Saturday, August 05, 2006

Satu Pandangan Ttg Syiah-Sunni dan Palestin, BERSATULAH!!

Apakah peranan kita membantu umat Islam
Palestin sekarang? Negara kata selaku pengerusi
OIC hanya mampu mendesak dan terus bising
tanpa mampu menghalakan kekuatan MiG 29-N
itu ataupun MiG 30 ke negara Israel. Mana ada
negara yang berani menyerang jika mengtahui
hasil serangan mereka akan memusnahkan balik
negara sendiri?

Di sinilah pentingnya kesatuan. Kita melihat umat
Islam Syi'i yang membantu rakyat Palestin
sekarang. Tak kiralah dari Lubnan ataupun Iran,
majoriti mereka ialah Syi'ah. Timbul persoalan
tentang sokongan pengamal Sunnah terhadap
penentangan Sunni.

Pada waktu sekarang kita tidak perlulah
menimbulkan masalah itu. Kita hanya menyokong
mereka dr segi penentangan mereka sahaja.
Dalam aspek akidah kita mesti tetap dan tegas.
Namun, apa-apa sahaja usaha untuk
membebaskan Palestin yang dibenarkan syara'
mesti kita setujui. Kesatuan kita mesti
dikukuhkan. Barulah kita tidak takut untuk
menghadapi counter-attack musuh sekiranya kita
menyerang Israel.

Siapa lagi yang berhak disokong kalau bukan
mereka in term of penentangan ke atas Israel
sekarang? Cuma, bataskan sokongan kita kpd
perjuangan mereka, dan penentangan mereka.

Mengapa Palestin tidak diberi tumpuan seminggu
dua ini? Mengapa media melebih2kan Lubnan
pula? Apa ada di Lubnan sebenarnya? Jangan
hilangkan fokus kita terhadap Palestin.
Membebaskan Al-Aqsa matlamat kita. Mungkin
media sekarang merancang satu perang psikologi
jangka panjang untuk melemahkan umat Islam
sedunia dgn gmbaran2 kemusnahan di Lubnan.
Jangan percayakan sangat berita akhbar yang
hujung2nya ada -AP, -AFP, -Agensi, CNN, BBC,
dll... sume tu US & Britain punya tu. Lihat hakikat
sebenar di IslamOnline atau di al-Jazeera...

Naik pula persoalan, bagaimana nak ke
Palestin/Lubnan? Untuk berjuang di sana? Untuk
membantu muslimin di sana? Tidak, itu bukan
kaedahnya. Kita mampu membebaskan Palestin
dari dalam negara kita sendiri, dengan syarat
semua negara Islam bersatu dan hapuskan di
tempat masing2, agen-agen murtad, monopoli
ekonomi produk barat, hiburan-hiburan yang jelas
lagho & tak syari'e, Islam Liberal dan Plural, dan
bermacam2 benda thaghit yang lain. Gantikan
dengan methodologi Islam.

Sentiasalah lintaskan di dalam hati kita untuk
berjihad dan syahid di jalan Allah, dengan
kesesuaian tempat kita. Elakkan perselisihan2
kecil tentang mazhab-mazhab berempat, aliran
salafi wahabiyy, syiah sunni ... dan bersatulah
atas nama Islam yang sebenar, yang jelas dp Al-
Quran dan As-Sunnah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...