Monday, October 27, 2008

Jamuan

Dulu aku yang diraikan, sekarang, aku jadi tetamu jemputan...bolehlah...

Gambar-gambar yg sempat diambil...

Ni Fadli. Tersengih-sengih....ikut mu la pali!















Luqman & amin! betapa scandalous-nya cara mereka duduk...huhuhuh...















Sahabat baru yang bakal meneruskan perjuangan...















Kepada organizer, terima kasih kerana menunggu aku begitu lama utk start majlis. Tak tunggu pun takpa sebab ada 2 lagi alumni yg boleh bagi ucapan.

Oklah.

Tahniah Kak Ya & suami

After all the hardships & obstacles, finally you'd successfully tied the knot in the previous Ramadhan. The ceremony held on the second day of Syawal will remain as the most precious moment of yours I think...

The picture here was from my K530i, a bit blurred. Congratulation & barakallah lakuma!


Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha ALLAH bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup...

p/s ida, ibah, e-pu, your turns await!

Wednesday, October 22, 2008

Tembelang LOI kepada EUROCOPTER


Komen:

Surat ini adalah luahan (yakah?) rasmi salah satu penender (tenderer) bagi Tender Helikopter TUDM utk menggantikan Nuri. Mengikut posting saya ini (klik), memang model ini telah disenarai pendek oleh TUDM sebagai salah satu model yg berkelayakan utk ganti Nuri. Tender akan dipanggil untuk pembekal model ini (local partner) seperti biasa. Begitu juga 3 model lain yang telah disenarai pendek oleh Kem. Pertahanan / TUDM. Tiada yg lebih tidak ada yg kurang utk keempat-empat model berkenaan, semuanya mempunyai peluang yg sama, sehinggalah LOI yang tidak betul ini dikeluarkan.

Dapat dilihat di sini betapa satu proses pengurniaan LOI yang amat tidak adil & tidak telus. Belum pun selesai proses penilaian tender, LOI sudah dikeluarkan, itu pun bukan oleh pegawai tertinggi Kem. Pertahanan. Pegawai pelulus / orang yg menanda tangani LOI biasanya ialah pegawai pengurusan peringkat tertinggi, berlapis-lapis dari pegawai pengurusan peringkat tertinggi berpangkat rendah hinggalah pegawai pengurusan peringkat tertinggi berpangkat tinggi sekali, mengikut nilai LOI / kontrak yang akan dikeluarkan.

Kepada penender yang berkenaan, diharap dapat bersabar.

Najib, Pak Lah jawab jangan tak jawab!!

Tuesday, October 21, 2008

Kuliah Dhuha di Presint 15, Putrajaya setiap Sabtu

Kuliah Dhuha (Pengajian Tauhid, Tafsir, Feqah) percuma akan diadakan setiap Sabtu mulai minggu ini, bermula jam 9.00 pagi bertempat di Pusat Khidmat Komuniti Parlimen PAS Putrajaya.

Tarikh: Setiap Sabtu
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Pusat Khidmat Komuniti Parlimen PAS Putrajaya, 41B Jalan Diplomatik, Presint 15, Putrajaya.

Dijemput hadir beramai-ramai terutama penduduk Putrajaya.

Terima kasih.

Thursday, October 09, 2008

Syawal kali ini

Sudah terlambat rasanya diri ini untuk mengucapkan selamat Hari Raya 'Idulfitri kepada semua sahabat-sahabat & para pengunjung blog ini. Namun permintaan maaf d atas segala salah dan silap masih boleh dinyatakan.

Menurut Rasulullah SAW, perayaan bagi umat Islam itu ada dua sahaja, iaitu Raya 'Idulfitri yang jatuh pada 1 Syawal hijri setiap tahun dan Raya 'Idulad-ha yang jatuh pada 10 Zulkaedah setiap tahun. Bagi saya secara peribadi, tidak tepatlah mengatakan hari raya itu sebulan. Selepas 24 tahun hidup yang jatuh pada 3 Oktober yang lepas, baru agaknya saya tersedar dengan hakikat ini. Agak keberatan untuk menerima pada mulanya, walaupun sekarang, sudah ok untuk mengatakan seperti mana yang Rasulullah SAW nyatakan.

Jadi, bagaimana ucapan-ucapan 'id pada hari-hari yang lain daripada dua hari yang dinyatakan di atas? Wallahua'lam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...