Friday, May 19, 2006

personal evaluation and assessment

[antara bingkisan yg akan sahabat terima nanti, not fully inserted here....]

Beberapa perkara yang blh dikongsi dr buku teks ‘The New Era of Management’ – teks MGM2111 sesi kedua 2005/2006 – yang blh dibawak masuk dlm pengurusan:

Penilaian terhadap seseorang

Seringkali kita menilai seseorang tak sepenuhnya, kemudian menghasilkan kptsn yg tdk memuaskan hati kita. Group ataupun personal yang sering menjadi penilaian kita terdiri dp pimpinan2, ahli2 usrah komit, dan yang baru naik. Disenaraikan beberapa masalah assessment ataupun performance evaluation errors yg sering berlaku kpd seorang manager:

1. stereotyping – meletakkan/mengelaskan seseorang berdasarkan hanya satu/beberapa trait karekteristik. E.g kalu Nampak dia laju je wat kije, dengar je tanpa bantah kita terus kata dia wala’ tanpa nilai sifat2 lain jg, atau yg dah senior mmg payah nak wat kije dgn mereka sbb mereka senior..

2. halo effect – bila kita berikan rating yg sama untuk semua dimensi w/pun kita tau dia OK dlm satu dimensi dan x OK dalam dimensi yang lain. Dimensi di sini mungkin kemahiran bermuamalat, kecekapan wat kije lps terima arahan, tdk liat dsb. Penyelesaian : kita kena nilai seboleh mungkin semua ahli dgn semua perkara, lagi byk kita tau lg tak silap penilaian kita.

3. projection – kecenderungan utk lihat perangai tersendiri seseorang tu ada dlm individu tertentu. E.g eh, dia ada kakak, oo akak dia mesti sama dgn si adik ni ….bla bla bla kita bg sifat dia, ataupun alah kat situ dulu dia mantan pimpinan dan pimpinan kat mana2 pasti akan act sbg pimpinan… atau dulu dia a-k dan skrg dia ni pulak a-k dan semua a-k adalah sama yakni ….bla bla bla kita bg sifat dia. Penyelesaian : well-awareness and sympathy. Jangan mudah melabelkan. Aware sket dgn diri seseorang tu.

4. perceptual defense – kecenderungan perceiver (apa makna dia nih …) utk melindungi diri mereka dengan sentiasa mengelakkan atau menjauhkan diri dr sebarang idea, objek, atau orang yang boleh mengancam mereka. Mereka benci utk deal with conflict. Penyelesaian : kita kena tau apa yang menyebabkan kita terancam, dan kita bersedia utk menghadapinya, dan dgn ini kita akan tau bagaimana sebenarnya reality hidup ni.

w/pun ni teori barat, apa yg benar boleh kita amik. Amik laa MGM sbg elektif (bg yg tak wajib amik) dan apply apa yg kita belajar dlm kelas tu...

SWOT

[antara bingkisan yg akan sahabat terima nanti, not fully inserted here....]

Beberapa perkara yang blh dikongsi dr buku teks ‘The New Era of Management’ – teks MGM2111 sesi kedua 2005/2006 – yang blh dibawak masuk dlm pengurusan:

SWOT

Dalam menentukan objektif perlulah dipastikan objektif yang hendak dicapai mempunyai criteria yang berikut:
1. spesifik dan blh diukur
2. cover key result area
3. challenging but realistic
4. defined time period
5. linked to rewards

tak tau nak 'tajukkan' apa

musim cuti sekolah yang akan datang serta beberapa minggu terdekat ni akan menyaksikan beberapa pasangan yag amat familiar dgn diri ini akan diijabkabulkan. Diri ini berdoa semoga Allah SWT melimpahkan rahmat dan kurnianya kpd shbt2 berkenaan (atau kpd siblings shbt2 ana yg berkenaan sbb bukan semua yg ana directly kenal...)

semoga panjang umur murah rezeki serta dapat sebuah rumahtangga dan zuriat penerus kelangsungan perjuangan yang qurrah a'yun. amin.
tahniah kpd kak muni and zaujiha, kak usu dan zaujiha, abe 'aidah, adik abe hamka dll...

Wednesday, May 03, 2006

Mesyuarat Agung PMIUPM

Apabila semua persatuan berdaftar di UPM diarahkan supaya mendaftarkan mesyuarat agong tahunan mereka pada akhir tahun lepas, kebanyakan persatuan mendapat kelulusan untuk melaksanakan mesyuarat mereka. Namun agak mengejutkan apabila kesemua tiga persatuan yang Islamik (sesuaikah istilah ini?) di UPM iaitu Kelab Nahwan Nur, Kelab Bimbingan Mahasiswa dan PMIUPM dinafikan hak mereka untuk menjalankan mesyuarat agung tahunan walaupun mereka melengkapkan prosedur pendaftaran yang ditetapkan. Keputusan yang diambil oleh Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa UPM (BHEM UPM) seakan suatu isyarat untuk menghapuskan terus semua persatuan yang bercorak Islamik di UPM. Ini kerana, saban tahun, sesuatu persatuan itu akan dikira sah pendaftaran mereka (juga, adakah sesuai...?) jika mereka melaksanakan mesyuarat agung tahunan mereka. Kegagalam melaksanakan mesyuarat agung di kampus bagi persatuan berdaftar akan membatalkan kesahan dan pendaftaran mereka.

Perancangan jahat BHEM UPM dilihat agak keterlaluan apabila mereka cuba mempengaruhi pelajar-pelajar di setiap kolej kediaman untuk memporak perandakan mesyuarat agung PMIUPM. Dengan melakukan tour dari kolej ke kolej sekitar bulan Januari dan Februari yang lalu, mereka cuba memaksa relakan pelajar-pelajar kolej untuk menukar pimpinan PMIUPM dengan penyertaan pelajar-pelajar berkenaan dalam proses pengundian untuk menentukan jawatan dalam PMIUPM. Kebanyakan pelajar yang dipilih adalah hasil usaha pimpinan pelajar kolej yang memang suka mengampu TNC HEP.

Penulis, yang juga ahli Silat Seni Gayong Malaysia UPM melihat proses pengundian yang berbeza dalam persatuan silat penulis dan jugaproses pengundian yang akan dijalankan oleh BHEM UPM dalam mesyuarat PMIUPM. Dengan sasaran untuk meletakkan calon-calon yang dikira dapat membawa aspirasi mereka melumpuhkan PMIUPM, BHEM UPM dilihat amat terdesak sehingga pemimpin tertingginya yakni TNC HEP (sekarang TNC HEP&A) turun padang menerangkan dakyah mereka secara terperinci. Yang amat membakar hati, penasihat PMIUPM turut sama dengan team TNC HEP dalam usaha menyampaikan perancangan jahat mereka. Apakah sihat atau tidak sihat penasihat PMIUPM ini? Proses pengundian dalam mesyuarat agung tahunan yang lain memperlihatkan beberapa kelemahan seperti mengundi kerana kawan, kerana arahan senior, mengundi untuk 'melepas diri' dari tanggung jawab, mengundi kerana dipaksa oleh pihak-pihak yang berautoriti dan sebagainya. Bagi PMIUPM, proses syura yang berkembang subur sejak sekian lama memberi kelebihan dari sudut perlantikan saf pimpinan yang berwibawa, dipercayai, dan berkomitmen tinggi.

Namun perancangan itu dilihat berlalu seperti kapas ditiup angin apabila seorang demi seorang pelajar yang dipilih mendedahkan betapa muaknya dan betapa mualnya mereka dengan perancangan jahat PMIUPM. BHEM UPM seakan kelu apabila mereka membatalkan beberapa tarikh mesyuarat yang telah dicadangkan untuk PMIUPM oleh mereka sendiri. Hasil perancangan BHEM UPM menyaksikan PMIUPM tidak ada kuasa untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti dakwah mereka. Kesan yang berpunca dari penggantungan mesyuarat agung ini ialah berleluasanya maksiat di kolej kediaman, dan meningkatnya kes-kes murtad di UPM. Kemuncak kes murtad ini apabila seorang pelajar siswi KC bertindak mengakui ket'tidak Islamannya' selepas teman lelakinya yang beragama Kristian meninggal dunia dalam satu kemalangan. Peristiwa ini berlaku pada akhir bulan Mac yang lepas. TNC HEP hanya mengambil sikap sambil lewa apabila disuruh menghantar siswi berkenaan ke pusat perubatan Islam sewaktu siswi ini meracau di kolejnya. Racauan itu dipercayai amat berhubun kait dengan perhubunganan pelajar tersebut dengan teman lelakinya sebelum ini.

Bagaimana kes-kes seperti ini dapat dicegah andai PMIUPM tidak diberikan (lebih tepat sengaja menafikan) kuasa mereka? Sekalung tahniah kepada segelintir ahli PMIUPM yang memberi komitmen untuk mengkhususkan diri mereka berhadapan dengan kes-kes seperti ini.

Kita amat bersyukur dan berterima kasih kerana mesyuarat agung PMIUPM akhirnya dapat dijalankan pada Ahad, 7 Mei ini. Selepas Kelab Nahwan Nur berjaya melaksanakan agenda mesyuarat mereka pada awal April yang lepas, BHEM memberikan kebenaran kepada pimpinan PMIUPM pada Isnin lepas (1 Mei) untuk melaksanakan mesyuarat agung tahunan mereka. Mungkin mereka masih belum puas untuk memperkotak katikkan pelajar yang pernah mereka pilih dahulu.

Soalnya, siapakah yang akan menghadiri mesyuarat tersebut di kala waktu peperiksaan akhir sudah pun tamat? Berapa keratkah pelajar yang bersedia untuk hadir dalam mesyuarat agung yang berkenaan? Atau BHEM akan menangguh sekali lagi tarikh mesyuarat agung ini?

Penulis ingin menjemput sesiapa sahaja yang berkelapangan untuk hadir ke mesyuarat agung tahunan PMIUPM anjuran dan hasil perancangan BHEM UPM pada hari Ahad 7 Mei ini di Gazebo UPM (pejabat Mahasiswa Luar Kampus UPM).

Muhammad Azri al-Buti.
~ membangun bersama Islam

~http://tgkuazri.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...