Monday, June 08, 2009

Ulama & Pro

Adakah Abdul Rahman bin 'Auf r.a dipanggil profesional lantaran keberhasilan & kecemerlangannya dalam perniagannya? Adakah Abu Hurairah r.a dipanggil ulama' lantaran banyaknya hadis Nabi SAW yang diriwayatkannya?

PAS dalam mendepani hari-hari mendatang, menuju kerajaan dalam pembikinan, tidak sunyi dari ujian. Selesai sudah Muktamar ke-55 di Shah Alam, yang menyaksikan barisan kepimpinan pelbagai bidang telah dipilih. Diterajui oleh Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa, PAS telah dilihat mengekalkan kepimpinan ulama' bagi dua jawatan teratas tersebut buat kesekian kalinya sejak manhaj Kepimpinan Ulama' diperkenalkan.

PAS sendiri tidak membeza-bezakan pemimpin-pemimpinnya, kerana ianya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Ulama adalah mereka yang takut kepada Allah, lantaran mereka mengetahui kebesaran dan kekuasaan ALLAH melalui ilmu mereka. Firman ALLAH dalam Surah al-Faatir, ayat 28 maksudnya, "Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama (6). Sesungguhnya Allah Maha perkasa lagi Maha Pengampun."

Polemik profesional vs ulama dipopularkan oleh pihak media dan golongan yang tidak senang dengan kepelbagaian ahli ilmu yang ada di dalam PAS serta beberapa kerat 'orang dalam' yang tidak faham fikrah perjuangan PAS itu sendiri. Mengapa dengan ilmu mereka, mereka tidak takut dengan dosa memporak perandakan kaum muslimin lainnya? Mengapa mereka tidak senang dengan intergrasi harmoni di antara pelbagai kepakaran dalam PAS? Teruk sangatkah kepimipinan yang berlatar-belakangkan agama, dalam memimpin dan menentukan halatuju PAS? Hebat sangatkah ahli yang suka diiktiraf dan dipanggil profesional berkenaan?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...