Friday, May 19, 2006

personal evaluation and assessment

[antara bingkisan yg akan sahabat terima nanti, not fully inserted here....]

Beberapa perkara yang blh dikongsi dr buku teks ‘The New Era of Management’ – teks MGM2111 sesi kedua 2005/2006 – yang blh dibawak masuk dlm pengurusan:

Penilaian terhadap seseorang

Seringkali kita menilai seseorang tak sepenuhnya, kemudian menghasilkan kptsn yg tdk memuaskan hati kita. Group ataupun personal yang sering menjadi penilaian kita terdiri dp pimpinan2, ahli2 usrah komit, dan yang baru naik. Disenaraikan beberapa masalah assessment ataupun performance evaluation errors yg sering berlaku kpd seorang manager:

1. stereotyping – meletakkan/mengelaskan seseorang berdasarkan hanya satu/beberapa trait karekteristik. E.g kalu Nampak dia laju je wat kije, dengar je tanpa bantah kita terus kata dia wala’ tanpa nilai sifat2 lain jg, atau yg dah senior mmg payah nak wat kije dgn mereka sbb mereka senior..

2. halo effect – bila kita berikan rating yg sama untuk semua dimensi w/pun kita tau dia OK dlm satu dimensi dan x OK dalam dimensi yang lain. Dimensi di sini mungkin kemahiran bermuamalat, kecekapan wat kije lps terima arahan, tdk liat dsb. Penyelesaian : kita kena nilai seboleh mungkin semua ahli dgn semua perkara, lagi byk kita tau lg tak silap penilaian kita.

3. projection – kecenderungan utk lihat perangai tersendiri seseorang tu ada dlm individu tertentu. E.g eh, dia ada kakak, oo akak dia mesti sama dgn si adik ni ….bla bla bla kita bg sifat dia, ataupun alah kat situ dulu dia mantan pimpinan dan pimpinan kat mana2 pasti akan act sbg pimpinan… atau dulu dia a-k dan skrg dia ni pulak a-k dan semua a-k adalah sama yakni ….bla bla bla kita bg sifat dia. Penyelesaian : well-awareness and sympathy. Jangan mudah melabelkan. Aware sket dgn diri seseorang tu.

4. perceptual defense – kecenderungan perceiver (apa makna dia nih …) utk melindungi diri mereka dengan sentiasa mengelakkan atau menjauhkan diri dr sebarang idea, objek, atau orang yang boleh mengancam mereka. Mereka benci utk deal with conflict. Penyelesaian : kita kena tau apa yang menyebabkan kita terancam, dan kita bersedia utk menghadapinya, dan dgn ini kita akan tau bagaimana sebenarnya reality hidup ni.

w/pun ni teori barat, apa yg benar boleh kita amik. Amik laa MGM sbg elektif (bg yg tak wajib amik) dan apply apa yg kita belajar dlm kelas tu...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...