Friday, April 27, 2007

Anai-Anai dalam Jemaah

Dalam menggerakkan PAS sebagai wadah perjuangan, kefahaman yg betul dan thabat diperlukan untuk memastikan sustainabilty jemaah. Tidak jelas fikrah merupakan masalah yang agak merumitkan untuk diselesaikan di kalangan ahli yg telah dikaderkan.

Usaha berterusan memantapkan kefahaman, dengan pengisian-pengisian dan sekali-sekala diuji dengan situasi sebenar mampu mengukuhkan kefahaman kenapa perlu ahli-ahli sekalian berintima' dgn PAS. Perang aulawiyyat dlm menghadiri program ilmu dan program parti adalah salah satu kayu pengukur yg boleh digunakan.

Anai-anai merupakan parasit di dalam jemaah. Mereka adalah golongan yang menyertai PAS bertujuan mendapatkan political, individual atau financial mileages . Ada juga mereka yang sengaja menyertai PAS untuk memporak-perandakan PAS. Ada yang membawa idea-idea tersendiri yang jelas nyata bersalahan dengan prinsip perjuangan PAS. Pemikiran sendiri, suka bergerak tanpa ikut arahan pimpinan, gemar menubuhkan NGO-NGO yang dijadikan sasaran komitmen yang lebih jika dibandingkan dengan komitmen ke atas PAS sendiri dan sebagainya adalah antara simptom anai-anai ini. Pembawaan fikrah-fikrah yang mengelirukan seperti ummah-centric, anti-wahabiyy, pro-wahabiyy, pro dinasti rufaqa'-arqam, pasca-IRC, ideologi sosialis, dan anutan syi'ah adalah antara bentuk fikrah yang cuba diserapkan.

Persediaan yang cukup adalah perlu untuk membinasakan anai-anai ini Pest control yg mantap perlulah dilaksakana secara konsisten demi survival PAS di negara ini. Komitmen yang tunggal bagi ahli PAS hanyalah kepada PAS, dan bukan kepada jemaah Islam yang lain. PAS tidak memerlukan mereka yang akan menjadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan dan api dalam sekam PAS itu sendiri.

Dissatisfaction, ketidak puasan hati perlulah disalurkan kepada pimpinan melalui jalan yang betul dan bukan dengan buat team sendiri yang baru atau keluar jemaah. Setiap pandangan yang perlu kepada perbincangan hendaklah diambil berat oleh pimpinan. Jika perlu, syura perlu dipraktikkan untuk menghasilkan keputusan yang kolektif berkaitan masalah-masalah tidak puas hati yang tertentu. Keputusan berkenaan perlulah disampaikan kepada ahli dalam bentuk yang boleh difahami seterusnya menghilangkan rasa tidak puas pihak berkenaan.

Wallahua'lam.

[next article: distributed infaq vs concentrated infaq: satu pandangan]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...