Thursday, May 17, 2007

Program Edar Risalah 'Cegah Jenayah'

Satu program edar risalah “Cegah Jenayah” akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 18 Mei 2007 (Jumaat ni)
Masa: 8 malam
Tempat: Pasar Malam Putrajaya, MOF
Anjuran: DPPK Putrajaya

Agenda:

7.20 – Berkumpul dan solat maghrib di masjid Putrajaya
7.45 – Bergerak ke Pasar Malam & Edaran Risalah
8.30 – Solat Isyak & Bersurai (jom ngeteh)


Insya ALLAH, Ketua Penerangan DPPWP, Saudara Herman akan bersama-sama dalam program ini. Bersama-sama kita meramaikan program ini.

Terima kasih.

Tuesday, May 08, 2007

Distributed infaq vs concentrated infaq: Satu pandangan

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Firman ALLAH SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 261 yang membawa maksud, “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.”

Amat jelas sekali kelebihan mereka yang mendermakan harta-harta mereka. Ganjaran yang berlipat kali ganda akan dikurniakan oleh ALLAH kepada orang-orang yang ikhlas. ALLAH SWT telah menggariskan beberapa panduan yang berguna di dalam surah al-Baqarah dari ayat 261 hingga 264 tentang infaq harta di jalan ALLAH SWT ini.

Infaq yang diberikan pasti akan membuahkan hasilnya, jika tidak di dunia maka hasilnya akan di'tuai' di akhirat kelak. Seringkali jika seseorang menyalurkan infaq merata-rata tempat (distributed), sudah pasti jumlah sumbangan tidak konsisten. Infaq yang diberikan tidak menampakkan hasilnya bagi seseorang penderma itu.

Memanglah bukan nilaian duniawi yang mahu kita lihat atas setiap infaq yang diberikan. Keyakinan tentang 'setiap sumbangan di jalan ALLAH pasti akan dibalas setimpal' tidak perlu dipertikai lagi. Namun demikian, dunia ini adalah ladang akhirat, maka sedikit sebanyak setiap sumbangan mestilah kita lihat hasilnya. Penyaluran sumbangan secara konsisten dan berkala kepada tempat yang terhad pasti merealisasikan 'hasil' yang dimaksudkan.

Sumbangan yang efektif ialah sumbangan yang terus ditujukan kepada kumpulan fungsian (functional group) yang dianggotai penyumbang berkenaan. Contohnya, di peringkat cawangan, kawasan, kampus masing-masing, kolej kediaman masing-masing, alumni kampus/matrikulasi dan sebagainya. Cara ini lebih terarah atau concentrated. Bukan semua orang mempunyai sumber kewangan yang banyak. Maka sumbangan sebegini diharapkan dapat menimbulkan hasil yang bermakna dan boleh digunakan dengan segera oleh kumpulan fungsian berkenaan.

“Wang bukanlah segalanya tapi segalanya memerlukan wang.” Program-program tarbiyah ahli, penyertaan dalam PR umum atau kampus atau matrikulasi, pembangunan infrastruktur untuk keperntingan jemaah dan banyak lagi perkara memerlukan wang sebagai penjana keboleh sempurnaan perkara berkenaan. Infaq berkala dalam jangka masa lama, dengan nilai yang tetap dan mungkin gradually increasing, mampu menampung kekurangan bajet. Diharap, setiap ahli akan melebihkan sedikit sumbangannya kepada kumpulan fungsian masing-masing lebih daripada sumbangan kepada pihak-pihak yang lain (bukan meninggalkan langsung). Sumbangan berterusan ahli pasti akan membuahkan hasil yang boleh dilihat di dunia ini dan dituai hasilnya di akhirat kelak insya ALLAH.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...