Saturday, April 11, 2009

Hukuman mati Sirul & Azilah: banyak kesangsian dari kepastian

Pada Khamis 9 April 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas mereka didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu.

Kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu didapati bersalah membunuh wanita muda Mongolia itu, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Banyak kesangsian ditimbulkan oleh pelbagai pihak sepanjang proses perbicaraan ini. Konsep-konsep guilty until proven innocent diguna pakai dgn meluas. Namun kesangsian yang timbul bagi saya secara peribadi, tidak mampu memberi pembuktian yang kukuh. Alangkah eloknya jika undang-undang qisas diguna pakai guna menyelesaikan keserabutan pembunuhan Altantuya ini. Sebarang pertuduhan yang berjaya mendatangkan walaupun sedikit keraguan akan digugurkan. Hukuman konvensional adalah sebaliknya - ia mencari sampai ke lubang cacing lagi walaupun terbukti ada keraguan di dalam sesuatu pertuduhan itu. Hukum Islam menjaga keadilan dan memberikan kesaksamaan kepada umatnya dan orang-orang bukan Islam juga.

Jika cif inspektor & koperal berkenaan tidak bersalah, kita akan dapat mengelakkan hukuman dijatuhkan kepada mereka yang tidak bersalah dengan keraguan-keraguan yang ditimbulkan. Jika mereka bersalah, Islam mengajar konsep keadilan saksi, kesahihan hujah & bukti dan lain-lain yang menyebabkan hukuman akan dijatuhkan hanya kepada mereka yang benar-benar bersalah saja. Jadi, kasihanlah & tidak adillah kepada yang tidak bersalah apabila dijatuhkan hukuman mati dengan hukuman konvesnional ini lantaran ada tangan-tangan ghaib, kuasa-kuasa besar yang mempengaruhi keputusan mahkamah & bukan dengan credibility mahkamah itu sendiri.

Habis, jika orang yang bersalah, dilepaskan kerana kekurangan saksi & bukti (menimbulkan keraguan jika menggunakan hukuman Islam & sesetengah hukuman konvensional), adilkah itu? Di dunia, memang benar ianya nampak tidak adil. Sebab itulah mesti ada satu dunia lain untuk menghukum pesalah-pesalah yang terlepas dari hukuman walaupun telah diadili di dunia ini. Allah Maha Menghukum & Maha Adil. Mereka tidak akan terlepas di akhirat nanti melainkan jika mereka telah bertaubat dan ALLAH menerima taubat mereka.

Antara satu persoalan sepanjang perbicaraan koperal Sirul & cif inspektor Azilah ialah, mengapa muka mereka ditutup sepanjang perbicaraan? Ini menimbulkan banyak persoalan. Bermacam spekulasi yang dibuat. Wallahua'lam. Apa pun ianya telah menimbulkan satu faktor keraguan yang amat besar di sini. Juga, penafian PM ke-6 dilihat sangat tidak kukuh.

Semoga mereka berjaya dalam rayuan mereka & semoga yang benar-benar bersalah akan dihukum setimpalnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...