Wednesday, August 30, 2006

XPDC DAKWAH

ni first time ni aku turun XPDC mcm ni...tgk laa malam ni 30/08/2006 mcm mana berlakunya ...


XPDC DAKWAH PEMUDA PAS SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KALI KE-49






Tarikh :
30 Ogos 2006

Masa :
10.00 mlm – 2.00pg

Tempat :
1. Masjid As-Syakiriin, KLCC
2. Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar.

Modus Operandi:

10.00 mlm :
Berkumpul dan taklimat di masjid
11.00 mlm :
Ziarah dan beramah mesra dengan para pengunjung di Taman Rekreasi KLCC serta masyarakat muslim sekitar Bangsar serta mengedarkan risalah.

Kami membuka peluang dakwah ini sebagai keprihatinan kita kepada semua rakyat sama ada dari kalangan ahli PKR, UMNO, ABIM, JIM, persatuan pelajar universiti2 tempatan, Tabligh, Persatuan-Persatuan NGO Muslim dan sesiapa jua yang berminat.
Bagi kami, tiada sempadan untuk kita batasi jalan dakwah ini.
Kerana Allah kita hidup, kerana Allah kita berdakwah dan kepadaNya kita akan kembali.
Sila sebarkan maklumat ini kepada semua kenalan dan warga kota.

Sekian. Wassalam

Muhd Sholihin Zakaria
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
016-6781 700

Saturday, August 05, 2006

Satu Pandangan Ttg Syiah-Sunni dan Palestin, BERSATULAH!!

Apakah peranan kita membantu umat Islam
Palestin sekarang? Negara kata selaku pengerusi
OIC hanya mampu mendesak dan terus bising
tanpa mampu menghalakan kekuatan MiG 29-N
itu ataupun MiG 30 ke negara Israel. Mana ada
negara yang berani menyerang jika mengtahui
hasil serangan mereka akan memusnahkan balik
negara sendiri?

Di sinilah pentingnya kesatuan. Kita melihat umat
Islam Syi'i yang membantu rakyat Palestin
sekarang. Tak kiralah dari Lubnan ataupun Iran,
majoriti mereka ialah Syi'ah. Timbul persoalan
tentang sokongan pengamal Sunnah terhadap
penentangan Sunni.

Pada waktu sekarang kita tidak perlulah
menimbulkan masalah itu. Kita hanya menyokong
mereka dr segi penentangan mereka sahaja.
Dalam aspek akidah kita mesti tetap dan tegas.
Namun, apa-apa sahaja usaha untuk
membebaskan Palestin yang dibenarkan syara'
mesti kita setujui. Kesatuan kita mesti
dikukuhkan. Barulah kita tidak takut untuk
menghadapi counter-attack musuh sekiranya kita
menyerang Israel.

Siapa lagi yang berhak disokong kalau bukan
mereka in term of penentangan ke atas Israel
sekarang? Cuma, bataskan sokongan kita kpd
perjuangan mereka, dan penentangan mereka.

Mengapa Palestin tidak diberi tumpuan seminggu
dua ini? Mengapa media melebih2kan Lubnan
pula? Apa ada di Lubnan sebenarnya? Jangan
hilangkan fokus kita terhadap Palestin.
Membebaskan Al-Aqsa matlamat kita. Mungkin
media sekarang merancang satu perang psikologi
jangka panjang untuk melemahkan umat Islam
sedunia dgn gmbaran2 kemusnahan di Lubnan.
Jangan percayakan sangat berita akhbar yang
hujung2nya ada -AP, -AFP, -Agensi, CNN, BBC,
dll... sume tu US & Britain punya tu. Lihat hakikat
sebenar di IslamOnline atau di al-Jazeera...

Naik pula persoalan, bagaimana nak ke
Palestin/Lubnan? Untuk berjuang di sana? Untuk
membantu muslimin di sana? Tidak, itu bukan
kaedahnya. Kita mampu membebaskan Palestin
dari dalam negara kita sendiri, dengan syarat
semua negara Islam bersatu dan hapuskan di
tempat masing2, agen-agen murtad, monopoli
ekonomi produk barat, hiburan-hiburan yang jelas
lagho & tak syari'e, Islam Liberal dan Plural, dan
bermacam2 benda thaghit yang lain. Gantikan
dengan methodologi Islam.

Sentiasalah lintaskan di dalam hati kita untuk
berjihad dan syahid di jalan Allah, dengan
kesesuaian tempat kita. Elakkan perselisihan2
kecil tentang mazhab-mazhab berempat, aliran
salafi wahabiyy, syiah sunni ... dan bersatulah
atas nama Islam yang sebenar, yang jelas dp Al-
Quran dan As-Sunnah.

Thursday, August 03, 2006

Kebebasan Blogger

sudah lama rasanya tidak menulis perkara-perkara yang serius seperti posting khabarku. terlalu banyak isu rasanya nak diluahkan, nak dikongsi dan disampaikan ilmu yang berkenaan namun, kekangan masa tidak mengizinkan. Benar barangkali kata-kata Asy-Syahid Imam Hassan al-Banna dalam 10 Wasiatnya, yakni dalam perkara ke-10, tanggungjawab kita adalah lebih banyak daripada masa kita.

Semalam PM Malaysia memberi amaran tentang penyebaran berita-berita yang boleh menggangggu gugat kestabilan politik, ekonomi dan keselamatan negara, si penyebarnya akan ditahan untuk siasatan. ditujukan khusus untuk bloggers, penyedia portal, dll, 'pesan' itu dilihat ada baiknya namun, ianya seperti meludah ke langit. Malaysia melalui pucuk pimpinannya claim bahawa Malaysia negara demokrasi yet the fact is, banyak sangat kekangan untuk kebebasan bersuara.

PM, yang namanya turut naik dalam satu laporan dp sebuah portal web berkenaan Menteri2 Kabinet yang tak bayar saman, memberi amaran ini seolah2 nak menutup malunya. Namun agak lambat sebab sekarang ni banyak sangat berita2 ataupun kandungan2 dp Internet yang mampu menjahanamkan pelbagai aspek kehidupan manusia, bukan mereka semata2.

sekatlah rancangan/kandungan2 yang memfitnah itu ini, gosip sana sini terutamanya dlm insdustri hiburan sebelum nak sekat benda2 yang betul yang dinaikkan oleh rakyat. Jika semua pihak mengambil ajaran Islam sebagai asas pegangan mereka, maka takkan timbul dah soal penapisan berita ni. Apa2 saja yang datang ke dalam telinga, mata atau deria kita akan diselidik dulu dengan teliti, sejajar dengan firman Allah yang mulia dalam surah al-Hujurat ayat 6. akan bersihlah persada maya dp berita2 yang dikatakan mampu mengucar kacirkan kestabilan negara.

Bloggers semua, mana yang mampu teruskanlah menulis. pastikan kalian beretika dan mementingkan kebenaran. (klik)

koleksi khabarku ada kat sini. Tapi kena skrol bawah laa sket...

Tuesday, August 01, 2006

telinga saya

hari tu bila telinga tak dapat dengar jap barulah rasa betapa nikmatnya pendengaran ni...bukannya telinga tu tak leh dengar langsung tp, kurang sgt laa. mula2 kena belah kanan, then bila pergi Pusat Kesihatan UPM (atas nama student... dpt free ubat...) diberinya ubat titik telinga.

titik punya titik maka OK laa telinga kiri... tup tup bila titik telinga kanan lak... tak dengar. mana taknya lps titik terus korek dengan cotton bud, konon nak buang tahi telinga. useless. makin tak dengar ada. sehinggalah dua mggu lps pi Pusat Rawatan Islam az-Zahrah kat bdr baru bangi...klinik panel company, kena laa sedut keluar... dari telinga kiri... guna syringe...bengang rasanya.

bila ditanya dr. apa gunanya cotton buds kalu bukan kita guna utk korek telinga dr. kata mmg tak perlu korek. bahaya korek guna benda alah tu, nanti makin terbenam wax telinga tu, susah lee jadiknya. bersih bhgn2 luar je.

pening jugak...

dulu baca komik. ada satu watak tu dia buta. katanya orang yang buta lebih kuat mencurigai. orang yang pakai spek tebal ...? orang buta ada telinga je utk kesan apa di sekeliling. org yang kurang deria ni rasa curiga dia lebih sket kot...ya ke? wallahua'lam...

pengajaran untuik pembaca

# jangan la guna cotton buds korek telinga dlm2. nanti cdera gegendang atau tersumbat telinga pyh jadiknya
# ubat titik telinga untuk lembutkan wax hanya kita blh guna tak lebih dp seminggu. bila lebih dp tak leh dah pakai. nanti dlm telinga problem (bengkak, ada infection...berbeza mengikut orang)
# bersyukurlah dengan nikmat yang ada
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...