Sunday, March 12, 2006

Bentuk badan dikira aurat

AURAT diambil daripada perkataan Arab ‘Aurah’ yang bererti keaiban manakala dalam istilah feqah, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.

Perintah menutup aurat sebagaimana firman Allah bermaksud: “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan orang-orang jahiliyah zaman dulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatlah kamu kepada Allah dan rasulnya. Sesungguhnya Allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara yang mencemarkan dari kamu wahai ‘Ahlu Bai’, dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).” (Surah al-Ahzab, ayat 33) Ayat itu menerangkan hukum menutup aurat adalah wajib sepertimana wajibnya mengerjakan sembahyang, berzakat dan memenuhi perintah Allah yang lain.Malah, menutup aurat juga mengelakkan wanita Islam daripada fitnah selain memudahkan mereka untuk dikenali.Firman Allah bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isterimu, anak perempuanmu, dan perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59) .

Dalam membicarakan soal pakaian wanita, Islam tidak menetapkan fesyen pakaian atau warna tertentu tetapi wanita Islam perlu mengikut garis panduan syarak antaranya:

  • Pakaian itu hendaklah menutup aurat
  • Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa Rasulullah SAW telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang bernama Dahiyah Al-Albi dan Rasulullah menghadiahkan kain itu kepada beliau (Usamah bin Zaid) untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.Suatu hari Rasulullah SAW bertanyakan Usamah: “Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?” Usamah menjawab: “Saya telah berikan kepada isteri saya.” Lalu Rasulullah bersabda kepada Usamah: “Suruhlah isterimu mengalaskan kain itu dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu).”
  • Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.Selain itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain itu boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita.
  • Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.
  • Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa juga wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina.”
  • Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.Memakai pakaian menutup aurat, menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekali gus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan lelaki terhadap wanita.

Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam akan mendapat keredaan Allah SWT, dipandang dengan penuh rasa hormat serta diberi penghormatan tinggi bersesuaian sifat mereka yang pemalu dan bersopan-santun.

Cara berpakaian gambarkan peribadi muslimah

JANGAN menilai seseorang melalui penampilan luarannya saja. Alah... bukan semua yang pakai tudung itu hatinya baik. Lagipun, mana ada garis panduan atau fesyen khusus mengenai cara berpakaian untuk wanita Islam?

Pensyarah di Fakulti Bahasa al-Quran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Mohd Zawawi Yusoh, berkata isu cara berpakaian wanita mengikut perspektif Islam sebenarnya sudah selesai.


Beliau berkata, jika isu itu dipertikaikan atau dibangkitkan, ia perlu melihat kepada motifnya sama ada ia dibincangkan dengan tujuan ingin tahu atau sekadar hendak memperlekehkan.“Islam kata nak pakai apa pun, pakailah tetapi perlu menutup aurat. Perkara ini sudah selesai kerana ia jelas. Sekarang ini sama ada hendak ikut atau tidak.“Jika yang bertanya bukan Islam, kita boleh terima kerana mereka tidak kenal Islam, maka mereka tidak tahu. Jika orang Islam sendiri yang mempersoalkannya, boleh jadi mereka kurang Islam,” katanya.Mohd Zawawi berkata, keistimewaan Islam sebagai cara hidup menyediakan panduan kepada umatnya termasuk menggariskan etika berpakaian dan ini tidak dimiliki agama lain.

Katanya, Islam menyediakan adab yang sesuai merangkumi kehidupan harian seperti adab makan, cara berpakaian, bekerja, berniaga dan semua yang berkaitan dengan keperluan manusia.Oleh itu katanya, dalam memperkatakan mengenai fesyen sesuai untuk wanita Islam, antara soalan yang perlu dijawab ketika memilih pakaian ialah tujuannya sama ada untuk menutup aurat atau ingin bergaya.“Mempersoalkan isu aurat dan fesyen pakaian wanita Islam ini juga jangan ada maksud yang tersirat. Perjuangan itu perlu mengikut syariat kerana kita tidak mahu dijadikan alat untuk memanjangkan lidah orang kafir.“Jangan nak perjuangkan hak wanita, pinjam idea Barat kerana Barat tidak pernah beri hak kepada wanita. Ikut cara Barat, mereka minta hak dari manusia. Hak wanita dalam Islam diberi oleh Allah,” katanya.

Beliau berkata, sebaiknya isu fesyen pakaian wanita Islam dijuruskan kepada perkara lebih besar dan memberi manfaat seperti mengambil peluang itu untuk membuka perniagaan berasaskan fesyen busana untuk Muslimah.Katanya, Islam bukan saja menyuruh umatnya menutup aurat tetapi juga memikirkan cara bagaimana suruhan itu dapat dilaksanakan. “Islam kata tutup aurat, mana bajunya. Kita fikirlah fesyen pakaian macam mana yang menutup aurat. Islam bukan suruh sediakan bajunya jika mampu, kuasai pasaran menyediakan pakaian menutup aurat.“Itu sepatutnya yang kita fikirkan bukan mempersoalkan mana dia garis panduan fesyen wanita Islam. Lagi satu, martabatkan wanita yang menutup aurat. Ini tidak, wanita pakai tudung kita gambarkan suka mengumpat, buat fitnah,” katanya.

kesian la kat org laki2

pada suatu ketika dalam kelas bahasa arab khamis 09/03 dkt dkap a1-04, ustazah dok cite ketika sume org nampak cam mengantuk je.....

suatu hari dia dgn suaminya keluar makan kat suatu gerai kat mana ntah dia x bgtau. then masa mereka duk tgh tggu order tu dia (ustazah) lihat ada sorang pak cik berkopiah dudk tgh makan. tup-tup tiba-tiba ada laa budak2 pempuan yg pakaiannya mmg ketat2 tak tutp aurat tp bertudung (mcmna tu mmg dpt digambarkan kot) duduk dpn pak cik tu.
ustazah pon bgtau kat suami dia dia kesian tgk pak cik tu. nak ngelak dp tgk benda2 maksiat ni mmg payah. baru je dialih muka dah ada pemandangan x elok lain yang terpaksa dilihat...

moralnya di sini, kat mana2 kita tgk gejala pendedahan aurat berlaku dan majoriti yg spoil nye ialah remaja melayu muslimah. mengapa? mendedahkan aurat ni haram hukumnya. tak kesian ke kat org2 lelaki ni? mereka cuba menutup pndangan menundukkan pandangan tapi tak jugak2 dpt2 sebab kat mana2 berlakunya pendedahan aurat ni. janganlah berpakaian yang tak senonoh, selain dp kita menyumbangkan dosa, 'saham' dosa org lain pon akan dapat kat kita jugak. mahukah kita dgn pakaian kita bertambah2 dosa kita? tentu tak nak kan?

yang pakai leklok tu menutup aurat tu alhamdulillah la. pastikan istiqamah.

semalam kluar pasal artikel berpakaian kat dalam berita harian (Sabtu, 11/03). apa yg tak berapa berkenan nye, model2 ttu tak juga setel2 tutup aurat. artikel cite pasal aurat tp ntahlah...

link kat bwh ni pasal artikel tu.

* artikel 1

* artikel 2

* artikel 3

Thursday, March 09, 2006

Petua ‘Mengubati’ Pergaduhan

Petua 'Mengubati' Pergaduhan
(altered from original article in Majalah I, March 2006 pg. 48-49)

Pergaduhan biasa terjadi bila pihak yang terlibat tidak menggunakan
teknik yang betul untuk berdamai. Walaupun artikel asal mengaitkannya
dengan situasi konflik suami-isteri, namun ubah suai ini dirasakan
turut relevan untuk dijadikan pedoman dan panduan. Rujukan utama
adalah masih pada artikel asal yang merujuk kepada Komunikasi Intim
oleh Abdullah Hassan dan Ainon Abdullah.

1. Jangan merajuk
Apabila bergaduh jangan suka merajuk. Merajuk tidak berguna sama
sekali untuk menyelesaikan masalah. Malah ia boleh memburukkan lagi
masalah yang ada.

2. Jangan menghukum
Hukuman tidak mungkin menyelesaikan sebarang masalah. Hukuman juga
tidak menolong proses berdamai. Malah hukuman akan lebih
mempercepatkan proses rosaknya hubungan. Kalau benar masih ada niat
mahu berdamai jangan tergesa-gesa menghukum.

3. Jangan berdusta
Jika kedua-dua pihak bertelagah menunjukkan reaksi positif untuk
berdamai, janganlah salah satu pihak berpura-pura enggan, atau benci,
atau jual mahal. Perbuatan ini berisiko, kerana mungkin pihak satu
lagi menyangka perdamaian tidak akan dibuat. Ini, jika terjadi, akan
membantutkan terus usaha berdamai.

4. Jangan mencari salah
Jika mahu berdamai, hentikan tabiat suka mencari salah orang. Mencari
salah termasuklah mencari segala kelemahan dan kekurangan serta
menuduh pihak lain silap. Mencari salah tidak mungkin membawa kepada
penyelesaian.

5. Hentikan bahasa negatif
Dua jenis bahasa negatif yang sering digunakan apabila bergaduh ialah
bahasa tuduhan dan bahasa celaan. Kalau mahu berdamai hentikanlah
menggunakan bahasa-bahasa yang negatif. Tukarlah bahasa yang negatif
kepada bahasa yang positif untuk memudahkan perdamaian. Pujian,
penghargaan dan sanjungan adalah antara contoh yang paling sesuai.

6. Bercakaplah tentang hari ini dan esok
Setelah berdamai, janganlah membangkitkan yang sudah-sudah. Terus
fokus kepada perkara yang berlaku sekarang dan akan datang. Jangan
pandang ke belakang melainkan untuk mengelakkan kesilapan silam
berulang kembali. Jangan sentuh apa yang sudah terjadi, sebaliknya
bercakap tentang apa yang hendak dibuat. Buangkan perkataan "dahulu"
dan "semalam" daripada kata-kata anda. Kedua-dua perkataan itu sangat
berbahaya, kerana tiada siapa yang boleh menyelesaikan "dahulu" dan
"semalam".

7. Senyum semula
Dalam sebuah kajian, antara perkara yang banyak disebut oleh lelaki
terhadap bekas-bekas isteri mereka ialah bahawa isteri mereka tidak
senyum lagi. Jadi senyumlah, walaupun susah, kerana senyuman ialah
cara yang paling mujarab untuk berdamai semula.

8. Mulakan berdamai
Biasa terjadi, konflik yang berlaku ini berlarutan beberapa lama
kerana masing-masing tidak mahu memulakan proses berdamai. Walaupun
masing-masing mungkin mahu beramai, tetapi masing-masing takut risiko
jika dia yang memulakannya. Mana tahu pihak lain tidak mahu berdamai?
Jangan menunggu, tunjukkan bukti yang kita bersungguh-sungguh mahu
berdamai dengan memulakannya terlebih dahulu. Andai kata orang itu
menolak usaha kita, sekurang-kurangnya kita tidak akan rasa bersalah
sangat kerana tidak memulakan usaha berdamai itu.

9. Kenal pasti punca masalah
Masalah ialah punca konflik yang utama. Selagi punca masalah itu tidak
dikenal pasti dengan tepat dan diatasi, selagi itu konflik yang sama
akan berulang.

10. Kenal pasti perubahan
Terangkan dengan bahasa yang tepat perubahan yang macam mana yang kita
mahukan. Oleh kerana biasanya konflik berpunca daripada tingkah laku
yang tidak dipersetujui, maka cara berdamai ialah dengan mengubah
tingkah laku itu. Ramai orang apabila mereka mahu pihak yang berkrisis
dengan mereka berubah, mereka bercakap secara am dan kabur. Mereka
menggunakan perkataan-perkataan yang mempunyai banyak makna. Ini
menyebabkan pihak yang satu lagi tidak faham dengan jelas tingkah laku
yang mana satu yang perlu diubahnya.

Penutup artikel ini amat menarik.
Kebolehan mencari gaduh dan berkonflik dengan pasangan sendiri (atau
dengan pihak-pihak lain – pen.) tidak perlu dipelajari. Semua orang
memiliki kebolehan itu sebagaimana semua manusia mempunyai kebolehan
berlari. Tetapi kebolehan hidup dalam perasaan seronok, gembira dan
bahagia dengan pasangan perlu dipelajari sebagaimana manusia perlu
belajar berlari menggunakan teknik-teknik yang betul.

Wednesday, March 01, 2006

NiLai TuDung WaNiTa... (cited from egroup PMIUSM)

NiLai TuDung WaNiTa...

Di sini ingin disentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki. Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian. Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

buat mereka yang bakal grad la kot...

sekadar beberapa cadangan dari diri ni buat mereka2 yang dh nak masuk berkecimpung di alam b'masyarakat...ini kerana masyarakat perlu didekati. masyarakat sasaran dakwah kita. mungkn cdangan2 nmpak stereotaip dan mungkin terlalu optimistik... seakan tidak berpijak di atas pijakan bumi yang nyata. namun atas dasar pengalaman dan ilmu yg diperolehi wajar rasanya dikongsi sedikit sebanyak...mcm mana nak masuk dengan masyarakat. benda2 basic xnak dibgtau kat sini sebb rasanya semua mcm dah terer. bab2 agama mmg tak de masalah sgt di kalangan ahli2 gerakan Islam ni secara pukul ratanya.

  • imej & penampilan. be smart & be profesional. kalu masuk mtg, gunakan skil pengurusn yg kita ada. cara handle mtg, cara analisis, SWOT, MBO, muhasabah dsb.
  • elok juga kalu sesiapa yang blh masuk ke dalam masyarakat dengan riadah dan rekreasi. tahu main something mcm bola atau silat atau badminton... di samping tahu isu2 semasa berkaitan bidang sukan berkenaan. tunjukkn cth sebaiknya masa beriadah e.g tutup aurat, jaha batas pergaulan laki& pempuan, hormati azan bila dilaungkan.
  • kalu pndai baiki kenderaan e.g moto/kereta pon bagus jugak. sentiasa menolong orang dgn kelebihan yang kita ada.
  • mungkin kita berkemampuan dari segi kebijaksanaan bolehla mengajar / wat kelas tuisyen free, kalu berkemampuan dr segi ekonomi blh support mana2 yang berkenaan.
  • skil mcm boleh bw majlis selawat, boleh bw majlis bacaan yasin & tahlil arwah, conduct berzanji, boleh jadik imam, dan bg sedikit pengisian... elok juga. kalu pandai masak, pandai menjahit itu pun banyak membantu memesrakan kita dengan masyarakat sekellilng. mungkin mereka yang berkemahiran merawat gangguan makhluk halus mampu menarik lebih ramai masyarakat kepada mereka. cuma jgn sekali2 salah guna kemahiran yang ada ni di jalan yg salah.
  • pandai menolak bila tdk mampu & tidak berkelapangan utk sesuatu perkara/tugas. org rasa senang nak mintak lagi dengan kita. memberi peluang kepada masyarakat merasa khidmat kita.
  • mungkin utk awal2 berkecimpung dalam masyarakat tak perlulah kita tonjolkan ke'Pas'an kita. be natural at first. tp jgn lupa matlamat kita. kita tak selamanya mesti sembunyikan fikrah kita.
  • banyak2 berdoa semoga dimudahkan Allah. urusan kita sendiri mahu pun urusan masyarakat sekeliling kita.

dunia ni banyak pilihan....

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

bertemu lagi kita.

pesan seorang pak cik yang jaga gerai 'Nasi Padang' kat kafe k12 UPM kat diri ini sewaktu gi beli makanan kat stall dia...

lebih kurang katanya...

'dunia ni tak perlu kita runsing. yang kita kena runsing sangat2 ialah lepas dunia seksok nun. di dunia ni kita banyak sangat pilihan. tokleh hok tu kita ada hok ni, tokleh hok ni kita ada hok lain pulak ... tapi lps dunia ni ada dua je pilihan. tok hok 'tu' hok so lagi laa pilihan kita. beringatlah... dua jah pilihan kita seksok nun...'

lps dgr dia kata tu diri ni mengangguk je laa plus mengiyakan kata2 nasihat dia tu.
pok cik ni baguh. kadang2 tu dia yg start bagi salam kat kita dulu kalu gi kat stall dia. selalu juga bersembang bual dengan dia ni...pok cik tu oghe tganu (ataupon org tganu kata tranung...)... pndai2 cakap kita blh sembang pasal politik dengan dia....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...