Sunday, February 24, 2008

Sekitar Penamaan Calon PAS di Parlimen P-125 Putrajaya

Gambar-gambar dan video-video yang sempat dirakam.

Gambar




Di surau ar-Raudhah selepas solat hajat.



Kelihatan ramai sekali penyokong PAS. Siapa kata PAS ahli tidak ramai di Putrajaya??



Berdoa kepada ALLAH SWT semoga dimudahkan segala urusan pada hari penamaac calon ini.



Calon PAS Parlimen Putrajaya Hj Mohamad Noor Mohamad (baju melayu hijau muda) diapit oleh isteri beliau dan YDP PAS Kawasan Putrajaya.



Kedatangan kami disambut oleh mereka ini...



Nego. Boleh Insya ALLAH. Baik dilayan, baiklah kami melayan...



Berita baik dari dalam bilik penamaan calon. Dr Azhar menyeru semua berdoa agar direalisasikan 'berita baik' berkenaan.



Menunggu dan bermunajat setelah khabar calon PAS mungkin menang tanpa bertanding diterima.



Selesai penamaan calon. Bantahan kedua-dua pihak PAS dan BN tidak diterima. Walaupun demikian, kesyukuran tetap tergambar di wajah masing-masing.



Pulang ke Surau ar-Ridhwan.



Mengaminkan Doa Perang Ustaz Nazir yang diketuai oleh Ustaz Nazir, setelah selesai taklimat post-penamaan calon.





Hebat sekali kepulangan konvoi ini ke Bilik Gerakan PAS Putrajaya.

Video






Pengumuman keputusan penamaan calon (please pay attention the audio only)


Konvoi bergerak pulang ke Bilik Gerakan.

Saturday, February 23, 2008

Kemenangan PAS di Putrajaya Bukan Mustahil

Putrajaya sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan memang menarik perhatian semua pihak jika ada pembangkang yang menandingi kerusi Parlimen berkenaan. PAS meletakkan calonnya, yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Haji Mohamad Noor Mohamad bertanding di sini menentang Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Menteri Pelancongan.

Pertandingan ini bakal memberi tekanan psikologi kepada Barisan Nasional (BN) yang suka melabelkan pembangkang sebagai pihak yang tidak serik untuk bertanding di Putrajaya. Ini kerana kemenangan mana-mana parti pembangkang di sebuah kawasan pusat pentadbiran kerajaan akan dianggap satu tamparan yang hebat dan boleh menjatuhkan maruah kerajaan.

Perlu dilihat di sini pihak pembangkang yang bertanding ialah PAS. Sepanjang program edaran risalah yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dan Pemuda PAS Kawasan ini di pasar malam setiap hari Jumaat, rata-rata masyarakat menerima dan menyambut baik inisiatif berkenaan. Malah mereka menggesa supaya PAS melakukan lebih dari edaran risalah semata-mata, yakni menjadi pendengar keluhan dan rintihan majoriti seterusnya menjadi wakil mereka di Putrajaya. Kakitangan-kakitangan kerajaan juga semakin hari semakin berani untuk menterjemahkan sokongan senyap mereka terhadap PAS dan bantahan senyap mereka terhadap terhadap kepimpinan Pak Lah yang lemah dan pemerintahan Ku Nan yang dicemari dengan skandal pita video VK Linggam yang masih dalam siasatan. Ditambah lagi dengan penghapusan nombor siri pada kertas undi, kakitangan kerajaaan rata-rata lebih yakin untuk menyokong PAS di Putrajaya melalui undi-undi mereka.

Material dan kemajuan kebendaan tidak akan menjadi idaman lagi apabila ianya kenikmatannya sudah di puncak. Itulah apa yang segelintir penduduk Putrajaya rasakan. Ku Nan memang suka 'menabur duit' kepada penduduk Putrajaya. Entahlah dari mana datangnya duit berkenaan kita tidak tahu, namun 'penaburan duit' berkenaan lebih banyak dilakukan berbanding berbakti memenuhi tuntutan majoriti rakyat yang mahukan kemudahan-kemudahan seperti sekolah agama, tempat meletak kenderaan yang selesa dan pemuliharaan public amenities supaya tidak menyakitkan mata mereka memandang. Amat sedikit permintaan berkenaan dipenuhi dengan berkesan. Pembinaan menara tinjau dan Masjid Besi adalah lebih kepada menunjuk-nunjuk dan boros, walaupun masjid berkenaan perlu untuk menampung kapasiti penduduk di waktu akan datang. Peruntukan belebihan boleh saja digunakan untuk mempercepatkan pembinaan sekolah agama yang mati-mati ditolak Ku Nan beberapa tahun lepas. Barangkali itu disimpannya untuk menjadi modal-modal pilihan raya barangkali. Ikhlaskah pemimpin seperti ini?

Pilihlah pemimpin yang bersih dan ikhlas. PAS berjanji akan mengutamakan kebajikan semua warga Putrajaya andai dipilih mewakili mereka nanti. Terjemahkanlah sokongan anda dengan mengundi calon PAS 8 Mac nanti!

Wednesday, February 20, 2008

PAS letak 3 calon berwibawa di Wilayah Persekutuan

Nyza Ayob
Wed | Feb 20, 08 | 3:30:08 pm MYT

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengharapkan tiga calon PAS yang mewakili Wilayah Persekutuan dapat diterima masyarakat umum berdasarkan latar belakang dan kredibiliti mereka.

Beliau berkata demikian sebaik sahaja mengumumkan calon PAS yang akan bertanding di Wilayah Persekutuan. Tiga calon PAS tersebut ialah Mohamad Noor Mohamad, calon Parlimen Putrajaya, Dr Lo'lo' Ghazali, calon Parlimen Titiwangsa dan Matusin Abdul Rahman, calon Parlimen Wilayah Persekutuan Labuan.

Mohamad Noor Mohamad merupakan bekas pengurus Perbadanan Pembangunan Wilayah (UDA), Dr Lo'lo' Ghazali merupakan pakar perubatan dan Matusin Abdul Rahman merupakan bekas pegawai syarikat petroleum Shell.

Pengumuman tersebut dilakukan di Markas PAS Titiwangsa, Darul Ummah, Kampung Pandan malam tadi dalam satu ceramah umum. Hampir 5,000 di kalangan penyokong PAS membanjiri ceramah tersebut. Turut serta dalam ceramah tersebut selain Mohamad Noor Mohamad dan Dr Lo'lo' Ghazali, ialah mantan Pesuruhjaya Wilayah Persekutuan, Subky Latif dan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan, Ishak Surin. Ceramah tersebut turut dihadiri beberapa orang wakil Kelab Penyokong PAS kaum India.

Abdul Hadi dalam ceramahnya menyatakan sebagaimana yang dilaungkan dalam tawaran negara berkebajikan PAS, aspek pendidikan yang menjadi hak rakyat akan menjadi keutamaan PAS di mana PAS akan menekankan penggunaan bahasa ibunda dalam bidang pendidikan.

Selain itu, beliau turut mengulangi kenyataannya sebelum ini iaitu sekiranya PAS memenangi pilihan raya, parti itu akan membenarkan demonstrasi aman bagi memberikan kebebasan rakyat untuk bersuara.

"Apabila rakyat berani menegur kerajaan, rakyat boleh membetulkan kesilapan dalam pentadbirannya. Jika kerajaan silap, kerajaan mesti jawab. Ini adalah demokrasi sebagaimana yang dinyatakan dalam Islam iaitu keadilan untuk semua.

"Keadilan adalah asas untuk semua. Bahkan sewaktu PAS memerintah Terengganu, PAS menghapuskan cukai kediaman walaupun ada di kalangan penduduk bukan beragama Islam kerana itu merupakan tanggung jawab kita," katanya.

Abdul Hadi turut melahirkan kekesalan kerana kerajaan Barisan Nasional yang memartabatkan Islam Hadhari gagal menyediakan kebajikan kepada rakyat.

"Jika kamu (merujuk kepada BN) tidak dapat melaksanakannya, kami yang akan laksana. Nak buat macam mana kerana duit banyak'bocor'. Beli kapal selam harga berjuta-juta dan rasuah 400 juta.

"Ini termasuklah penyelewengan dalam KWSP dan Tabung Haji. Dalam tahun 80an berbahas di Parlimen kerana kerajaan membeli pesawat Skyhawk di Amerika Syarikat yang dianggap canggih dan diletak di padang pasir Arizona, tetapi tidak boleh terbang dan hanya menjadi besi buruk. Jika begini bagaimana nak laksanakan negara berkebajikan kerana banyak berlaku 'kebocoran'," katanya yang mengundang ketawa hadirin.

Dalam pada itu, Abdul Hadi menaruh keyakinan PAS pasti boleh membuat perubahan walaupun ramai pihak tidak yakin dengan keupayaan PAS untuk membuat perubahan.

Katanya walaupun PAS bertanding lebih 60 buah kerusi, PAS boleh membuat perubahan apabila semua kaum memberi sokongan kepada PAS.

"Jika Umno tidak boleh umum lagi siapa jadi calonnya, kita dah umumkan di beberapa buah negeri," katanya.

Wednesday, February 06, 2008

Perutusan Tahun Baru Cina Dewan Pemuda PAS Pusat

Perutusan Tahun Baru Cina Dewan Pemuda PAS Pusat


dipetik dari laman tranungkite.net

Oleh YB Salahudin Ayub


全国回教党青年团主席的农历新年献词

我在此先敬祝马来西亚龙的子孙的华裔各界在

二零零八年二月七日的农历年新年快乐。农历

新年是中华民族最重要的节日,依据华人的农

历,今年即将进入鼠年。

对华人来说,农历新年代表着新的希望和新的

开始以及新的期 望,因此华裔各界都非常重视

这个节日,当然要很隆重的庆祝,也包括马来

西亚的华裔人民。

无可否认的事实,马来西亚人民正承受着百物涨价的痛苦。虽然

这是无法避 免的事实,但是年年难过还是年年要过。我在此也

希望华人的优良传统如一家老少大团圆和吃团圆饭能够长长久久

的延续和发扬光大。

年少的得到年老的红包代表着好运,成家的给红包与未成家的拿

红包,年轻的向年老的拜年象征着互相尊重和相亲相爱。舞狮舞

龙的表&#2 8436;代表着好运。。。

我在此谨代表马来西亚回教党,希望在这新的一年里,全国各族

人民能够更加的团结,同时我也觉得,华人的农历新年的优良传

统,全民应该共同庆祝,以提升各族的团结。

回教党带领大家团结一起

沙拉胡丁国会议员

(SALAHUDDIN AYUB)

全国回教党青年团主席

吉兰丹Kubang Krian国会议员


Tuesday, February 05, 2008

Layakkah Tengku Adnan bertanding di Putrajaya?

Lantang sekali Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mencabar kebolehan PAS untuk bertanding di Putrajaya. Amat ketara sekali keangkuhannya jika di lihat kenyataannya yang dikeluarkan dalam akhbar NST & Harian Metro. pada 4 Feburari 2008. Dalam kelantangan itu, beliau tidak sedar kedudukan dirinya yang semakin terumbang-ambing sebagai ahli Parlimen Putrajaya dan anggota Menteri Kabinet.

Pak Lah selaku Pengerusi Barisan Nasional berulang kali menegaskan bahawa hanya yang bersih saja yang akan dipertimbangkan untuk menjadi calon BN dalam pilihanraya umum yang semakin hampir ini. Malah dalam satu kenyataan, untuk memastikan kelayakan dan ke'bersihan' calon-calon mereka, BN akan menggunakan PDRM, BPR, Jabatan Imigresen dan Jabatan Insolvensi untuk memastikan seseorang itu benar-benar layak mewakili mereka. Lupakan seketika Pak Lah yang tidak sebersih yang disangka kerana fokusnya di sini ialah Tengku Adnan yang diibaratkan seperti anak ketam yang cuba diajar oleh si ayah ketam untuk berjalan betul dan berjalan betul-betul.

Penglibatan Tengku Adnan dalam isu pita video VK Linggam terbukti telah menjejaskan kredibilitinya dengan agak teruk. Masakan tidak begitu kerana beliau sendiri seolah-olah mengaku dengan menyatakan biarlah kesinambungan beliau sebagai calon BN diserahkan bulat-bulat kepada pucuk pimpinan BN. Keyakinan Tengku Adnan sewaktu mencabar PAS bertanding di Putrajaya seakan goyah dengan pendedahan demi pendedahan yang berkaitan dengan dirinya di dalam kes pita video Linggam yang masih dalam siasatan Suruhanjaya Diraja.

Sudah nyata orang yang tidak bersih dengan dikaitkan dengan kesalahan-kesalahan besar tidak layak bertanding! Apa ragu lagi warga Putrajaya? Inilah masanya untuk kalian menukar kempimpinan di sana!

Monday, February 04, 2008

Budaya Tongkat: Siapa yang semai?

Mengulas kenyataan bekas Menteri Kewangan negara Malaysia, Tengku Razaleigh Hamzah di dalam Buletin Utama malam tadi (4 Februari), mengapakah baru sekarang saranan berkenaan dikeluarkan? Ku Li menyeru supaya budaya pemberian subsidi dihapuskan sedikit demi sedikit. Antara alasan beliau ialah kos pembangunan negara yang makin meningkat dibandingkan dengan hasil yang diperolehi oleh negara yang semakin menurun membebankan kerajaan. Beban kerajaan semakin bertambah ekoran pemberian subsidi minyak yang banyak.

Ku Li mengakui, rakyat tidak akan bersetuju dengan pemotongan subsidi oleh kerajaan. Mengambil contoh subsidi minyak, beliau mengakui adanya golongan yang tidak bersetuju harga minyak dinaikkan untuk menampung beban subsidi kerajaan.

Budaya tongkat, subsidi dan sewaktunya dengannya sudah lama didoktrinkan di Malaysia ini. Boleh dikatakan sejak bangsa asing, mulai Portugis menapakkan kaki di Melaka, masyarakat negara ini terutamanya bangsa Melayu diasuh untuk bergantung dengan orang lain. Lihat saja pembentukan perlembagaan Malaysia, perlembagaan British yang menjadi asasnya. Tidak salah untuk meminta panduan namun, jika kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan, apa dah jadi? Negeri-negeri Melayu sudah ada undang-undang yang boleh dijadikan asas, namuan tidak dipedulikan. Kebergantungan kepada British juga yang diharapkan.

Kerajaan UMNO/BN yang memerintah terus menyuburkan budaya tongkat atau budaya subsidi ini sepanjang masa pemerintahannya. Ini dapat dilihat dengan sikap bias dan kronisme mereka dalam perebutan-perebutan tender awam dan GLC, dengan penganugerahan tender/kontrak kepada golongan mereka sahaja. Selain itu, budaya tongkat yang lain seperti 'cable besar-kecil' dalam proses-proses penukaran penempatan pengajaran guru atau penempatan/kemasukan murid terpilih ke sekolah berasrama subur mekar di kalangan ADUN-ADUN UMNO.

Yang hairannya, mengapa 'subsidi' yang menjadi keperluan penting pembangunan negara seperti pembiayaan pendidikan dimansuhkan beransur-ansur dengan pemansuhan Biasiswa (bukan pinjaman boleh-ubah) MARA dan JPA, pengenalan PTPTN yang membebankan, dan mulai 1 Januari 2008 mewajibkan semua pelajar IPT, ibu bapa mereka atau penjaga mereka pelajar mempunyai akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)? Apakah logiknya tongkat yang membawa sokong majoriti rakyat dipatahkan sedangkan tongkat-tongkat yang menjunjung segelintir kroni masih dibenarkan kukuh berdiri?

Sedarlah Ku Li. Anda sendiri mengakui bahawa rakyat memang tidak dapat menerima pengurangan subsidi kerajaan apatah lagi memansuhkannya. Namun seakan tidak mahu berpijak di bumi nyata, anda masih lagi menegaskan pemberian subsidi wajar beransur-ansur dimansuhkan tanpa pun sedikit menyentuh tongkat subsidi yang perlu kerajaan bina semula dalam bidang pendidikan. Jika benar inginkan perubahan, ubahlah rakyat dengan suara majoriti rakyat yang perlukan lebih banyak lagi bantuan. Jika anda tidak mampu berilah kami peluang. Kami mampu mengubahnya. Insya ALLAH.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...