mudah hilang bola dari kawalan. Dalam dua keadaan sama ada bola di kaki begitu mudah dicuri pemain lawan atau hantaran yang sangat tidak kemas, kawalan bola pemain muda negara amatlah mengecewakan.

Luahan Butler perlu diambil berat oleh jurulatih pasukan K. Rajagobal, memandangkan rata-rata pemain kebangsaan pernah bermain menentang pasukan Kelantan di bawah bimbingan Butler. Hatta, penyerang Indra Putra Mahyuddin adalah anak didik Butler sendiri. Malaysia mendapat pujian di barisan midfield yang berjaya membuat kesinambungan counter-attack dari umpanan pemain pertahanan yang sekali-sekala mencemaskan United.

Mengulas mengenai ejekan penonton apabila pemain negara hilang bola, Rajagobal, dipetik dari The Star menegaskan bahawa, skuad negara hanyalah skuad '10-hari' berbanding sebilangan besar pemain United yang telah bermain bersama-sama selama bertahun-tahun. Adalah tidak adil untuk menuntut persefahaman 100% dengan skuad yang dikumpulkan dalam masa yang begitu singkat.

Barisan United kelihatan sedikit keletihan, mungkin disebabkan jet-lag. Keserasian antara para pemain juga tampak sedikit terjejas lantaran penstrukturan semula posisi selepas ketiadaan Cristiano Ronaldo. Barisan tengah sedikit kucar-kacir jika dibandingkan dengan posisi sayap dan penyerang. Apakah yang akan kita saksikan pada perlawanan kedua malam ini? Mampukah Malaysia mengekang sekali lagi asakan United? Sama-samalah kita saksikan.

Tuesday, July 14, 2009

Keputusan Rasmi PRK DUN N-41 Manik Urai

Hari Mengundi PR Kecil N-41 Manik Urai : Perkembangan Terkini

Sila klik http://prkn41.pas.org.my/. Atau pun terus ke halamannya di sini. Selang 15 - 30 minit boleh tekan Refresh / F5.

Terima kasih.

Berat aku naik...

Alhamdulillah...

Setelah bertahun2 berusaha..., bila ditimbang Sabtu lps, nampak gaya cam naik je. 5-6 kilo gak la...I don't thing those who see me everyday will believe this. Even me myself didn't believe this at first. I tried to test the weighting scale with one unit of fire extinguisher, hoping that the scale shows me ridiculous reading. But I failed. It showed the correct weight exactly as printed on that extinguisher.

Tapi, kena maintain the fitness agar tidak 'maju ke dpn'. MESTI!!!

Well, I actually kinda dislike the idea that once married, your weight will be boosted... Obesity is one of the leading factor to many types of serious & severe diseases. We have to maintain our weight with our physical built proportionately. Well, it may be not as perfect as weight-perfectionist but, do not change badly & drastically. The BMI scale can be a good measurement of how ok you take care of your body after marriage. This index even didn't indicate the marriage in its scale as an influencing factor of body mass loss/gain.

Ok till now.

(This is English. Being taught prior to PPSMI. Not qualified to be examined as a prerequisite to further study abroad)

Friday, July 10, 2009

Penangguhan Pemansuhan PPSMI

Alhamdulillah semalam kerajaan membuat keputusan untuk tidak bercadang meneruskan dasar gila ini.

Namun ianya bukanlah total dissolution namun penangguhan pemansuhan berperingkat sehingga 2012.

Tun Dr. M dalam blog beliau amat tidak bersetuju dgn pemansuhan PPSMI. Itu dasar dia. Maka dia pun buat undian dalam blog dia, siapa yang setuju dengan pemansuhan, kata ya, siapa yang tidak setuju dengan pemansuhan, kata tidak. Walaupun setakat 10.00 malam lebih semalam, 10,000 ++ kata tak setuju & hundreds kata setuju, aku tidak mengira ianya mewakili suara majorit.

Sekurang-kurangnya, atasilah bilangan yang turun berdemo membantah PPSMI itu dulu.

Aku gembira. Cikgu-cikgu di sekolah pun dah mula dah mengajar dalam bahasa Melayu balik....

p/s terkenang expert group PERSIP pre-PRU ke-12.... mencari2 data & hujah pasal EST aka PPSMI nih...

Thursday, July 09, 2009

Berani

Kita mesti berani.

Mcm Nabi di Gua Hira'.
Mcm al-Asadullah r.a.
Mcm as-Saifullah r.a.

Mcm KZ masa dia duk Takaful dulu.
Mcm Syed Ibrahim masa dia duk di TM la ni.
Mcm Yunus yg ngaja di Sibu la ni. Amik gambar pakai necktie hijau putih. Masukkan gmbar bermuktamar dlm blog.

Berani kerana benar. Wa qul ja al-haqqu wa zahaqol batil. Innal batila kaana zahuqan. Tgk ayat Allah ini dlm Surah al-Isra' ayat ke-81.

Tuesday, July 07, 2009

Kenapa mesti tolak UMNO di Manek Urai?

Kepada para pengundi di Manik Urai, calon-calon yang akan bertanding di sana pada PR kecil 14 Julai ini sudah pun dimuktamadkan semalam.

Kenapa UMNO mesti ditolak?

  1. Mereka berpolitik atas dasar kebangsaan yang mengatasi dasar Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah
  2. Mereka kata politik suku agama suku walaupun mereka mendakwa sebagai juara mempertahankan umat Islam di Malaysia.
  3. Isteri sesetengah pemimpin UMNO & pemimpin-pemimpin wanita UMNO ada yang tidak bertudung. Tidak pula dilarang oleh pasangan mereka akan kemungkaran ini, bahkan dibiarkan berterusan.
  4. UMNO menyemai budaya rasuah-merasuah di kalangan masyarakat dengan pelbagai cara seperti politik wang, projek-projek saat akhir sempena pilihan raya dan lain-lain.
  5. Kepimpinan UMNO Pusat berdolak dalik lagi berkenaan royalti minyak, kali ini di Kelantan. Dlm Sidang DUN Kelantan minggu lepas, Ketua Pembangkang DUN Kelantan sudah bersetuju dengan effort kerajaan negeri Kelantan, through Dato' Husam Musa, untuk mengembalikan sejumlah royalti yang layak dituntut oleh kerajaan Kelantan
  6. Tidak amanah bila berhasrat ingin mengambil Manek Urai sebagai anak angkat jika menang PR Kecil ini - UMNO tidak menganggap daerah Manik Urai sebagai taklukan/anak sendiri & hanya mahu mengambilnya jika menang
  7. dan banyak lagi sebab yang kalian sedia maklum berkenaan UMNO ini.
Bertindaklah dengan memangkah calon PAS, Abe Uji, wahai penduduk Manek Urai!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...