Thursday, November 06, 2008

Kemenangan Obama

Barack Obama akhirnya disahkan sebagai pemenang dengan jumlah undian 349 berbalas 163, dengan bilangan negeri yang dimenangi 27 plus Washington DC berbanding lawannya John McCain, 21 (setakat 6 Nov '08 1223 MYT). Kemenangan Obama bukanlah sesuatu yang mengejutkan walaupun persaingan sengit diramal berlaku sebelum ini.

Kemenangan ini sememangnya diharapkan mampu mengubah Amerika Syarikat khususnya dan lanskap dunia, termasuk dunia Islam umumnya. Harapan menggunung masyarakat terhadap kemenangan ini untuk mewujudkan suasana yang lebih baik dari sebelumnya akan digalas oleh Obama. Polisi-polisi mengarut dan agresif selama ini yang diguna pakai Amerika terhadap Palestin, Iraq, Syiria, Iran dan lain-lain memang diharapkan akan diubah dengan pemerintahan Obama kelak.

Adakah ia akan berlaku semata-mata kerana kemenangan Obama? Sudah pasti tidak. Lemah sungguhlah kita bila kita mengharapkan kemenangan itu bakal merubah segala-galanya. Bagi umat Islam, tidak ada apa yang boleh mengubah diri mereka melainkan diri mereka sendiri. Faktor-faktor luaran hanyalah penggalak dan pembantu semata-mata. Dalam kita berharap dan bersangka baik dengan kemenangan ini, kita masih dituntut untuk melaksanakan perubahan bagi mewujudkan komuniti Islam yang lebih baik dan teratur seterusnya membangunkan sebuah daulah dan khilafah.

Jadi, apa yang telah dijalankan sebelum ini tidak harus dihentikan begitu saja, malah mesti berterus-terusan ditambah baik. OK, sambung kerja!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...