Thursday, February 26, 2009

Ulasan perasmian filem Mat Kilau

Tertarik rasa hati hendak mengulas satu keratan berita seni dalam BiPop Ahad lepas. Aku beli berita minggu tiap-tiap Ahad mainly sebab nak baca komik persilatan tu, bukan sebab taknak boikot NSTP group... (la ni Seladang Tunggal..., yang sempat aku ikut sikit2 sblm2 ni cam cite Takluk Jagat, Si Sapu Angin & Takluk Jagat lawan Si Sapu Angin. Lukisan Zoy memang aku salute.)

Well, bukan pasal lukisan Zoy aku nak ulas tapi pasal berita dlm BiPop yang berkaitan perasmian filem Mat Kilau oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan. Sila baca artikel penuh di sini.

Kebanyakan penggerak filem epik berkenaan, yakni aktor-aktornya ialah orang persilatan. Aku amat kagum dengan effort ini, walaupun, result filem ini masih belum pasti. Mcm mana watak muda Hairul Nizam nak portrays Mat Kilau yang kelihatan seperti lagenda persilatan Melayu, wallahua'lam. Aku terfikir cam mana dia nak lakonkan watak arwah masa dia remaja & masa dia tua. Teknik solekan / CGI mcm manakah yang akan diimplementasikan.

Aku amat berharap aksi persilatan sebenar yang akan diutarakan dan bukannya aksi ala-ala terbang kung-fu (wire-fu) dan lain-lain aksi silat yang tidak logik. Close-up segala buah dan seni jurus yang akan dilaksanakan dlm filem itu amat-amatlah dialu-alukan.

Satu persoalan lagi, berkenaan juraian persilatan Mat Kilau dan apa yang Hairul Nizam pelajari. Pesilat muda penuntut Sains Sukan di UiTM ini mempelajari Seni Gayong Fatani Malaysia sejak sekian lama. Diketahui di alam persilatan Melayu moden, juraian persilatan Gayong Fatani berasal dari utara tanah air, sedangkan aliran persilatan Mat Kilau (jika silap diharap dapat dibetulkan) bersusur-galur dari sebelah timur tanah air. Adakah skil Gayong Fatani Hairul Nizam mampu mempersembahkan ilmu persilatan aliran Mat Kilau dengan baik? Gayong Fatani ialah gayong pulut dan bukan silat tempur sepenuhnya, seperti Gayong bersusur galurkan Dato' Meor Rahman. Adakah babak pertarungan dengan penjajah akan menggunakan bunga-bunga & buah-buah gayong pulut ini? Wallahua'lam. Aku kira elok minta pandangan tokoh silat Pahang, Cikgu Mazlan Hashim pasal ni. Takut-takut, tokoh-tokoh silat, guru-guru lama komen pasal ni. Namun aku agak yakin, penyelidikan krew filem ni selama dua tahun sedikit sebanyak mampu menjernihkan masalah ini. Walaupun Hairul Nizam menjelaskan babak persilatan tidak menjadi masalah buatnya, diharap pandangan-pandangan ini dapat diambil kira.

Sama-sama kita nantikan kemunculan filem ini nanti awal tahun depan.

6 comments:

ibNu NaiM said...

Ulasan kamu memang baik, cuma hamba nak betulkan sikit penyataan Tuan Hamba berkenaan Seni Gayung Fatani (bukan Gayong Fatani).Tuan hamba menyatakan bahawa, seni gayung fatani ini bukan silat tempur sebenar?separuh silat pulut dan separuh silat tempur??? Tuan Hamba perlu jaga luahan nukilan tuan hamba. Tuan hamba tidak berhak menyatakan sedemikian kerana tuan hamba tidak ada bukti dan rujukan kajian daripada mana-mana sumber yang sahih. Ingat, pepatah melayu moden menyatakan: 'kerana taipan badan binasa'... Hamba sendiri telah mendalami ilmu gayung fatani walaupun baru mencecah 10tahun, namun Hamba mengerti kandungan pelajaran yang Hamba dalami dalam perguruan seni gayung fatani. Berhati-hatilah tuan hamba dengan kata-kata tuan hamba. Kerna satu hari nanti, tuhan akan membalas perbuatan tuan hamba baik atau buruk kerana menyebarkan maklumat palsu. Kaji sebelum taip!

tengku azri said...

Minta tuan hambalah betulkan & khabarkan di ruang yang terbatas ini, apa hakikat sebenar gayung fatani nih...Karang hamba yang betulkan, salah lagi. Memang hamba agak kurang sikit bab-bab ni. Tulisan ini sebenarnya pun ditulis dalam keadaan mengharapkan maklum balas sewajarnya. Minta maaf jika ada yg tak betul, sbb hnya ada berpengalaman terhad berpencak (berlatih utk buat persembahan) dengan sahabat gayung fatani yang mengaplikasikan gaya pulut saja masa sesi berlatih berkenaan & bukan gaya tempurnya. Tq.

Khirman said...

Salam kepada Saudara Tengku Azri & para pembaca budiman. Saya merasa terpanggil untuk memberi ulasan berkenaan posting "Ulasan perasmian filem Mat Kilau" ni. Untuk makluman saudara Tengku Azri, Seni Gayong Fatani sememangnya sebagai salah satu cabang silat pulut yang ada di alam melayu. Namun permainan 'silat pulut' seperti yang difahami oleh saudara itu tidak tepat. Silat pulut itu sebenarnya adalah satu kaedah permainan untuk 'bermain' sahaja. Tetapi apabila dalam keadaan peperangan atau pergaduhan yang sebenar, pergerakan 'pulut' yang terdapat di dalam Seni Gayung Fatani akan menjadi sangat merbahaya. Untuk itu saya mencadangkan supaya saudara pergi melihat sendiri permainan Seni gayung Fatani.

tengku azri said...

Insya Allah. Akan diusahakan utk memperbetulkan pemahaman sy yg seciput ni pasal Seni Gayong Fatani.

Cuba mencari gelanggang Gayong fatani yang ada di sekitar Kepong ni kalau ada.

ibn nurdin said...

Assalamu alaikum.
Maaf mencelah perbicaraan tuan-tuan,
Ingin saya bagi pandangan kepada tuan empunya blog.
Dikatakan Gayong dalam Gayong Malaysia dijenamakan kononnya melalui mimpi seperti dikisahkan oleh Allahyarham Dato Meor Abd Rahman ketika bertapa di batu hitam. Iaitu beliau berjumpa dengan Hang Tuah.Setakat mana sahihnya? Adakah ini boleh dijadikan dalil? Keduanya, pada masa-masa lampau silat dirujukkan kepada buah pukul ringkas, maknanya untuk kegunaan pergaduhan. Tetapi gayung itu lain, yakni bermaksud ilmu tempur bangsa Melayu. Yang punya rangkuman sangat luas terutama zahir dan batin, punya falsafah tersendiri, punya objektif sendiri, punya pendirian sendiri. Silat itu sendiri dalam rangkuman ilmu gayung.Sementara pengakuan menyatakan Allahyarham bermain gayung seperti gayung malaysia adalah tidak tepat. dipersaksikan kepada beliau permainan tempur Gayong Malaysia,beliau mengakui beginilah silat beliau. Maksud beliau ialah kaedah yang sama iaitulah kaedah mengelak dan makan gerak. Yang pastinya semua silat pada masa itu, Sendeng, Gayung Fatani, silat-silat kampung gunakan.Kalaulah dibawakan kungfu, pasti beliau tidak mengenalinya.
Yang jelas, GAYUNG bukan milik Gayong Malaysia sahaja. Ia milik bangsa Melayu.

tengku azri said...

Wa'alaikumussalam. Terima kasih di atas pandangan.

Saya tidaklah sampai mahu concentrate jauh sangat sehingga menyentuh asal usul mana-mana perguruan. Asal-usul sebilangan perguruan, ada yg berfakta ada yg disensasikan.

dari komen di atas, "Silat itu sendiri dalam rangkuman ilmu gayung."

Baru saya dapat idea, mungkin inilah salah satu sebabnya, mengapa Gayung Fatani tdk ada perkataan silat di dalam nama perguruannya.

Namun, masing-masing mempunyai hak masing-masing. Hak itulah yg perlu dipelihara. Pemeliharaan hak akan membuahkan komen-komen defensif & ofensif spt di atas yg saya kira positif utk membetulkan fakta perguruan & melindungi hak perguruan.

Mcm mana utk tidak berat sebelah dalam memberikan pandangan umum tentang silat? Sehinggakan ejaan gayong & gayung boleh menjadi bahan pertikaian.

Berbalik kepada tajuk asal thread ini, adakah sesiapa tahu perkembangan terkini filem epik ini? Sudah sampai peringkat mana penggambarannya? Filem ni mcm senyap sunyi terus tak ada apa perkembangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...