Tuesday, August 26, 2008

Kenyataan Media oleh DPP Pusat Membantah Konsert Avril Lavigne

Tuesday, August 26, 2008

Kenyataan Media .
BANTAH KONSERT AVRIL

Dewan Pemuda PAS Pusat mengutuk sekeras – kerasnya tindakan jemaah menteri meluluskan semula konsert Avril Lavigne walaupun sebelumnya Kementerian Kesenian dan Warisan serta PUSPAL telah membatalkan konsert yang akan diadakan pada 29 Ogos ini, malang ia diluluskan kembali apabila diangkat kepada mesyuarat jemaah menteri .

Konsert ini adalah suatu penghinaan kepada negara Malaysia dan umat Islam yang akan menyambut bulan Ramadhan al Mubarak pada bulan september ini.

Dewan Pemuda PAS Pusat sekali lagi mengutuk sekeras-kerasnya jemaah menteri yang membuat keputusan ini. Dimana ia adalah suatu tindakan yang kurang ajar dan biadab terhadap ummat Islam , walaupun Shafie Afdal menyatakan bahawa penganjur hiburan diminta menghormati prosedur permohonan permit selepas ini.

Ini menunjukkan tidak ada sedikit pun rasa hormat dan sensitif jemaah menteri kepada perasaan majoriti umat Islam dan warga pribumi di negara ini. Tarikh 29 Ogos 2008 sekurang – kurang berhadapan dengan suasana penting bagi negara ini khasnya ummat Islam .

Pertama ummat Islam bakal menghadapi bulan ibadah yang penuh kemuliaan dan keberkatan . Sepatutnya ia tidak dicemari oleh konsert seperti ini yang membawa masuk seorang artis simbol seks Avril Lavigne . Pastinya konsert ini akan membawa ummat leka dan lalai malah merosakkan moral dan akhlak mereka .

Kedua , berhadapan pula dengan ulangtahun kemerdekaan negara pada 31 ogos . Lazimnya pihak kerajaan menganjurkan majlis tahlil di seluruh negara dan forum untuk motivasi rakyat khasnya anak – anak muda supaya mewarisi semangat patriotisme . Konsert seperti ini sekali lagi tidak akan membantu motivasi rakyat untuk menjadi rakyat yang baik , bermoral dan berdaya saing , sebaliknya hanya melemahkan moral dan mental mereka sekaligus mengheret mereka tenggelam dibawah gelora nafsu.

Pembatalan konsert sebelum ini, rupanya bukanlah kerana menghormati hari kemerdekaan ke-51 tetapi hanya kerana kelewatan memohon permit. Maruah umat Islam dan rakyat Malaysia seperti dipijak-pijak dan dipermain oleh para jemaah menteri, semata-mata untuk menjaga hati Avril Lavigne.

Dewan Pemuda PAS Pusat mempersoalkan Kerajaan UMNO dan BN , di mana pemimpin-pemimpin UMNO yang kononnya hendak memperjuangkan nasib umat Melayu dan Islam di negara ini. Mana perginya konsep AL-Falah laungan Najib dan Islam Hadhari yang di banggakan oleh Pak Lah?. Apa yang Shafie Afdal buat dalam KEKKWA untuk mempertahankan hak kesenian dan warisan bangsa, atau Shafie telah menyenaraikan budaya kebebasan barat sebagai salah satu budaya warisan bangsa?

Dewan Pemuda PAS Pusat tegas menyatakan sikap bahawa konsert seperti ini mesti dibatalkan segera dan ini adalah amaran keras kepada pihak penganjur agar tidak mencabar sensitiviti ummat Islam . Andai mereka tidak peduli amaran ini , Dewan Pemuda PAS Pusat tidak teragak – agak akan mengerahkan seluruh pemuda Islam agar turun membantah Konsert tersebut daripada terus berlangsung .

Dewan Pemuda PAS Pusat juga menyeru dan mengajak NGO-NGO Islam seperti GPMS, PPIM, PEKIDA, ABIM, JIM, TERAS dan GAMIS turut bersama-sama membantah konsert tersebut. Ini bukan untuk kepentingan politik tetapi melibatkan maruah dan harga diri ummat Islam . Jika begini terus menerus sikap kerajaan UMNO dan BN , mereka bukan sahaja jauh dari rahmat dan berkat Ilahi tetapi insyaallah akan terus dibuang dan dihumban oleh rakyat yang semakin hari semakin jelak dan muak dengan sikap berpura – pura Islam mereka .

Dewan Pemuda PAS Pusat turut menggesa agar seluruh mufti menunjuk sikap dan menyuarakan bantahan mereka terhadap kerajaan yang membenarkan penganjuran pesta maksiat ini agar mereka tidak hanya responsif terhadap isu seperti sumpah saiful bahri tetapi diharap turut menunjuk sikap bagi membersihkan bumi ini dari maksiat dan mungkar .

Yang Menjalankan Tugas
Nasrudin bin Hassan at Tantawi
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
(Sumber asal di sini.)

Friday, August 22, 2008

DNA Act - Kita agak lambat

Seiring dengan perkembangan semasa, DNA selalu digunakan untuk mengesan penjenayah, mencari bukti dll di tempat kejadian jenayah di samping penggunaan darah, semen, kulit, air liur atau helaian rambut. Asas penggunaan DNA ialah keunikan, sama seperti cap jari bagi manusia, yang mana setiap manusia, haiwan dan tumbuhan mempunyai DNA yang berbeza. Walaupun dua individu sama spesies mempunyai susunan DNA yang majoritinya sama, pemprofilan (profiling) DNA masih dapat dilakukan dengan meneliti salah satu susunan-susunan pemboleh ubah khusus dalam susunan DNA (VNTRs).

Kenapa baru sekarang Akta ini baru hendak digubal? Walaupun Jabatan Forensik PDRM mempunyai kapasiti untuk melakukan ujian DNA dengan kerjasama Jabatan Kimia, namun mereka masih kurang berkesan dalam mengumpul profil-profil DNA dan disimpan dalam bentuk bentuk pangkalan data (sperti CODIS). Kita tidak tahu sama ada mereka mempunyai simpanan data sedemikian rupa atau pun tidak. Lantaran itu, sampel DNA diambil berulang kali untuk diuji dan pengenal pastian identiti individu. Proses ini sedikit membazirkan masa siasatan yang diketahui amat berharga.

Dalam kes liwat terbaru Dato' Seri Anwar Ibrahim, beliau enggan sampelnya diambil kerana gusar sampel berkenaan akan dimanipulasikan untuk membentuk bukti. Beberapa tahun yang lepas, sampel DNA beliau telah pun diambil dan mustahil ianya tidak direkodkan. Jika benar apa yang didakwa Saiful Bukhari Azlan berlaku, sedikit sample (jika ada) bolehlah diambil dari si penuduh untuk dijalankan ujian profil DNA ke atasnya. Satu rekod baru DNA Saiful akan dibuka jika sebelum ini sampelnya belum pernah diambil. Jika terdapat DNA pihak lain, maka ujian profil akan dijalankan dan akan dipadankan dengan rekod sedia ada. Jika padanan terbukti sama dengan rekod profil DNA Dato' Seri Anwar, sudah pasti, dari sudut forensik dan jenayahnya, cukup untuk membuktikan Anwar bersalah. Kenapa ianya tidak menjadi semudah itu?

Berbalik kepada Akta DNA. Walaupun baru hendak digubal, itu adalah bagus. Ini akan memudahkan kerja siasatan bila adanya panduan (akta) untuk dikuatkuasakan. Rakyat sebenarnya tidak perlu risau sangat. Bukan semua orang akan diambil sampel DNA-nya melainkan kerajaan negara ini memang tidak kisah pasal privasi. Mengikut praktis semasa di negara-negara yang sudah agak lama mempunyai akta sedemikian rupa, hanya penjenayah yang ditahan atau suspek-suspek sesuatu kes yang akan diambil sampel DNA dan disimpan rekod profilnya. Hanya ada satu negara di Eropah bercadang untuk mewujudkan pangkalan data DNA yang mengandungi seluruh profil sampel DNA rakyatnya (namun masih di peringkat cadangan). Ada juga negara yang menumpukan kes-kes berkaitan jenayah seksual sahaja untuk memilih individu yang hendak disampel DNA-nya.

Isunya ialah kenapa baru sekarang Akta DNA ini hendak dibahas di dalam parlimen. Ianya amat ironik dengan suasana yang ditimbulkan akibat kes liwat kedua Anwar dan pilihan raya Permatang Pauh. Kita yakin dengan penggubalan akta ini, tiada lagi tilam yang akan diusung ke dalam mahkamah, menjadi satu tanda kebodohan pihak yang cuba untuk menegakkan benang yang basah.

--
(Ditulis secara bebas selepas merujuk Wikipedia dengan search terms DNA, forensics, trace evidence dan lain-lain)

Thursday, August 21, 2008

Al-Fatihah kepada adik Khairi

Sama-sama sedekahkan al-Fatihah kepada adik Khairi, Najmah yang telah pulang ke rahmatullah akibat lemas. Semoga almarhumah ditempatkan di kalangan orang-orang yang mendapat redha & rahmat ALLAH. Semoga Khairi sekeluarga tabah & redha menerima ujian ini.

Permatang Pauh dari jauh: Doa mengiringi calon vs Duit mengiringi calon

Senjata umat Islam yang tiada taranya seperti disebutkan ialah doa. Doa adalah kunci kekuatan selain usaha yang tidak jemu-jemu yang selari dengan syariat ALLAH Ta'ala. Melihat Tuan Guru Menteri Besar Kelantan mengiringi calon Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim, timbul satu kelegaan di situ. Kesediaan Tuan Guru berkenaan sudah pastilah bersama-sama dengan doa beliau agar urusan DSAI dimudahkan oleh ALLAH.

Apakah yang mengiringi calon BN, Dato' Ariff Shah? Atau, siapakah yang mengiringi calon BN, Dato' Ariff Shah? Duit rakyat barangkali. Doa mungkin juga mengiringi.

Siapakah yang akan memenangi pilihan raya Pematang Pauh 26 Ogos ini? Dari segi duit, mungkin BN akan menang. Dari segi undi, kita tidak tahu. Begitu juga dari segi doa. Menjadikan doa sebagai senjata kemenangan boleh dilakukan oleh semua pihak, tapi, pihak yang lebih berduit sajalah yang mampu menang jika dikira dari segi kewangannya. Namun, undi pilihan raya tidak dikira begitu. Undi dikira dari kertas undi. Tidak bermakna, jika banyak duit digunakan, kemenangan juga yang dicapai nanti.

Banyakkan berdoa dan berusaha untuk kemenangan.

(tak tau nak tulis apa lagi...)

NCC

NCC. Plate number kereta di Neg. 9 la ni. Mungkin dah lps sikit2 kot. (Utk update no. plate terkini klik sini.)

Apa yang difikirkan masa mula-mula baca 3 huruf ni? Well, for me, I'll remember my teenhood ambition to further study at NCC. National Computing Center, kat mana lupa, London kot...Minat sangat kat komputer...sampai nak ke situ. Masa tu tak tau lagi pasal MIT atau Bell Labs.

Tapi tgk situasi skrg, lambat lagilah nak sambung belajar nampaknya.

Ada kisah pasal ni.

Masa Form 5 dulu, nak dkt2 SPM dah, ada sesi sehari Motivasi SPM dgn Dr. Shukri Abdullah. Sesi pagi sampai petang. Dalam satu slot sesi petang tu, dia panggil mana-mana student utk ke depan. Well, sorang muslimat (dulu2 panggil puteri...) keluar dulu. Then, diminta oleh Dr. Shukri sorang wakil student lelaki. Lama, 2-3 minit kot takde orang keluar lagi. Lastly aku pergi la keluar ke depan dewan yg penuh dgn student form 5 masa tu.

Malu. Segan. Semua ada. Mana taknya, muslimat tu figure di stu. Pemantun terbaik sekolah & negara (menang pertandingan Pantun anjuran BH). KP di situ. Orangnya pun boleh tahan dan menjadi tumpuan.

Well, kami disuruh kenalkan diri masing. That season went on very well until Dr. Shukri tanya nak sambung belajar kat mana. Biasalah, orang muda, target kena tinggi, darah pun masih panas, semangat pun tengah membara. Aku jawab National Computing Center @ UK. Muslimah tu pula jawab kat oversea saja atau kat UK saja aku lupa. Dia tak mentioned kat mana-mana pun tempat pengajian & I'm very sure of that.

Hari tu aku balik bilik kena gelak dengan kawan2, bukan sebab tempat aku yg aku pilih utk sambung belajar tu, tapi sebab 'keluar' ke depan. Dengan dia. Ya, dengan dia. Teruk gak aku rasa aku kena insult verbally kat bilik.

Well, tahun berganti tahun. Aku tetap di Malaysia, SPM - Matrikulasi - U... Alhamdulillah dapat sponsorship Yayasan TM di U. Masa induction course kat Bangi utk batch yg dapat scholarship tu, (sekitar Ogos/September 2003 @ Akademi Percukaian Negara), ada lagi satu slot dgn Dr. Shukri. Habis slot dia, aku jumpa dia. Tanya dia, dia ingat lagi tak aku. Dalam slot motivasi SPM yang dia buat dalam tahun 2001 yang dah lepas. Ada dia bawa pistol air sembur2 kat kitorang dulu. Ada dia panggil dua orang student, seorang lelaki seorang perempuan utk introduce dan nyatakan kat mana nak sambung belajar... Dia respon, kata dia ingat.

Aku cakap akulah pelajar lelaki tu. Aku jugak cakap yang student perempuan tu dah ke Univ. of Auckland. Aku tak ke UK, dan terus langsung tak ke luar negara. Dia? Walau pun tak dapat ke UK, dia dapat ke New Zealand. Aku minta maaf sebab aku tak dapat tunaikan janji itu.

Itulah rezeki. Aku pun lupa apa yang selebihnya dinasihatkan kepada aku oleh Dr. Shukri selain itu.

Well not later after that, in that year jugak, I managed to contact that muslimah via email & told my encounter with Dr. Shukri. I also told my regret sbb tak dapat sambung belajar ke luar negara. Well, of course, dia pun cakap itulah rezeki. Nak ke luar negara tak semestinya dengan sambung belajar saja. Well, although I accepted that kind of reasoning, I felt that pergi abroad utk study adalah meaningful daripada lain-lain tujuan (except umrah & haji).

Well, aku sekarang kerja di sini, dia di Petronas. KLCC. Dia baru je kahwin dua minggu lepas dengan kawan aku jugak...Tahniah buat kalian.

Setiap kali ternampak kereta bernombor NCC aku mesti teringat cerita ni. Memang. Negeri Sembilan, dekat di hati...

Wednesday, August 20, 2008

Sama-sama doakan family Khairi

Tadi Zali btau, adik Khairi Ismail lemas...

Sama-sama doakan adiknya dijumpai & keluarga mereka ditabahkan hati.

Kredit Kosmo.


PASUKAN penyelamat berusaha mengesan Najmah yang dikhuatiri lemas di Pantai Kem Pengakap, Pulau Pinang semalam.

PULAU PINANG - Percutian sebuah keluarga di Pantai Kem Pengakap di Teluk Bahang dekat sini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka dikhuatiri lemas semalam.

Mangsa, seorang penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) terjatuh ke laut selepas jet ski yang dinaiki ber sama tunangnya terbalik dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah ha ri itu.

Najmah Nor Ismail (gambar kecil), 21, yang berasal dari Kajang, Selangor adalah penuntut tahun akhir jurusan Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan di USM.

Ketika kejadian, mangsa bersama keluarga tunangnya, Mohd. Zulkhairy Haris, 27, menginap di sebuah banglo di tepi pantai itu sejak kelmarin selepas mereka tiba dari Kajang sempena cuti sekolah.

Menurut seorang ahli keluarga Zulkhairy, kejadian itu berlaku secara tiba-tiba.

"Ketika itu, jet ski itu ditunggang Zul khairy manakala mangsa dan adik Zulkhairy, Puteri Shamil Nabila Haris, 10, berada di belakang sebelum terbalik.

"Zulkhairy sempat memeluk Puteri Shamil manakala Najmah terus tenggelam," katanya.

Difahamkan, Najmah baru bertunang pada Mei lalu dengan Zulkhairy yang bertugas sebagai pensyarah.

Thursday, August 14, 2008

Wajah-wajah hebat...


Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.

Pemuda PAS luah rasa kecewa terhadap Lim Guan Eng

Sumber: Harakahdaily.

Mohd Nor Yahya
Thu | Aug 14, 08 | 5:05:39 pm MYT

IPOH, 14 Ogos (Hrkh) - Muktamar Dewan Pemuda PAS hari ini menyaksikan luahan rasa kecewa terhadap ketua kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Selangor, Mohd Sany Hamzan melahirkan rasa kecewa kerana setakat ini masih gagal menemui Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibraim.

Begitu juga wakil Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang gagal menemui Ketua Menteri, Lim Guan Eng biar pun sudah beberapa kali menghantar surat untuk menemuinya.

"Biar pun kita sudah sambut 100 hari kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, pemuda PAS hanya sekadar menjaga parking, mengutip sampah dan menampal poster ceramah.

"Saya melihat seperti ada masalah hubungan PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan hanya layak menjadi pemerhati di pinggiran," kata Mohd Sany.

Beliau juga berkata, ada di kalangan pemimpin KeADILan mendakwa kemenangan mereka kerana kekuatan sendiri dan bukan gadingan dengan PAS.

"Belum pilihan raya baik sahaja...bila dah menang ke mana perginya golongan muda mereka, lebih hairan lagi apabila ada menuduh PAS tidak bantu mereka masa pilihan raya.

"Masa sambutan 100 hari di Selangor tak ada satu pun bendera PAS digantung. Malah lebih mengecewakan lagi Dewan Pemuda nak jumpa Menteri Besar pun tak dapat.

"Pemimpin KeADILan kena sedar pemuda tidak rela PAS digunakan sebagai batu loncatan oleh mana-mana pihak termasuk KeADILan," katanya sebagai sokongan usul Memperkukuh Peranan PAS Dalam Pakatan Rakyat.

Beliau juga berkata, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memang mampu dan layak untuk menjadi Perdana Menteri. - mj_

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...