Tuesday, March 24, 2009

Seputar penggantungan Harakah

Firman ALLAH Ta'ala:

"Dan (ingatlah, ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya." Surah al-Anfal, ayat 30.

Tindakan menggantung Harakah selama tiga bulan bermula semalam menampakkan ketidak betulan Kementerian Dalam Negeri. Mengapa 'mengaku kalah' menggantung penerbitan akhbar alternatif yg menzahirkan 1001 kebenaran di dalamnya itu? Apakah salah Harakah, yang sepanjang dictatorship mantan PM Tun Dr M, tidak pernah langsung digantung pun (walaupun hanya dijarakkan kekerapan penerbitannya)?

Kebenaran tidak pernah padam. Ianya tidak akan hilang begitu saja. Adakah ini perbuatan Najib? Adakah ini angkara sorang spoiler dari keturunan Syed yang bergelar menteri? Wallahua'lam. Namun, besar dosanya menutup kebenaran dengan kebatilan & menyembunyikan kebenaran dengan kebatilan.

Allah berfirman lagi dalam Surah Al-Baqarah ayat 42, maknanya, "Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu sedang kamu mengetahui."

Fikir-fikirkanlah!

Friday, March 20, 2009

Betulkan & Selaraskan jam kalian di sini, Malaysians

Kadang-kadang rasa datang awal kat opis, tapi tengok-tengok dah pukul berapa dah. Diharap dpt selaraskan masa iku Malaysian Standard Time kat sini:

http://time.sirim.my/

Selamat menyelaras!

Tuesday, March 17, 2009

Sudoku

Thanks to my wife, I've found another new hobby: playing sudoku. Recently, I jumped into new hobby - playing tenpin bowling.

Bowling - from shame to fame

In this year's Procurement Club Internal Bowling Tournament, I played badly. Scoring under average of the players and got lesser scores than last year's tournament, it made me sick. Starting from that shameful moment, I practiced at least twice a week consistently so that I can play better.

Until today, I only manage to get at most, 156 pinfalls. My highest pinfalls, 139, was achieved at last year's club tournament in my last frame. Shame!

I don't know when will the so-called fame can be achieved but, I'll try my best & keep practicing.

Sudoku - from nothing to something

Still not an expert, but I know the rules. It's easy & everybody can master the rules. To solve the puzzle, it needs tonne of skills & experiences. You play more & you can finish faster. For me, completing the sudoku will take around 15-20 minutes for a simplest-categorized puzzle (1 - 5 scale, 1 = simplest). Is that OK? I don't know...

HSBB tidak menghalalkan cara

Tulisan kali ini mungkin difahami oleh hanya segelintir pembaca saja lantaran keeksklusifan isi kandungannya. Segala-galanya (mungkin) bermula di sini...:

Tulisan ini tidak pulak jadi diperpanjang2kan... Cuma aku amat2 berharap segala2 proses & prosedur, tatacara, manual proses perolehan dll tidak dilangkaui sewenang2nya semata2 berlesenkan HSBB....Apa guna peraturan jika tidak dipatuhi? Jangan jadi MB BN Perak dan konco2nya yang membelakangkan peraturan...

Gambar di atas diambil dengan handset K530i aku yang dah jadi perkasam dekat EricServe Amcorp Mall, PJ... unrepairable lps masuk air laut...nice pics aku rasa, exposure dia ok, cuma, sebab lens tak besar kan jadik tak dpt capture the whole tower.

Wednesday, March 11, 2009

Al-Fatihah

Saya menerima perkhabaran duka pulangnya Pakar Silat Malaysia dan Silat Melayu Tn. Haji Anuar Abdul Wahab daripada Coach Roselyn sebentar tadi.

Harap maaf sekiranya lambat memberitahu kepada para peminat silat dalam dan luar negara.

Ucapan takziah diucapkan kepada Cikgu Aminuddin dan keluarga di atas pemergian beliau. Namun segala ilmu dan pengetahuan yang beliau perturunkan akan terus disemai kepada generasi masa akan datang supaya mereka tidak buta silat.

Menjadi tanggungjawab saya untuk memaklumkan kepada semua mengenai perkhabaran ini. Ingatlah bahawa kematian itu tidak lewat dan cepat sesaat.

Upacara pengkembumian jenazah akan dilangsungkan selepas zohor (waktu Malaysia) di Kajang hari ini.

Saya dengan rasa rendah diri momohon doa para peminat silat agar rohnya ditempatkan dalam golongan solehin. Sebarang ucapan takziah boleh ditulis (formal tetapi doa adalah yang terbaik) di:

PCS BM
Cikgu Nizam BM
Cikgu Nizam BI

Terima kasih :)

Selaku anak murid beliau saya redha dengan apa yang telah tertulis. Namun semangat pendekar yang diwarisi ini akan saya kembangkan seluruh alam.

Saya memohon bantuan anda dalam memertabatkan Silat dalam generasi akan datang. Berikut adalah kata-kata Allahyarham Tn. Hj. Anuar Abdul Wahab dalam karya agung beliau yang akan dilancarkan tidak lama lagi di http://www.SilatMalaysia.com pada 28 Mac 2009.

Ilmu hanya sebiji bacang, selebar upih
hendak memberi tidak berupaya,
kerana terlalu miskin, lalu ke air tidak berbekas
ku ambil air yang lima.


Ku isikan dalam raga, melimpah ruah ke seluruh alam
tersimpul ilmu dan amal di tapak tujuh tiang
lenyap dalam wujudMu dengan kunci dua kalimah.


Adat berdagang kembali ke negeri,
adat bergayung bersambut, adat kata bersahut,
jika hutang dibayar yang dipinjam dipulangkan,
dariNya kita datang kepadaNya sekalian kembali,
atas syariat Rasullulah,
InsyaAllah.


- Anuar Abdul Wahab, 13 Aprl 2006

Impian beliau dalam memertabatkan Silat telah menjadi kenyataaan apabila Kerajaan Malaysia menerima Silat Malaysia sebagai Silat rasmi negara. Kini tibalah giliran anda untuk mewarisi dan menyebarkannya kepada generasi akan datang.

Jesteru itu, sebarang pembelian dilakukan pada buku beliau di http://www.SilatMalaysia.com akan digunakan untuk pengembangan Silat di peringkat akar umbi serta sumbangan kepada keluarga Allahyarham.

Saya akan pulang pada minggu hadapan untuk menziarahi keluarga Allahyarham serta berjumpa dengan para pesilat untuk mengetahui perkembangan Silat secara dekat.

Sekiranya ingin bertemu hanya telefon Cikgu Shahiid di 019248757.

Terima kasih kepada anda yang prihatin terhadap perkara di atas.

Salam Cardiff,

Cikgu Nizam 3.37 pagi
11 March 2009.

P.S. Terima kasih kerana memberi sokongan kepada Silat.

Jasa anda amat saya hargai.


-- dari admin forum silatMalaysia.com.--

Arwah merupakan pengasas Seni Gayung Fatani Malaysia, yang merupakan salah satu daripada 4 badan pendiri Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) pertengahan 1980-an dulu. Karya-karya dan panduan-panduan persilatan arwah agak unik. Banyak tulisannya tersiar dalam majalah Seni Beladiri.

Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...