Wednesday, October 22, 2008

Tembelang LOI kepada EUROCOPTER


Komen:

Surat ini adalah luahan (yakah?) rasmi salah satu penender (tenderer) bagi Tender Helikopter TUDM utk menggantikan Nuri. Mengikut posting saya ini (klik), memang model ini telah disenarai pendek oleh TUDM sebagai salah satu model yg berkelayakan utk ganti Nuri. Tender akan dipanggil untuk pembekal model ini (local partner) seperti biasa. Begitu juga 3 model lain yang telah disenarai pendek oleh Kem. Pertahanan / TUDM. Tiada yg lebih tidak ada yg kurang utk keempat-empat model berkenaan, semuanya mempunyai peluang yg sama, sehinggalah LOI yang tidak betul ini dikeluarkan.

Dapat dilihat di sini betapa satu proses pengurniaan LOI yang amat tidak adil & tidak telus. Belum pun selesai proses penilaian tender, LOI sudah dikeluarkan, itu pun bukan oleh pegawai tertinggi Kem. Pertahanan. Pegawai pelulus / orang yg menanda tangani LOI biasanya ialah pegawai pengurusan peringkat tertinggi, berlapis-lapis dari pegawai pengurusan peringkat tertinggi berpangkat rendah hinggalah pegawai pengurusan peringkat tertinggi berpangkat tinggi sekali, mengikut nilai LOI / kontrak yang akan dikeluarkan.

Kepada penender yang berkenaan, diharap dapat bersabar.

Najib, Pak Lah jawab jangan tak jawab!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...