Wednesday, April 29, 2009

Kenyataan Media : Pemudawilayah anjur Himpunan Rakyat Desak Kabinet Tarik Balik Keputusan Menukar Agama Anak Jumaat Ini

Kenyataan Media : Pemudawilayah anjur Himpunan Rakyat Desak Kabinet Tarik Balik Keputusan Menukar Agama Anak Jumaat Ini

Dewan Pemuda Wilayah Persekutuan kesal dengan sikap Ahli Kabinet Malaysia yang diketuai Oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang enggan melayani pandangan Jakim, Jabatan Agama, Mufti dan NGO Islam berhubung dengan isu agama anak K Pathmanaban atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah.

Kabinet telah mewujudkan Jawatankuasa khas bagi membincangkan isu ini dan diketuai oleh Menteri di JPM, Koh Tsu Koon, Menteri Sumber Manusia, S Subramaniam; Menteri di JPM, Jamil Khir Baharom, dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil. Keempat-empat orang ini dilantik bagi membahaskan isu yang sangat sensitif dan kemudiannya mengeluarkan fatwa bahawa;

1. Anak yang masih dibawah umur perlulah dibesarkan mengikut agama asal ibu atau ayahnya.

2. Pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil bukan dimahkamah Syariah.

Sesungguhnya Kabinet Najib sedar bahawa mereka hanyalah berkuasa dalam sudut Eksekutif bukannya Legistatif dan Kehakiman. Maka tidak selayaknya mereka mengeluarkan keputusan dan arahan melangkaui bidang kuasa mereka terutamanya dalam isu yang membabitkan soal agama.

Dalam apa jua urusan yang menyentuh tentang agama khususnya agama Islam, Kabinet perlu juga merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan juga memohon perkenan Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama negara ini.

Sekaligus tindakan Kabinet pada minggu lepas dilihat sebagai yang paling biadap terhadap Yang DiPertuan Agong, Mufti, Parlimen dan juga Sistem Kehakiman Negara yang lebih berkuasa dari mereka.

Justeru itu Pemudawilayah mendesak agar Kabinet menarik balik keputusan dan arahan yang dikeluarkan itu dan mengembalikan kuasa bagi menentukan agama anak Mohd Ridzuan Abdullah kepada Mahkamah Persekutuan.

Sebagai menyokong tindakan Jakim, Mufti, NGO dan mempertahankan hak serta bidang Kuasa Yang DiPertuan Agong selaku ketua Agama Malaysia Pemudawilayah dan Lajnah Dakwah & Pembelaan Islam DPPP akan menganjurkan Himpunan Rakyat Bagi Mendesak Kabinet Menarik Balik Keputusan itu pada Jumaat ini (1 Mei 2009) bertempat di Masjid Kg. Bharu Kuala Lumpur.

Himpunan dijangka berlangsung selepas solat Jumaat dan seluruh Pemimpin Umat Islam, Ahli Politik, NGO dan rakyat diseru untuk hadir sebagai menunjukan bantahan terhadap sikap Kabinet yang terus membisu terhadap desakkan rakyat sebelum ini.

Himpunan ini diadakan khususnya untuk menyedarkan kabinet tentang bidang kuasa mereka agar Menteri-menteri Kabinet selepas ini ingat bahawa ada lagi kuasa-kuasa lain yang lebih tinggi dan layak dari mereka dalam membicarakan soal agama dan hubungan antara agama dalam negara ini.

Sekian.

Kamaruzaman Mohamad
Ketua
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan

Tuesday, April 28, 2009

re-structure lagi

1st of all, Alhamdulillah kerana masih dapat berkerja mencari rezeki Tuhan.
2nd of all, jazakumullah khairan kathiran kpd those yang masih spare my working life here.
3rd of all, gomen nasai minna.

Apa yang berlaku sekarang adalah satu perkara yg majoriti orang tak suka. Aku tidak pasti adakah majoriti ini berada di dalam pihak yang benar atau golongan minoriti yang berada di pihak yang benar. Kebanyakan staf peringkat grass-root tdk menyetujui exercise ini, yang diadakan setahun selepas exercise yang sama diadakan pada permulaan Q2 tahun lepas. Mereka2 yang reside di peringkat akar umbi of working level ni adalah yang paling byk memahami, cekap & handal menilai how to do things. Namun, idea utk mengekalkan structure organisasi asal mungkin tidak kesampaian utk diluahkan oleh pihak ini kpd golongan atasan di atas beberapa sebab. In simple words, bila orang yang berapa tak tahu yang jadi penentu, habis semua jadi haru-biru.

Aku tidak diajar beriman dengan arus. Entah mengapa aku agak suka menongkah arus dalam keadaan play-safe. Kita jugak tidak diajar sebenarnya beriman dengan arus. Di sini, apakah arus itu majoriti atau pun minoriti kita tidak tahu. Semuanya senyap. (detail 'arus' vs 'angin' di sini)

Orang yang suka mengkritik dengan bernas & pedas biasanya tidak disukai. Mereka dianggap anti-establishment (?). Mereka mungkin akan dibuang dari division. Inilah antara asas yang menyebabkan majoriti orang takut nak bersuara.

Mungkin juga kewujudan 'SB' yang dicanang-canangkan itu banyak menyumbang kepada penyampaian maklumat kpd pihak-pihak tertentu yang berkuasa membuat keputusan. Adakah benar 'SB' wujud, wallahua'lam. Seperti mana SB Cawangan Khas Bukit Aman yang amat dibenci oleh majoriti orang kebanyakan, 'SB' inverted comma ini pun sudah pasti amat2lah sangat dibenci oleh pihak2 grass-root ini. Ini juga merupakan salah satu sebab ramai pihak tidak berani utk bersuara.

Sesi penjelasan re-structure memang mempunyai slot untuk bersoal jawab. Namun, berapa keratkah yang sanggup & berani bertanya? Aku tidak sanggup. Semua orang sudah give-up memberi cadangan atau mengemukakan soalan. Ini kerana ianya akan dibakul sampahkan begitu saja. Selain itu, soalan2 kritikan yg menjurus kpd situasi yg provokatif akan memudahkan proses marking of unwanted people dilakukan oleh so-called 'SB' ini.

Kita memang mahukan perubahan. Cumanya, amat2lah diharapkan perubahan itu ialah ke arah yang lebih baik & bukan semakin memburukkan keadaan. Malang sekali kebaikan itu tidak berlaku, atau pun sedikit sangat yang berlaku.

Bagi aku, aku redha ditempatkan di mana saja kerana agama aku, aqidah aku masih belum terusik. Aku rasa aku masih mentah dengan sepak terajang dunia pekerjaan ini (walaupun berpengalaman di Takaful M'sia dulu) memandangkan aku baru 2 tahun 26 hari bekerja di sini. Buat apa membantah jika tidak dipedulikan? Buat apa marah jika tidak diendahkan? Banyak lagi yang aku boleh marahkan, cam Israel, UMNO, SPR, SPRM, PPSMI, ISA... sekadar menyebut beberapa perkara. Itu aku rasa, lebih penting utk dibencikan, dimarahkan dengan sebenar2 kemarahan & kebencian. Satu lagi bagi aku, to serve my educational sponsor is the most important working target for the time being. I repeat, working target.

Kepada mereka2 yang ikhlas bekerja kerana ALLAH, janganlah berputus asa. Iblis gembira melihat orang ikhlas berputus asa. Semoa ALLAH menggolongkan kita dalam golongan yang ikhlas bekerja utk mencari keredhaan-Nya. Firman ALLAH dalam Surah at-Taubah ayat 105 maksudnya [1], "Dan katakanlah: "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mu’min akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Maha Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan." Firman-Nya lagi dalam Surah al-An'am ayat 135 maksudnya [2], "Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai kaumku (yang masih kafir), buatlah sedaya upaya kamu (untuk menentang Islam), sesungguhnya aku juga tetap beramal (berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan Islam); kemudian kamu akan ketahui siapakah yang akan beroleh kebaikan dan kejayaan di dunia ini. Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya."

Ok, sampai sini dulu. Semoga ALLAH merahmati kita semua.


Enti yang mungkin berkaitan:

Ruwaibidhah
Tidak berkenan

Monday, April 27, 2009

Abdullah ibn Baaz @ Ibn Baaz

http://en.wikipedia.org/wiki/Abd_al-Aziz_ibn_Abd_Allah_ibn_Baaz

Kenyataan Rasmi Peribadi Mengenai Isu Re-structure

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya ingin menafikan tanggapan segelintir pihak bahawa saya sangat-sangat gembira apabila dipindahkan. Sungguhpun saya tidaklah gembira sangat akhir-akhir ini di tempat saya sekarang, namun tidaklah sampai, apabila berkemungkinan ditukarkan kelak, saya sangat gembira.

Saya menyokong segala usaha untuk menambah baik kerja dan tempat kerja saya namun beberapa langkah yang dilihat terkebelakang itu amatlah saya tidak setujui.

Sekian kenyataan saya. Terima kasih.

Friday, April 24, 2009

Mantan TKM 1 P.Pinang, Fairus: Muktamad lepaskan ADUN Penanti

Alhamdulillah, nama beliau telah dibersihkan. Bersyukur sangat. Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan keterangan yang diperolehnya dalam siasatan terhadap Fairus tidak mempunyai asas untuk mendakwanya.

Beliau merupakan anak Gayong dari cabang PSSPGM. Walaupun bukan aliran PSSGM namun Pesaka Gayong (PSSPGM) di bawah kendalian Pak Andak Majid (Cikgu Abdul Majid Mat Isa) adalah satu pengasas iaitu dari arwah Dato' Meor Rahman. Sebelum berkecimpung dalam politik beliau aktif menyumbang kudrat dan artikel di dalam Majalah Seni Beladiri.

Kalau nak mengambil contoh dari kalangan orang silat, eloklah diambil beliau sebagai salah seorang yang boleh dicontohi dalam beberapa aspek. Nasib baik dia tak terjah / mengamuk orang-orang yang fitnah dia tu. Kesabaran dia boleh diteladani. Aku sendiri tak setuju perletakan jawatan dia, tapi apa boleh buat. Beban fitnah itu terlalu berat untuk ditanggunginya.

Ada jugak orang silat yang tidak boleh dijadikan contoh. Aku sendiri sebagai contoh. Juga, contoh yang tidak elok diikut ialah ketua Pemuda UMNO satu kawasan kat Selangor tu, bersama-sama beberapa ahli Pemuda UMNO yang lain, yang pergi terjah MP DAP yang berkerusi roda tu. Memalukan saja. Malas nak sebut silat mana sebab aliran silat berkenaan tidak ada kena mengena dengan kebobrokan yang dia buat.

Wednesday, April 22, 2009

Takde air

Pagi tadi rumah kami kat apartment Flora Damansara takde air lagi. Tak tahulah apa sebabnya Syabas putuskan bekalan. Tanpa notis. Tanpa pengumuman.

Maka ramailah orang membebel di dalam lif tadi masa aku turun nak gi kije. Aku mcm biasalah merungut dalam hati dan lepas kat sini.

Kawasan aku duduk tu, dalam Bandar Damansara Perdana. Bawah DUN Bukit Lanjan yang diwakili oleh ADUN-nya yang tersohor yakni Cik Eli kita. I wonder, kenapa Syabas selalu potong air. Alasannya, banyak tunggakan belum dibayar pemilik & penyewa. Setakat statistik yang ditampal kat notice board, utk blok C, D, E, F, G, H..... dah reduce tunggakannya sekitar 400k lebih.... berbaki dalam 600k. Atau pun ada apa2 penyelenggaraan hari ni, wallahua'lam.

Satu lagi teori aku, sebab ramai orang undi Eli masa PRU 2008 dulu kot... Jadi, mungkin sesetengah staf Syabas yang Umno ni play around with that sentiment to cut the water supply. Betul ke? Wallahua'lam. Nampak macam tak munasabah sebab ramai orang luar di apartment ni.

Bila nak stabil water supply nih? Tengok tunggakan, kadang-kadang bengang jugak yang tak bayar ribu-ribu satu rumah tu. Apa yang dah berlaku?

blah min hazihil-ardh

Matahari, bumi, bulan, walaupun dia kelihatan seperti ism muzakkar, namun, disebabkan the uniqueness of that thing, maka kita tidak letak dia dgn ism isyarat (betul ke) muzakkar. Maka kita letak hazihi instead of haza. Jenis-jenis matahari, bumi, bulan ini dipanggil muannath majazi.

Sekian merapu utk kali ini.

p/s nampaknya makin lambat la (ye ke..?) aku datang ofis jika duk kije di sana, lagi jauh dari sini.

Diorang: Tu la sapa suh cari pasal? Sapa suh wat masalah?

Motivator: jgn pesimistik sangat. kena tukar ayat dalam p/s tu kepada nampaknya makin awal la aku kena gi kerja lepas ni.

Rais Yatim (fake): Bagus informer dah dibuang. Selamat la HSBB...

Informer: (mcm The Stig la pulak - "Some say that the outline of his ----------- is exactly the same shape as the Nürburgring. And if you give him a really important job, he'll skive off and play croquet. All we know is...he's called The Stig."

Sekian. Yes, this is the ultimate sekian.

Tuesday, April 21, 2009

Awas pemutarbelit "Jimadie Othman" - Malaysiakini

(Bersumberkan entri blog Rusli.)

Malaysiakini dilihat cuba memutarbelitkan kenyataan daripada setiausaha perhubungan PAS Wilayah Persekutuan, Hedzer Ibrahim. Melalui wartawan Malaysiakini , Jimadie Othman cuba mengandaikan kononnya PAS Wilayah Persekutan menolak kepimpinan Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang.

Hari ini Hedzer telah mengeluarkan kenyataan balas bahawa Malaysiakini cuba memutarbelitkan kenyataan beliau tersebut.

Walaubagaimanapun Jimadie sekali lagi memutarbelitkan kenyataan itu kononnya sudah menjadi 'tradisi PAS' Wilayah menolak Ust Abd Hadi. Soalnya mengapa tidak disiarkan kenyataan penuh Hedzer malah cuba memutarbelit pulak kenyataan tersebut. Setidak-tidaknya sediakan link untuk pembaca mengetahui kenyataan yang sebenar.

Oleh yang demikian kredibiliti Malaysiakini sebagai media yang benar dan telus sangat kita ragui kebenarannya. Terlalu banyak berita yang bersifat menghasut. Adalah diharap pembaca Malaysiakini tidak mempercayai berita yang dikeluarkan dilaman web berkenaan tanpa usul periksa.

Sumber-sumber berita yang diambil, terutamanya oleh penulis Jimadie Othman juga biasanya tidak jelas.

Para pemimpin-pemimpin PAS disemua peringkat juga diharap berhati-hati memberi apa-apa kenyataan terbuka kepada Malaysiakini terutamanya kepada wartawan bernama Jimadie ini, kerana beliau merupakan seorang pemutar belit.

Kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini pun dilihat bersifat provokasi dan cuba memecahbelahkan PAS.

Kita juga sangsi kemungkinan Jimadie ni memang di utuskan oleh UMNO untuk memburuk-burukkan pengamal media internet.

Adalah diharapkan juga supaya pengamal media internet terus memaparkan berita secara telus dan sahih supaya menjadi alternatif yang baik kepada berita-berita di TV dan akhbar-akhbar.

Berikut merupakan kenyataan penuh Setiausaha Perhubungan PAS Wilayah En Hedzer Ibrahim Ibrahim.

(seterusnya baca di sini.)

Kenyataan Media SU Badan Perhubungan PAS WP

Berikut adalah respon rasmi dari Badan Pehubungan PAS Wilayah Persekutuan mengenai artikel wartawan Malaysiakini, Jimadie Shah Othman dalam artikelnya yang bertajuk “PAS Wilayah tolak Hadi?”.

PAS Wilayah Tidak Tolak Hadi!

Saya selaku Setiausaha Badan Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan kecewa dengan tindakan wartawan Malaysiakini, Jimadie Shah Othman dalam artikelnya yang bertajuk “PAS Wilayah tolak Hadi?” yang mana beberapa kenyataan saya turut digunakan disitu dan dimanipulasikan dengan niat yang subjudis terhadap proses pemilihan kepimpinan parti peringkat Wilayah Persekutuan.

Adalah dengan ini saya meminta agar pihak Malaysiakini tidak membuat spekulasi melampau terhadap keputusan mesyuarat agung peringkat kawasan di Wilayah Persekutuan.

Perwakilan dan Pimpinan Baru Kawasan Buat Keputusan

Saya tidak menafikan bahawa sehingga kini sebanyak 9 kawasan telah mengadakan mesyuarat agung. Mengikut tradisinya, kebiasaanya Perwakilan mesyuarat agung kawasan akan menyerahkan mandat bagi membuat pencalonan untuk Jawatan Peringkat Pas Pusat kepada kepimpinan Pas Kawasan yang baru dilantik.

Walaubagaimana pun, Pas Titiwangsa telah memecahkan tradisi ini bila mana ada perwakilan mahu beberapa jawatan peringkat tertinggi parti dicadangkan untuk dipilih dalam mesyuarat Agung termasuklah bagi jawatan Presiden.

Kedua-dua tindakan perwakilan ini tidak bercanggah dengan perlembagaan dimana perwakilan boleh mengunakan kuasa mereka untuk menentukan calon dalam mesyuarat agung atau sebulat suara memberikan mandat kepada Kepimpinan yang baru.

Andaian bahawa ke semua kawasan ‘keberatan’ untuk menamakan calon bagi jawatan Presiden adalah tidak benar dan berniat jahat. Hakikatnya saya menegaskan bahawa pencalonan bagi jawatan berkenaan sedang diteliti oleh kawasan dan itu adalah tanggungjawab mereka untuk menamakan siapa pemimpin yang mereka suka. Tidak timbul isu menolak kepimpinan presiden sekarang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti yang digembar-gemburkan oleh Malaysiakini.

Dimaklumkan juga bahawa semua pencalonan dari kawasan diserahkan terus kepada Jawatankuasa Pemilihan diperingkat Pas Pusat tanpa perlu melalui Badan Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan dan saya sebagai Setiausaha Badan Perhubungan hanya menyelaraskan jadual mesyuarat Agung kawasan-kawasan sahaja.

Media jangan siarkan kenyataan yang tidak sahih

Seterusnya saya ingin merujuk kepada perenggan berikut;

“Mengenai hasrat PAS Bukit Bintang mencalonkan Nik Aziz bagi jawatan presiden, seorang pemimpinnya berkata, pihak mahu menjadi “pencetus” kerana terdapat banyak lagi kawasan yang mempunyai hasrat yang sama, tetapi masih “berdiam diri”.”

Saya melihat bahawa ini adalah satu lagi tindakan tidak bertanggungjawab pihak media untuk mempengaruhi dan menganggu perjalanan mesyuarat agung di Wilayah Persekutuan. Berdasarkan etika dan tanggungjawab pengamal media, Malaysiakini tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan atau pandangan yang subjudis tanpa menyatakan siapakah yang mengeluarkan pandangan itu.

Dengan menggunakan pengenalan diri seperti ’seorang pemimpinnya’, ’sumber dalaman’, ‘pimpinan utama’ dan sebagainya tanpa menyatakan nama orang yang bertanggungjawab disebalik gembar gembur politik itu, saya melihat ianya hanyalah sekadar satu andaian dan propaganda media yang tidak beretika.

Seharusnya kenyataan sedemikian tidak disiarkan kerana ianya bukanlah maklumat sahih dan boleh mendorong tanggapan negatif terhadap Pas Wilayah Persekutuan sekaligus menganggu perjalanan Mesyuarat Agung diperingkat Kawasan dan Dewan-dewan yang lain.

Malaysiakini kena tarik balik, hormati Mursyidul Am Pas

Saya menegaskan bahawa saya menolak artikel “PAS Wilayah tolak Hadi?” yang disiarkan oleh Malaysiakini dan meminta agar ianya ditarik balik kerana terlalu banyak manipulasi dan fakta-fakta yang tidak sahih digunakan dalam artikel berkenaan.

Saya juga ingin memperingatkan kepada semua pihak agar menghormati kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat berhubung isu pro-muzakarah dengan pro-Pakatan (atau “kumpulan Erdogan”). Diharapkan isu ini tidak dibangkitkan lagi sesuai dengan penegasan Mursyidul Am bahawa tidak wujud kumpulan-kumpulan seperti yang digemburkan media.

Itu hanyalah persepsi sesetengah pihak yang bukan dilaungkan oleh majoriti ahli dan pimpinan. Perbezaan pendapat adalah lumrah dalam Pas, begitu juga parti-parti politik lain.

Wujudnya kumpulan pro-muzakarah dan pro-Pakatan (atau “kumpulan Erdogan”) hanyalah persepsi terpencil yang diperbesarkan media dan sebenarnya ia tidak wujud seperti yang dinyatakan oleh Mursyidul Am, yang ada hanyalah ahli Pas dan penyokong Pas sahaja.

Diharapkan agar pihak media, terutamanya Malaysiakini berhati-hati dan bertanggungjawab dalam membuat penulisan agar tidak mencetuskan spekulasi atau gossip semata-mata untuk menaikkan rating pembaca mereka. Saya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakkan undang-undang jika terdapat kenyataan saya yang dimanipulasi oleh media sehingga menyebabkan ahli-ahli Pas Wilayah Persekutuan sangsi akan kredibiliti saya sebagai salah seorang pimpinan yang diberi amanah.

Hedzer Ibrahim
Setiausaha
Badan Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan

Monday, April 20, 2009

Golongan Ruwaibidhah di Malaysia

Untuk:

Najib,
BN,
Yang nak PPSMI,
orang tkt 4 menara
& maybe aku sendiri (na'uzubillah min zaalik)

Golongan Ruwaibidhah di Malaysia

Fahri Abdullah al-Masri
Thu | Apr 16, 09 | 8:41:28 pm MYT

Siapakah golongan Ruwaibidhah? Kehadiran kelompok ini memang mendatangkan banyak masalah kepada umat Islam serata dunia. Kecelakaan menimpa umat ini memang parah. Dan kehadiran mereka adalah salah satu penyebabnya.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta.

Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan 'Ruwaibidhah'. Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?" Nabi s.a.w menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai." [Ibnu Majah]

Menurut keterengan Ustaz Fahmi Zam Zam dalam 40 hadis susunannya berhubung akhir zaman, beliau menyimpulkan bahawa era di mana terbitnya Ruwaibidhah ini adalah zaman ketandusan daripada segi material dan pemikiran.

Orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan disanjung dan dibesar-besarkan. Orang yang benar tidak diberikan peluang untuk bercakap. Yang berpeluang bercakap hanya peribadi-peribadi yang hina dan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat.

Ciri-ciri Ruwaibidhah

Berdasarkan hadis itu, kita dapati Ruwaibidhah adalah mereka yang hadir pada era tandus dan kekeringan hikmah, pengetahuan hingga umat tidak lagi mampu berfikir dengan cara betul. Ini isyarat pertama.

Oleh sebab masyarakat menjadi bodoh kerana diperbodohkan pihak penguasa, maka orang berdusta pun boleh menjadi benar dan orang yang benar pula boleh dikatakan sebagai telah berdusta. Ini isyarat kedua.

Pengkhianat diminta memegang amanah dan orang yang amanah dituduh pengkhianat. Ini isyarat ketiga.

Isyarat keempat dan yang terakhir; yang berpeluang bercakap hanyalah golongan 'Ruwaibidhah'. Inilah yang paling utama sekali. Kita akan huraikan kemudian, kenapakah isyarat ini yang dianggap penting dan terutama.

Mengakhiri sabdanya, Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa pada hakikatnya.. Ruwaibidhah itu manusia yang kerdil, hina dan tidak mengerti urusan orang ramai.

Ruwaibidhah di negara kita

Antara ciri-ciri yang utama Ruwaibidhah ini ialah sistem yang dipegang, amalan pentadbiran dan cara hidup era tersebut telah menyebabkan, hanya golongan Ruwaibidhah sahaja yang bercakap. Manakala, penyertaan suara yang selain daripada mereka tidak diberikan.

Keadaan ini menyebabkan maklumat menjadi tidak seimbang, rakyat akan mendengar sebelah pihak dan menelan bulau-bulat propaganda mereka. Dengan sebab inilah masyarakat dan rakyat tu menjadi semakin bodoh kerana diperbodohkan.

Setelah masyarakat tidak cerdik, maka berleluasalah gejala lain seperti, orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan disanjung-sanjung dan didewa-dewakan.

Akta-akta, undang-undang diperkenalkan sehingga menyekat penyertaan suara orang-ramai. Orang yang benar-benar ikhlas dan jujur sangat kurang peluangnya untuk bercakap, menulis dan melontarkan pandangan. Media dikawal rapi. Pendek kata inilah ciri-ciri diktator pada hari ini.

Sebenarnya, jika mereka ingin menunjukkan kebaikan, semua itu hanyalah sekadar sandiwara dan lakonan. Mereka mungkin mahu menyekat suara orang-ramai, tetapi dikhuatiri akan dinamakan kukubesi dan diktator. Maka, sesekali terpaksalah mereka merelakan penyertaan suara khalayak ramai. Tapi, selepas itu mereka akan menutupnya semula.

Peluang bercakap cuma dimiliki sepenuhnya oleh watak-watak yang hina dan mereka ini tak tahu bagaimana mahu selesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakatnya. Bayangkan, ruang bercakap di media, radio dan televisyen dimonopoli oleh orang yang tidak tahu mengendalikan masalah rakyat.

Sedangkan, mereka yang benar-benar bijaksana dalam urusan menyelesaikan masalah rakyat telah diketepikan suara mereka itu dalam ruang media. Dan jika mereka yang bijaksana ini mahu mencari pentas ceramah dan pidato, permit boleh ditarik balik pada saat-saat akhir setelah pada awalnya permit itu diberikan.

Perkembangan mutakhir ini menyebabkan ramai pihak boleh menyatakan suara dan bantahan mereka menerusi blog, laman web dan sebagainya. Namun, mereka tetap terdedah kepada unsur godaman internet oleh pihak-pihak tertentu, ditahan reman di bawah akta tertentu untuk disoal-siasat dan lain-lain tindakan lagi.

Bagaimana mengatasi Ruwaibidhah?

Tidak guna juga jika kita merincikan siapakah Ruwaibidhah tanpa memberikan imbuhan mengenai bagaimanakah caranya untuk menangani puak-puak Ruwaibidhah ini.

Asas atau kunci untuk menumbangkan hegemoni, legasi puak-puak Ruwaibidhah ini amat bergantung kepada taraf kecerdikan rakyat yang telah diperbodohkan selama ini. Ketika masyarakat cerdik dan cekap membuat keputusan, maka Ruwaibidhah ini akan tumbang dengan sendirinya nanti, insya Allah.

Islam telah pun menggariskan apakah ciri-ciri munafik sebagai musuh utama umat Islam. Munafik sebenarnya bukan Islam. Mereka kelihatan Islam di luaran, tetapi dalamannya masih kufur. Munafik akan terlempar dalam neraka terlebih dahulu. Dan, tidak sah berimamkan orang munafik kerana pada hakikatnya mereka adalah kufur.

Demikian ciri munafik. Tetapi, sukar dikenalpasti kemunafikan ini lantaran mereka juga bersolat seperti orang lain.

Sementara ciri-ciri ruwaibidhah ini boleh jadi terlekat ke atas Muslimin dan orang bukan Islam. Dalam masyarakat Islam ada pemimpin ruwaibidhah dan begitu juga dalam negara bukan Islam. Pendek kata, ruwaibidhah adalah ciri universal yang dimiliki oleh mana-mana bangsa, agama dan kepercayaan.

Kehadiran golongan ruwaibidah bersifat merentasi sempadan bangsa, negara, agama dan kepercayaan dan boleh mereka hadir di mana-mana jua. Sedangkan munafik hanya suatu gelaran yang dinisbahkan kepada orang bukan Islam yang menyamar untuk melemahkan umat Islam daripada dalam. Ini ciri khas untuk masyarakat Islam sahaja.

Penawar untuk menjatuhkan tembok keangkuhan ruwaibidhah ialah.. perjuangan menegakkan kebebasan bersuara, menggalakkan kemunculan ruang media yang lebih banyak untuk membongkar isi filsafat songsang mereka selama ini.

Penyertaan bersuara dalam kalangan rakyat menggetarkan seluruh hati dan perasaan kelompok Ruwaibidhah kerana tipu daya mereka akan terbongkar. Niat jahat mereka ditumbangkan oleh bedilan kata-kata pejuang kebenaran.

PPSMI dan Ruwaibidhah

Sabda Rasulullah s.a.w, Ruwaibidhah ini sebenarnya watak manusia yang kerdil, hina dan mereka ini sebenarnya tak tahu mengenai cara bagaimana mahu menyelesaikan masalah orang-ramai. Masalah masyarakat yang tidak selesai, belum selesai dan separuh selesai ini berpunca daripada kegagalan media yang seimbang untuk beroperasi secara adil.

Ruwaibidhah inilah yang dengan takburnya mengangkat suara: "Perjuangan belum selesai!"

Mahu selesai bagaimana sedangkan mereka inilah antara penyumbang saham terbesar dalam usaha meruntuhkan tamadun bangsa ini. Suara-suara untuk menegur dihalang. Yang ingin membuat pembaharuan dipecat, dan dikenakan pelbagai tindakan.

Sebenarnya, banyaklah masalah rakyat yang belum selesai di bawah pemerintahan Ruwaibidhah ini. Ciri-ciri terakhir yang telah digariskan oleh baginda rasulullah ialah mereka ini tidak mengerti urusan orang-ramai. Mereka tidak tahu kerana tidak turun padang bagi menyelami hakikat sebenarnya.

Tak perlu ambil contoh urusan rakyat yang terlalu banyak. Ambil contoh PPSMI saja. Adakah Ruwaibidhah ini boleh turun menyamar dan betul-betul menyelidik mengenai susah-payah orang bawahan, guru-guru yang mahu melaksanakan PPSMI?

Ternyata Ruwaibidhah tidak tahu banyak kesukaran rakyat bawahan. Selain itu, orang yang ingin bercakap benar seperti guru-guru yang ingin melontarkan keluhan, tidak diizinkan bercakap di media dengan ugutan tertentu oleh Ruwaibidhah.

Malah, cendekiawan yang benar dalam kalangan GMP dituduh sebagai pendusta. Sedangkan si Ruwaibidhah ini pula dikatakan sebagai orang yang benar dalam ucapannya.

Tokoh-tokoh GMP sentiasa hadir dengan jumlah bilangan yang sama dan kehadiran mereka tidak berubah. Walhal Ruwaibidah telah berubah daripada Hishammuddin Hussein kepada Muhyiddin Yassin. Mengubah seorang Ruwaibidhah kepada Ruwaibidhah yang lain tidaklah mengubah apa-apa dasar itu pun.

Ini kerana Ruwaibidhah tetaplah digantikan dengan Ruwaibidhah. Salin pakaian dan baju sahaja sedangkan roh, jiwa serta pemikiran termasuk sistemnya tetaplah sama.

Adakah hal ini pun salah satu daripada strategi halus Najib juga untuk menyelamatkan sepupunya Hishammuddin dan supaya Muhyiddin terbeban dengan banyak hal dan akhirnya hal ini menjadi hujah untuk menyingkirkan Muhyiddin kemudian hari?

Ruwaibidhah Najib akan melakukan banyak sandiwara lakonan sepanjang pemerintahannya. Bermula rampasan kuasa di Perak, kemudian penarikan penggantungan permit penerbitan Harakah dan Suara Keadilan dalam keadaan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang masih dikekalkan, Ruwaibidhah ini masih lagi menyekat dan membataskan penyertaan suara.

Adalah perlu bagi Ruwaibidhah Najib menonjolkan kebaikannya buat sementara waktu. Tetapi gergasi Ruwaibidhah ini tidak boleh menipu para pengamal media yang terlalu cukup masin dengan pengalaman ketika menekuni tipu helah Najib dan fasih pula dengan sandiwara membebaskan 13 tahanan ISA itu.

Masa dan waktu, bersulam keinginan rakyat mencari ruang maklumat yang lebih banyak menyebabkan Ruwaibidhah akan hancur sedikit demi sedikit. Anai-anai maklumat inilah yang akan meruntuhkan tembok gergasi Ruwaibidhah Najib, insya Allah!

12:50 p.m, 15 April
Sekolah Pemikiran Kg Baru

Saturday, April 11, 2009

Gomo Kelate Gomo

Male ni Kelate lawe Slangor di Bukit Jalil. Sapo suruh bakar kenderae poklih tuh... Hawu la demo nih...sapa ko Nuar Muso ngepek dale Brito Harie hari ni,"...ado oghe nok tgk Kafa mati..." Bakpo ke neh? Gitu mo nah!

Meme oghe-oghe Kelate semangak sunggoh musim Liga Super tahun nih. Kelate leading Liga tu buleh kiro la jugok lamonyo. Huuisshhhhh, jange.., biso! Main mene sokmo. Sedak ngolek... nge Indra ado, Khalid ado, Daudsu ado... the return of Halim Napi the debe.... Cumo defense la teruk sikit, banyok bocor. Mujur score banyok jugok. Penuh stadium Sulte Mamat ko-4 denge pnyokong-pnyokong kalu main di kelate gak. Meroh mere stadium tuh... Tapi duo tigo menjok ni, mulo nga kekalohe pado Negeri Smile dale pialo FA kot atau pun sebelom tu lagi maso lawe Slangor, jadi kuca bara habih sek-sek nyokong nih. Pah kat ku pening palo.

Aku sedih tengok tok guru komen dale Buletin Utamo sari slepah rusuhe tu berlaku... Denge pakai serbe putih juboh puteh dio, lilit serbe hitam putih ttekok dia, dio jawak soalan wartawe. lebih kure dio kata, dio kecewo, dia malu... hok sejuk sket dio ghoyak kito ddo'o smugo ni la hok pertamo den hok ngelah berlaku gini. Tok spatut Kelate negeri di bawah payunge Isle jadi gitu mo lalu...lebih kure dipetik beliau sebaga berkato lah...

Lo ni kelate digela dengan jolokke namo The Red Warriors... dulu Sang Kije jah... Tapi tengok ko caro gayo pnyokong-pnyokong hok TV1 amik gamba baru-baru nih, stengoh-stengoh tu supo Red Devils jah...ttepik hhu hha hhu hhaa. Tapi gak Red Devils tu gelare Manchester United... lagi suko la demo keno panggil gitu...narak ko gitu mo nah ko keno panggil sbaga devils... jange laa...

Kito harap, demo hok mari turun stadium tahun depe nih lebih jjuruh laa. Hoo la tahun depe doh la mugo FAM gatung Kafa dari wat sebare pertandinge ssitu tahun nih. Abih rugi Kafa...chede nok wat friendly lawe Brazil nah tahun ni... nge lawe Kuwait. Rugi alik kito jugok wei... Ingat la sket, stadium tu la hok tepat wat semaye hajat, doa munajat maso-maso diperluke...jange laa ppunoh nama baik kelate lagi sbaga bumi Serambi Mekoh nih. Jago molek stadium tu... Doh la stadium ado so tu jah. Oghe Kelate buke gitu... Di tepat-tepat lain pon, mace male nih, jange wat pranga koksei-koksei de gak... malu kokre jah... Nok baka kreto poklih sangat kalu debe sangat gak, mari turun demo anti ISA bule 6 di KL... Sero agah nok lawe gah medih mato FRU gak, kito mari laa demo tu... lawe poklih di stadium tok ddegish...takdok kelah...poklih sikit jah ssitu...sini ramai..bertrak-trak...bo lah...

Ok lah sapa sini dulu...

Hukuman mati Sirul & Azilah: banyak kesangsian dari kepastian

Pada Khamis 9 April 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas mereka didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu.

Kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu didapati bersalah membunuh wanita muda Mongolia itu, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Banyak kesangsian ditimbulkan oleh pelbagai pihak sepanjang proses perbicaraan ini. Konsep-konsep guilty until proven innocent diguna pakai dgn meluas. Namun kesangsian yang timbul bagi saya secara peribadi, tidak mampu memberi pembuktian yang kukuh. Alangkah eloknya jika undang-undang qisas diguna pakai guna menyelesaikan keserabutan pembunuhan Altantuya ini. Sebarang pertuduhan yang berjaya mendatangkan walaupun sedikit keraguan akan digugurkan. Hukuman konvensional adalah sebaliknya - ia mencari sampai ke lubang cacing lagi walaupun terbukti ada keraguan di dalam sesuatu pertuduhan itu. Hukum Islam menjaga keadilan dan memberikan kesaksamaan kepada umatnya dan orang-orang bukan Islam juga.

Jika cif inspektor & koperal berkenaan tidak bersalah, kita akan dapat mengelakkan hukuman dijatuhkan kepada mereka yang tidak bersalah dengan keraguan-keraguan yang ditimbulkan. Jika mereka bersalah, Islam mengajar konsep keadilan saksi, kesahihan hujah & bukti dan lain-lain yang menyebabkan hukuman akan dijatuhkan hanya kepada mereka yang benar-benar bersalah saja. Jadi, kasihanlah & tidak adillah kepada yang tidak bersalah apabila dijatuhkan hukuman mati dengan hukuman konvesnional ini lantaran ada tangan-tangan ghaib, kuasa-kuasa besar yang mempengaruhi keputusan mahkamah & bukan dengan credibility mahkamah itu sendiri.

Habis, jika orang yang bersalah, dilepaskan kerana kekurangan saksi & bukti (menimbulkan keraguan jika menggunakan hukuman Islam & sesetengah hukuman konvensional), adilkah itu? Di dunia, memang benar ianya nampak tidak adil. Sebab itulah mesti ada satu dunia lain untuk menghukum pesalah-pesalah yang terlepas dari hukuman walaupun telah diadili di dunia ini. Allah Maha Menghukum & Maha Adil. Mereka tidak akan terlepas di akhirat nanti melainkan jika mereka telah bertaubat dan ALLAH menerima taubat mereka.

Antara satu persoalan sepanjang perbicaraan koperal Sirul & cif inspektor Azilah ialah, mengapa muka mereka ditutup sepanjang perbicaraan? Ini menimbulkan banyak persoalan. Bermacam spekulasi yang dibuat. Wallahua'lam. Apa pun ianya telah menimbulkan satu faktor keraguan yang amat besar di sini. Juga, penafian PM ke-6 dilihat sangat tidak kukuh.

Semoga mereka berjaya dalam rayuan mereka & semoga yang benar-benar bersalah akan dihukum setimpalnya.

Menang dan seterusnya

Alhamdulillah, PAS berjaya memnangi kerusi yang dipertandingkan di Bukit Gantang berkat kerja buat ALLAH Ta'ala melalui wasilah amal, infaq & lain-lain. Terima kasih dan tahniah diucapkan. Kemenangan ini mesti diisi sebaik mungkin. Kemenangan ini mesti dikembang suburkan dan dibiakkan agar ianya dapat dikekalkan pada waktu yang akan datang juga.

Selepas ini, konsesntrasi perlu ditumpukan untuk menghadapi sesi-sesi perbicaraan mahkamah berkenaan krisis perlembagaan di Perak. Diharapkan kemenangan akan berpihak kepada kebenaran, Insya ALLAH.

Monday, April 06, 2009

Kata mereka...

PM ke-6 dalam ucapan permulaannya antara isinya ialah pembebasan 13 orang tahanan ISA.

PM ke-4 (sekarang mantan PM) komen beritahu dia pun bebaskan 21 tahanan ISA masa mula-mula naik jadi PM dulu.

Satu langkah yang baik. Kita harap banyak lagi yang baik-baik akan menyusul selepas ini.

Kita juga berharap, persamaan "PM ke-6 membebaskan tahanan ISA masa mula2 diangkat jadi PM" = "PM ke-4 membebaskan tahanan ISA masa mula2 diangkat jadi PM" tidak akan menerbitkan persamaan berikut (tak kiralah melalui apa jua persamaan pembezaan atau pengamiran atau parabolik atau kuadratik atau...): "PM ke-4 sangat2 diktator" = "PM ke-6 sangat2 diktator"...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...