Tuesday, February 03, 2009

Tiada pilihan raya kecil di Behrang, Changkat Jering

sumber: Harakahdaily

Tiada pilihan raya kecil di Behrang, Changkat Jering

Abdul Aziz Mustafa
Tue | Feb 03, 09 | 2:34:22 pm MYT

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Hrkh) - Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan pada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kawasan Changkat Jering (N14) dan DUN Behrang (N58) dan kedua-duanya masih dipegang oleh penyandang kerusi berkenaan.

Bernama melaporkan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata ini kerana SPR mendapati wujudnya keraguan terhadap kedua-dua surat peletakan jawatan Mohd Osman Jailu sebagai Adun Changkat Jering dan Jamaluddin Mohd Radzi sebagai Adun Behrang.

"SPR telah meneliti secara mendalam dan rapi daripada pelbagai sudut perundangan dan dengan ini memaklumkan bahawa SPR mendapati wujud keraguan terhadap surat peletakan jawatan oleh penyandang kedua-dua kerusi berkenaan.

"Ia juga memandangkan kedua-dua Adun itu secara sedar telah mengesahkan bahawa surat-surat berkenaan tidak berkuat kuasa," katanya kepada pemberita di sini.

Sehubungan itu, katanya SPR tidak dapat menggunakan kuasa di bawah Perkara 36 (5) Perlembagaan negeri Perak dalam memastikan berlakunya kekosongan luar jangka._

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...