Tuesday, December 26, 2006

6 Prinsip Islam Liberal yang mesti ditolak


Pengisian yang disampaikan oleh Ust Ramadhan Fitri Elias, di Majlis Ta'lim di Darul Takaful pada 10/11/2006.



------point form, tajuk ISLAM LIBERAL YANG KITA MESTI TOLAK


Inti modenisme ada dua sbg tunjang kpd Islam Liberal
Memperjuangkan rasionalisme. Memperjuangkan keunggulan akal fikiran manusia. Semua perkara mesti dipertimbangkan mengikut akal fikiran manusia.
Liberalisme. Pembebasan mutlak. Asalnya prinsip ini digunakan oleh masyarakat Eropah pd zaman pertengahan untuk membebaskan diri mereka dari pengaruh paderi & gereja. Tapi, pengamal liberalisme sekarang ingin menjadi bebas dari agama secara sepenuhnya.


Namun Islam mempercayai bahawa bila kita menyerah diri kepada ALLAH maka barulah kita akan jadi makhluk yang rasional.


Ada 6 prinsip Islam Liberal yang perlu kita ketahui supaya kita menolak Islam Liberal sejauh-jauhnya daripada menguasai diri kita. Prinsip yang dipetik dari laman web rasmi Islam Liberal di Indonesia ini kia perlu tahu supaya kita dapat membuktikan kesalahan Islam Liberal. (Di sini ditulis dulu prinsip tu sebelum diberi penjelasan di bawahnya.)
[1] Membuka pintu ijtihad seluas-luasnya
[2] Utamakan semangat 'pegang pada konteks bukan pada teks'
[3] Kebenaran bagi Islam Liberal ada 3 sifat: relatif, terbuka, plural
[4] Memihak kepada kumpulan minoriti yang tertindas, tetapi golongan ini minoriti dari segi agama, budaya, adat
[5] Mereka puak-puak Islam Liberal meyakini kebebasan beragama secara salah
[6] Memisahkan agama dan politik


Ulasan kepada prinsip-prinsip sesat tersebut
[1] Penganut Islam sepatutnya tidak boleh bersetuju dengan konsep membuka seluas mungkin pintu ijtihad. Bukan semua orang boleh bercakap pasal ijtihad. Namun ramai sekali dari golongan umat Islam yang cuba memandai-mandai. Layakkah sbg contoh, menteri wanita yang bertudung tapi nampak rambut bercakap tentang kebenaran poligami dan kebebasan wanita dalam Islam? Mesti tidak boleh. Ijtihad hanya boleh dilakukan oleh ulama' yang cukup syarat-syarat menjadi mujtahid.
[2] Islam mengajar kita mengamalkan segala apa yang terdapat di dalam Al-Quran. Sebagai contoh, lafaz (teks) Al-Quran yang bermaksud penzina perempuan dan penzina lelaki hendaklah direjam setiap seorang daripada mereka seratus kali rejaman. Atau pun maksud satu ayat lain, pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah dipotong kedua-dua tangan mereka. Islam Liberal tak boleh terima maksud ayat tu. Mereka hanya berpegang bahawa (ini yang dipanggil konteks) setiap pesalah yang berzina dan mencuri hendaklah dihukum. Bentuk hukuman tak mengapa tak sama dengan Al-Quran. Fahaman Islam Liberal ini yang tidak boleh kita ikuti dan percayai.
[3] (i) Kebenaran yang relatif. Maknanya kebenaran boleh berubah-ubah. Kuasa pemutusan apa yang benar dan apa yang salah terletak pada masyarakat. Mereka berpandangan begini sebab pandangan dan sokongan mereka terhadap rasionalisme. (ii) Kebenaran yang terbuka. Maknanya, sesiapa saja boleh membuat keputusan, apa yang benar apa yang salah. Bagi mereka tiada kuasa mutlak yang memutusakan kebenaran dan kebatilan. (iii) Kebenaran yang plural. Maknanya kebenaran itu banyak. Termasuk dalam beragama, semua sama bagi penganut Islam Liberal. Sebenarnya dalam Islam hanya ada satu sahaja kebenaran. Kebenaran dari Tuhan, dari ALLAH di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
[4] Mereka sokong orang yang nak tukar agama. Mereka sangat hingar dan bising apabila gereja baru diancam nak diletupkan. Tapi pembunuhan di Ambon dan Maluku, mereka diam membisu. Kan tak betul tu? Menyokong yang salah.
[5] Kena rujuk tafsir dan terjemahan ayat terakhir surah al-Kafirun. Islam tak ada masalah kalu agama lain nak amalkan ajaran agama masing-masing. Islam menghormati amalan agama lain. Tetapi Islam Liberal tak anggap begitu. Mereka kata semua agama membawa ke syurga. Kan tak betul tu?
[6] Ini prinsip sekularisme. Agama suku politik suku. Namun mereka ini yang pro sekularisme telah dibuktikan salah apabila ulama'-ulama' pemikir Islam yang benar telah berjaya mematahkan ideologi sesat ini. (buku Ancaman Bahaya Sekularisme Ust Zulkifili Sg Udang Melaka buku yang bagus)


Kesimpulan: Islam Liberal adalah topeng kepada kerosakan akidah ummah. Nama je Islam tapi jauh sungguh dari Islam yang sebenarnya. Sampaikanlah kepada keluarga kita, masyarakat kawan-kawan kita tentang betapa bahayanya fahaman ini. Jauhkan diri dari trigger kepada Islam Liberal ini seperti hedonisme, sekularisme dan pluralisme. semoga kita dihidupkan dalam keadaan yang baik dan disudahkan kehidupan kita dalam keadaan yang diredhai ALLAH SWT.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...