Friday, February 24, 2006

AKHLAK DAN DISIPLIN DI DALAM HARAKAH ISLAMIAH

Oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Muqaddimah

Kemantapan sebuah Harakah Islamiah berhubung erat dengan keteguhan aqidah atau prinsip perjuangannya dan keteguhan pegangan ahlinya di semua peringkat terhad apaqidah dan prinsip itu sehingga membuahkan wala’ dan melengkapkan diri dengan akhlak dan disiplinnya.

Perlu difahami bahawa tidak memadai sekadar hanya berdiri di atas dasar dan prinsip yang sebenarnya tanpa membina peribadi dengan akhlak berjamaah, oleh itu di bawah ini dikemukakan beberapa perkara yang menjadi sifat-sifat yang mesti dipunyai oleh pejuang-pejuang Islam untuk dijadikan perbincangan dan muhasabah kepada diri kita sendiri.

Akhlak Berjamaah

Supaya perjuangan kita diterima, direstui oleh Allah SWT dan mendapat pertolongan daripada-Nya, maka kita mestilah melengkapkan diri dengan sifat-sifat berikut:

Ikhlas
Pejuang Islam mestilah ikhlas dengan mempunyai niat yang sebenar kerana Allah, menuntut keredhaan-Nya dengan menegakkan agama-Nya sehingga didaulatkan. Abu Musa Al Ashaari menceritakan: Seorang Arab Badwi datang menemui Rasullah, dia berkata: “Orang yang berperang kerana mahukan harta rampasan, orang berperang kerana mahu disebut orang, berperang kerana riya’, maka siapakah yang dikira berperang pada jalan Allah? Sabda Rasulullah: Sesiapa yang berperang supaya ‘kalimatullah’ itu menjadi tinggi, maka dialah yang berperang di jalan Allah.” Ini bermaksud perjuangan menegakkan Islam menurut situasi dan keadaan samada melalui pilihan raya sehinggalah berperang di negeri, tidak ada cara lain daripada mestilah dengan niat yang ikhlas. Firman Allah, maksudnya: “Dan tidaklah diperintah kepada mereka melainkan mereka mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan perintah agama dengan lurus.” (al-Bayyinah ayat 5). Apabila mengikhlas niat kerana Allah semata-mata maka mestilah membersihkan hati dari sifat-sifat yang merosakkan niat seperti riya’, ujub dan sum’ah.


Istiqamah
Mestilah berterusan di atas prinsip perjuangan dan beramal dengan segala tuntutannya dengan tidak berpaling dan cenderung ke arah yang lain, hanyut bersama arus, jauh sekali daripada melompat dan menyeleweng daripada perjuangan. Allah berfirman kepada Musa dan Harun yang menghadapi Firaun dalam menegakkan Islam di zamannya yang bermaksud: “Maka kamu mestilah istiqamah dan janganlah kamu mengikut orang-orang yang tidak tahu”. (Yunus : 189)Apabila Abu Sufian bin Abdullah berkata kepada Rasulullah saw: “Katakan kepada saya dengan kata-kata yang jelas sehingga saya tidak perlu lagi bertanya seseorang yang lain darimu. Sabda Rasulullah: Katakanlah aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah beristiqamah.” Para rasul dan sahabat adalah orang yang paling istiqamah, tetapi mereka diperintah juga supaya beristiqamah. Ini menunjukkan bahawa sifat istiqamah sangat penting dan mestilah berterusan, kerana ia adalah tonggak dan cara untuk mendapat pertolongan Allah, bahkan orang yang tidak istiqamah amalannya sia-sia. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tiga perkara yang tidak memberi manfaat olehnya bersama sebarang amalan, iaitu menyekutukan Allah, menderhaka kepada kedua ibu bapa dan lari dari medan perjuangan.”

Taat
Ketaatan lahir daripada sikap percaya-mempercayai di antara pemimpin dan pengikut, apabila pemimpin mempunyai keikhlasan dan menyatakan perngorbanan yang sebenar dan memberi perhatian kepada perjuangan dan pengikut-pengikutnya. Ketaatan itu mestilah dalam semua keadaan, di masa senang dan susah, di masa lapang dan susah, di masa lapang dan sempit dalam perkara yang tidak maksiat. Firman Allah, maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, taatlah kamu akan Allah, taatlah kamu akan Rasul dan Ulil Amri (pemimpin di kalangan kamu).” (an-Nisa : 59). Rasulullah telah meneguhkan sifat ketaatan kepada para sahabatnya dengan melakukan bai’ah di antara Baitul‘ Aqabah yang terkenal sebelum melakukan hijrah. Di dalam Bai’ah itu Rasulullah bersabda: “Berbai’ahlah kepadaku di atas kewajipan taat di masa cergas dan di masa malas, sanggup berbelanja di masa susah dan senang, menjalankan kewajipan menyuruh yang baik dan mencegah dari kemungkaran, bangun menyatakan agama Allah tanpa terjejas walaupun dicela, sanggup menolong aku apabila aku tiba kepada kamu dan sanggup mempertahankan aku.”

Ketaatan Yang Dituntut

a) Ketaatan itu membawa kepada menunaikan tugas mengikut arahan kepimpinan dan tidak bertindak sendiri tanpa pengetahuan sehingga menjadi kelam-kabut yang boleh menimbulkan adanya kumpulan dalam jamaah atau parti yang mempunyai perancangan yang berbeza dan strategi yang berlainan yang boleh membawa perpecahan dan wujudnya kumpulan atau jamaah dalam parti.
b) Ketaatan itu membawa kepada penyelarasan yang baik di kalangan seluruh anggota dan sayap parti atau jamaah dan melaksanakan amal jamaie yang tidak boleh dijelaskan oleh pandangan individu yang berbeza lalu mengikut selera masing-masing sehingga jentera parti bercelaru dan tidak selaras antara satu sama lain.
c) Ketaatan juga dapat mengimbangkan di antara sikap yang berbagai-bagai di dalam parti, kerana ada orang yang terlalu ke depan (advance), ada orang yang terlalu lambat dan ada yang sederhana.

Wala’
Kita melihat betapa kumpulan yang tidak Islam mengalami kelemahan dan kepupusan termasuk yang pernah memerintah negara besar, begitu juga dengan pertubuhan yang meletakkan nama Islam tetapi tidak mengambil Islam secara menyeluruh. Oleh itu maka penekanan yang perlu diberi perhatian ialah peningkatan wala’ dan disiplin dalam jamaah yang dapat memelihara ketaatan dan perjalanan secara istiqamah. Firman Allah, maksudnya: “Sesungguhnya wali kamu ialah Allah, rasulNya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka itu sentiasa ruku’”(al Maidah : 55).

Wala’ dan hubungannya dengan Harakah Islamiah (PAS)
Dalam aspek ini perlu dibahagikan wala’ itu kepada beberapa aspek yang perlu diberikan penekanan.

a) Wala’ terhadap aqidah perjuangan
Sesungguhnya wali kamu ialah Allah dan Rasul-Nya. Wala’ dalam aspek ini berkait erat dengan ketaatan secara mutlak kepada Allah dan RasulNya, wajiblah beriman bahawa tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah dengan segala sifat ketuhanan yang Maha Suci dan juga beriman kepada rasul yang wajib dengan sifat-sifat kerasulannya.Terkandung di dalam mafhum ketaatan dan wala’ kepada Allah dan rasul secara mutlak kepada Al Quran dan AlHadith yang menjadi rukun dan hukum tertinggi bagi Harakah Islamiah, dan dalam konteks kita di Malaysiaini ialah Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

b) Wala’ kepada Jamaah
Menurut rukun dan hukum berjamaah, haram kepada ahli yang telah memberi bai’ah kepada jamaah tiba-tiba memberi wala’ kepada kumpulan lain samada yang jelas menentang Islam atau kumpulan yang bernama Islam. Ini bercanggah dengan akhlak berjamaah dan merosakkan perpaduan jamaah, strategi dan jenteranya. Adapun wala’ kepada jamaah itu bergantung kepada wala’ jamaah terhadap aqidah perjuangan yang sebenar danmenjadi kewajipan kepada ahli mempertahankannyadaripada menyeleweng.

c) Wala’ kepada pemimpin
Kepimpinan di semua peringkat merupakan salah satudaripada tonggak yang penting kepada jentera danperjalanan jamaah. Oleh yang demikian wala’ kepada kepada kepada pemimpin dalam pengertian kasih dan taat mestilah diberi dengan penuh tanggungjawab. Wala’ ini mesti diberi di semua peringkat pimpinan. Ia juga bergantung kepada perinsip perjuangan parti atau jamaah.

Disiplin

Firman Allah, maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu, kuatkanlah kesabaran kamu dan tetap bersedia dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”(ali Imran : 200) Perkara yang ditakrifkan dengan disiplin ialah sebagaiman berikut:

1. Tatatertib dan kelakuan diri
2. Peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik
3. Kepatuhan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan
4. Hukuman atau denda kerana melanggar peraturan

Harakah Islamiah (PAS) telah menetapkan perkara-perkara ini secara menetapkannya di dalam perlembagaan parti secara tegas. Di antaranya ialah menetapkan perkara yang dinamakan tatatertib:

1. Taat kepada hukum-hukum dan ajaran Islam yang menjadi dasar jamaah
2. Patuh kepada perlembagaan parti serta aturan dan peraturannya
3. Taat kepada arahan dan perintah jamaah
4. Melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh jamaah sedaya upaya yang boleh
5. Menjaga dengan cermat segala rahsia jamaah
6. Beramal dengan akhlak Islam
7. Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan jamaah

Penutup

Akhlak dan disiplin penting bagi setiap ahli demi kebaikan jamaah. Setiap ahli mesti berdisiplin dan melengkapkan diri dengan akhlak Islam bagi meningkatkan kejayaannya kepada sasaran dakwah dan matlamat kerana tindakan individu ahlinya menjadi contoh dan perhatian di samping dapat mewujudkan jentera dalaman yang baik bagi mentadbir segala kegiatannya.

Sunday, February 19, 2006

MU lwn Liverpool: a comment

diri ini sempat menyaksikan sedikit 1st half and full 2nd half match yang berlangsung pada malam semalam. diri ini adalah fan MU, wpun xde laa smpai die hard fan...

ini kata EPL website:

Liverpool followed up their midweek Barclays Premiership triumph over Arsenal with another major scalp when they ended Manchester United's hopes of a cup double.
Peter Crouch’s first-half header was enough to win this fiercely competitive FA Cup fifth round tie, the first time Liverpool have beaten United in the competition for 85 years.
It was manager Rafael Benitez’s first success over Liverpool’s local rivals since he took over at Anfield, and his men held out against a furious late United onslaught, the visitors losing substitute Alan Smith to a broken leg and dislocated ankle in injury time.
SMITH SUFFERS BROKEN LEG
Smith’s left ankle buckled underneath him as he tried to block a shot from a Liverpool free-kick and was clearly in severe pain as he was carried off on a stretcher.
After 18 minutes the home side's constant aerial assault almost saw Liverpool take the lead. Steven Gerrard’s free-kick was met by a Harry Kewell flick that Edwin van der Sar superbly turned away at full stretch.
But from the resulting corner, Liverpool were ahead. Gerrard’s corner was played short to Steve Finnan and when the swirling cross arrived in the box, Crouch rose with a towering header that Van der Sar reached but could only push onto a post before the ball rolled into the net.

boleh tahan jugak laa match semalam w/pun tak byk shot yang dibuat. beberapa peluang MU disia-siakan oleh kelemahan penyudah sek-sek mereka sendiri. semua striker, nistelrooy, rooney, & ronaldo nmpaknya dikawal dgn ketat sekali.

paling kesian kat alan smith laa. masa tu dah nak abih game dah, liverpool dpt 1 freekick lbh kurang 35meter dr goal MU. dia yg lbh kurang 9-10minit masuk ganti darren fletcher kalu tak silap, cuba block free kick tu. akibatnya bola yang laju gile tu kena ankle dia... (semalam aku tgk kena belakang lutut kaki kiri...).. rebah dia, mula2 semua tak perasan. masa tu bola dah smpai kat side Liverpool dah. player MU jerit2 kat pengadil ttg injury smith. mmg tgk smalam pucat biru laa muka si alan smith ni. maka dia diusung keluar laa. coverage penuh pasal cite ni ada kat link yang kale hijau kat atas.

banyak jugak kat kuning yang kuar semalam yg didominasi oleh player Liverpool.

MU dpt byk freekick dlm jarak dkt dgn kotak penalti Liverpool tp, semcm tak tau kenapa semua penyudah tak berapa power la...

OK laa. sebab FA cup ni akan ada 1 lagi match main kat stadium MU, Old Trafford, kita akan tgk bagaimana kesudahannya fight ni.

sekarang kita akan concentrate kpd matches Champion League (Liga Juara-Juara Eropah), match pd 21/2 ni. yg best dan jadi tumpuan, Real Madrid vs Arsenal dan Barcelona vs Chelsea. 1st leg sekitar 21-22/2 & 2nd leg sekitar 7-14/3. Full fixtures below and linked from here:

  • Bayern Munich vs AC Milan Tue 21 Feb 06 19:45
    Benfica vs Liverpool Tue 21 Feb 06 19:45
    PSV vs Lyon Tue 21 Feb 06 19:45
    Real Madrid vs Arsenal Tue 21 Feb 06 19:45
    Ajax vs Inter Milan Wed 22 Feb 06 19:45
    Chelsea vs Barcelona Wed 22 Feb 06 19:45
    Rangers vs Villarreal Wed 22 Feb 06 19:45
    Werder Bremen vs Juventus Wed 22 Feb 06 19:45
    Barcelona vs Chelsea Tue 07 Mar 06 19:45
    Juventus vs Werder Bremen Tue 07 Mar 06 19:45
    Villarreal vs Rangers Tue 07 Mar 06 19:45
    AC Milan vs Bayern Munich Wed 08 Mar 06 19:45
    Arsenal vs Real Madrid Wed 08 Mar 06 19:45
    Liverpool vs Benfica Wed 08 Mar 06 19:45
    Lyon vs PSV Wed 08 Mar 06 19:45
    Inter Milan vs Ajax Tue 14 Mar 06 19:45

Friday, February 17, 2006

celoteh pasal handset...dll

assalamualaikum warahmatullah...

apa kabar? diri ini nak berceloteh lg...

Jibril a.s. pernah mengingatkan Nabi SAW dengan wasiatnya, "Hiduplah kamu sebagaimana yang kamu kehendaki, tetapi ingat bahawa kamu akan mati. Dan cintailah sesiapa yang engkau kehendaki tetapi ingat, bahawa engkau akan berpisah dengannya. Dan buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki tetapi awas, kamu akan dibalas atas apa yang dilakukan itu. Dan ketahulilah, bahawasanya kemulian orang beriman itu terletak pada qiamullailnya, dan kehebatannya bila dia tidak bergantung pada org lain." Hadis Riwayat Al-Hakim dan Abu Na'im.

firstly pasal no. handset. the change rasanya membawa byk persoalan kpd kengkawan semua. dh lama guna maxis tu, dah 4 thn. kedapatan member2 yg masih lg guna no. lama mereka. bagus laa tu. pernah seorang tny kenapa tukar, diri menjawab sbb nak lupakan kisah2 silam... byk sgt kisah2 silam dgn no. tu sama ada pahit, manis ataupun takde rasa. mgkin sbb tu adalah salah satu sbb smpingan kerana sebab utama rasanya dah dinyatakan dlm posting yg lps.
dulu, kalu ada je kengkawan (bkn semua laa) yg dirasakan mcm rapat je dgn kita tukar no. hndset dia kpd maxis, mula laa perasan org tu tukar sbb mudah nak contact kita... alangkah perasannya! alangkah naifnya ~~~! padahal ntah apa2 sbb org tu tukaq no. kita plak lbh2 perasan... huhuhu...pd hal salah sangkaan kita je kenapa org tu tukaq handset... kalu skrg ni diri tukaq no. handset, sbb spt yg dinyatakan dlm posting awal dulu.

mengulas balik rapat tak rapatnya in term of ukhuwwah ni, sebenarnya, masalah yg kita hadapi boleh menjadi salah sbb utk kita jd lbh rapat. caranya, jika ada masalah kita kena laa bgtau kat orang lain. w/pun org tu takde duit nak bg pinjam kita (kalu msalah duit) atau sbgnya, namun meluahkan masalah tu dpt meringankan beban. apa masalah yg disimpan sorg2 payah nak diselesaikan. siapa yg kita rasa percaya maka go ahead utk ceritakan masalah kita.

cuma bila dengar balik hadis ke-4 dlm album Pelita Hidup II Hijjaz ni, yang last tu "...dan kehebatannya bila dia tidak bergantung pd org lain." .... mcm mana pulak tu? kalu ada masalah, nak survive sendiri ka, nak bgtau orang lain? macam mana???

prestasi junior intake 1st sem 05/06 Jabatan Sistem Maklumat Fakulti sains komputer & tknlgi mklumat UPM pd sem lps agak kurang memberangsangkan. kekurangan merujuk senior menjadi salah satu faktor kemerosotan tu. dalam subjek programming 1 yg sepatutnya blh dpt tggi, tak berapa yg result dia impressed. blh jadikan ni sbg panduan dan pedoman kita. betapa pentingnya merujuk senior2 ni. kpd mereka2 yang membuat kerja2 yang jenis kerja tu diwarisi, jenis kije yang payah nak ada manual, dokumentasi pelaksanaan & cara nak buat kije tu, maka kena banyak2 rujuk2 dan tanya senior. sementara senior2 masih ada. kalu terputus satu generasi dalam mendapatkan maklumat sedemikian, payah tu, kena start dr zero balik. bukan senang.

PAKAIAN PEREMPUAN DARI SUDUT MATA LELAKI.

PAKAIAN PEREMPUAN DARI SUDUT MATA LELAKI.

Allah telah menjadikan manusia ini berpasang-pasangan. Malam pasangannya siang, jaga pasangannya tidur, rajin pasangannya malas dan lelaki pasangannya perempuan. Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan. Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.
Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, rasa semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai-bagai cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya. Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara spontan, entah tak tahu kenapa?
Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki yang tidak berdosa itu, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yang warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka, tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki. Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu. Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan spontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing-masing, jangan keluar seorang-seorang, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang-kurangnya dengan tiga orang wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insya-Allah selamat dunia akhirat. Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ke taraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri-curi melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT. Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. Wallahualam. Wassalam. Sekian.
[artikel ni duk terperuk dlm pc aku ni sejak dari mula2 beli PC ni lg… this article was originated masa matrik… tak igt sapa bagi atau aku copy paste dari PC dlm bilik JPP… artikel ni tak guna dalil tp aku tgk logic akalnya blh lagi diterima…entah… Cuma pandangan aku ttg seluar mgkin tak se’syadid’ pndangan ni. Utk org pempuan. pakai laa seluar, yg agak besar sket & bkn mcm seluar yang nmpk bentuk kaki…AUKU tak bg pakai purdah, sabaq laa jap dlm kampus ni. Baju kale2 aku pon tak laa se’syadid’ ni… bukan semua laki mata dia mcm ni. kena la rasional sikit ye? bukan semua pempuan teruk2.]

biskut la pulak...

Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang.

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki di sebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak di sebelahnya. Setiap keping biskut yang dia ambil, lelaki itu turut sama mengambilnya. Di dalam hati, wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. "Alangkah tak malunya lelaki ni .... dah la tak mintak dari aku....makan sama banyak dengan aku pulak ... Pencuri!!!!" rungut wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu.Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu. Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya, "Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar!"

Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya. Apabila dia sampai di tempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok belum terbuka. Jika biskut ni ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi.... ? Ya ... biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya. Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain.

Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar....

Moral 1: Oleh itu..., jangan makan biskut masa tunggu bas/keretapi/kapalterbang... . Makan benda lain.

Moral 2:LELAKI, diulangi..... LELAKI lebih cool semasa makan biskut berbanding perempuan

Moral 3:Selain daripada biskut, rokok juga sesuai untuk dikongsi bersama tanpa disedari.

Moral 4:Lain kali simpan biskut yang kita beli. Makan biskut orang dulu...

nota: diri ini bukan seorang smoker. post ini adalah republish post, sumber dia ntah mana ntah... huhuhu

Wednesday, February 15, 2006

selepas mtg semalam...

(ni dlm hati... kalu kat luar mau tak keluar kalimah aku tu...biasalah hati...)

ye la... kenapa org dah tak nak tegur aku? aku pun tak tau. kira2nya sudah berkali2 aku bilang, jika aku wat silap maka tegurlah aku. adakah mereka sudah fed-up menegur aku? entahlah... sedikit sebanyak aku merasa diri aku ini amat jauh dp mereka semua...

apakah yang harus aku buat untuk membaiki keadaan ini? aku sedar ada yang tak kena tapi ntahlah aku tidak tau kat mana... ke ada lg benda lain?

kpd kakak-kakak, kesian aku tgk AK semalam... lps satu satu push yg dtg... wpun bukan semua akak2 yg meng'push' namun pasti ada yg terbuat sedemikian semelam... adakah sudah hilang respek kalian kpd AK kalian? pasti tdk bukan? luqman tgh2 mlm buta hntar msg pasal ni... terdetik kat hati... eh betul jugak dia kata ni.... setara mana dia pun dia tetap AK antum... belajarlah untuk turun sket level diri kita.. mgkin si adik melihat si kakak trlalu untouchable... terlalu tggi... ke diri ini yg masih kurang mendidik AK tu? wallahua'lam... kepimpinan bukanlah sesuatu yang boleh dibuat2 w/pun blh diasuh dan diajar. kematangan pon, cuma kematangan akan lahir sendiri dengan pengalaman... susah nak suruh org jadik matang... it's always developing.

kalu ikutkan malu aku dah lama aku tak nak mtg dgn sek sek muslimat ni lantaran kesalahan2 dulu yg aku buat... tp ntahlah... malu aku tu tak ke mana sgt sbb tu aku masuk lagi mtg... terpulanglah pd korang...

serapat mana semua org skrg? ukurlah. buatlah apa yg terbaik agar semua org senang dgn kita.....

dah lah.. jom pi makan kat Haya (seafood corner, tempat abe hamka selalu makan huhu).

Monday, February 13, 2006

polemik salam & singkatannya

assalamualaikum... sepatutnya dijawab waalaikumussalam, atau yg lbh baik...

kita lihat firman Allah SWT dlm surah an-nisa', ayat 86, maksudnya, "Apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik atau balaslah (dengan yang serupa). Seseungguhnya Allah SWT memperhitungkan segala sesuatu."

kenapa masih wujud lg akum, askum, a'kum as'kum, salam, w'akum, wsalam, w'salam? what a gangguan textual yang org2 gini dah buat...?
sesungguhnya kita tak akan dpt mengeja semua kalimah arab dengan tepat menggunakan tulisan rumi. jd kalu nak elakkan kesalahan, maka tulislah salam tu penuh2, dan jwblah spt mana yg Allah suruh dalam ayat kat atas td. kalu tak nak tulis pnjng2 jgn tulis terus... wat salah je... jatuh thiqah ka tak tulih? lebih baik dp yg tulis yg salah, kan? org yg tulis 'salam' je.... apa yg nak dia doakan tu? salam dan as-salam adalah satu pengertian yg berbeza dari segi makrifah dan nakirah nya. salam maksudnya selamat. apa yg selamat? as-salam pula tak boleh tergantung begitu shj. jd penuhkanlah ucapan salam kamu tu....

salam hukumnya bagi si memberi salam adalah sunat, bagi yang mendengar, wajib menjawabnya. jawab laa dgn lebih baik... semoga kita (kedua-dua pihak) dpt kesejahteraan tu. bila diberi kita wajib jwb. takpe laa tak nak tulis pun jwpn kita tu. yg penting kita dah jwb... jgn laa menyingkat-nyingkatkan ucapan salam tu lagi..... berlumba-lumbalah bg salam... kerana dr segi pahala pulak lebih diberatkan org yang memberi salam tu.

OK. give salam. let's create the islamic environment.

kadang-kadang aku tersumbat...

dapat dikesani bahawa terdapat suatu jurang antara diri ini dengan bebrapa sahabat muslimat sekolej yang lain... entahlah kenapa jadi mcm tu... mungkin bertitik tolak dari beberapa kesilapan diri ni sendiri.
apakah takrifan rapat tu? dlm konteks dgn muslimat klj ni, rapat ni boleh ditafsirkan secara mudahnya sbg 'kalu org tu ada masalah kita tau apa masalah tu...'
teringat masa sem 1, ada akak yg pggil & cite pasal masalah muslimin... tp rs nya skrg apabila diri cuba bertanyakan masalah pasti akan dilabel terlalu dlm sgt nak jaga tepi kain org. apa dulu mereka tak pernah menceritakn mslh mereka kepada diri ni? ada. mgkin ada kot apa yg kita buat ni yg tak berapa kena di mata muslimat...
dalam mtg, antara benda yg selalu dibangkitkan ialah ukhuwwah, min-min, mat-mat & min-mat. apa makna ukhuwwah min-mat? kita tak mau menyalah tafsirkan spt mana yang disampaikan dlm artikel ust maszlee malik dlm majalah i bulan 2 '06 br ni. just nak tau apa2 yg patut kita tau, adakah itu dikira sbg suatu kesalahan? mungkin, sesetengah berpendapat bila melangkau sempadan belainan gender, maka ia jd satu kesalahan. kalu mcm tu laa, payah laa nak wujudkan ukhuwwah min-mat tu. pd hal time ukhuwwah rapat dulu laa yg time tu kita sume 'naik'... org yg tak amik tau ni, boleh ka wujudkan ukhuwwah ni? mcmna nak wujudkan tafahhum, emphaty.... mcm dulu2?
perlu diambil berat di sini bhw, sikap amik berat tu bukanlah suatu sikap yg teruk. kadang2 sifat amik berat yg agak berlebihan tu ada dlm diri seseorang, dan org2 yg dkt dgn org jenis ni akan perasan benda ni. ke sifat amik berat tu menimbulkan sutau rasa aneh, tak senang di kalangan mslimat yg berkenaan?
boleh laa kot diri ni cuba utk tune kan sifat amik berat, caring melebih2 ni, kpd tmpt yg sewajarnya...
pernah ada sorang muslimat tegur, 'jaga2 laa hubungan dgn muslimat ni terutama dgn mereka2 yg dah berpunya.' i appreciate that, tp benarkah dah 'ada'nya sorang mslimat adalah penghalang utk terus bersahabat? tambah2 lg, dah berpunya atau tak nya sorang muslimat ni lebih sulit sket utk diketahui, berbanding dgn muslimin... mungkin bila terperasan ada tersarung cincin berbatu di jari manis kiri, boleh laa anggap mslmat tu dah ditandai seseorang. kalu cincin kosong tu... payah sket tu... (tp bukan senang nak tgk jari org ni... igt boleh ka? payah nak terperasan tu...)
ada jugak myg berpesan bukan semua benda yg kita tahu... betul juga... tp kalu ada masalah/apa2 berlaku di sebelah sana tak kena caranya terus-menerus simpan benda tu... benda2 yg org tak tahu ni, kadang2 lbh bnyk org menyangka yg bukan2....
dahlah... "aku mmg berharap persahabatan dgn semua org tak akan habis kat sini je." mana yg boleh ditolak tolak la. benda2 ni lebih bersifat local, bersifat individu & bukan menyeluruh. korang wat laa apa2 pon asal tak lari dgn 3:103 ...

Saturday, February 11, 2006

AURAT

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dipilih oleh-Nya antara mereka yang menyertai Gayong UPM untuk menyertai lawatan ke Pusat Latihan Tertinggi Gayong di Air Kuning ini.

Bersilatlah kita, namun ajaran Tuhan jangan sesekali dilupakan.

Peringatan ini ditujukan buat kita semua, jika kita yang disifatkan maka cubalah berubah setakat mana yang kita mampu. Jika kita tidak disifatkan, maka sebar-sebarkanlah peringatan ini.

MENUTUP AURAT MENGIKUT SYARA’

Wanita Islam perlu faham tentang kewajipan menutup aurat kerana ia bukan sekadar fesyen tetapi merupakan syariat Allah SWT yang wajib ditunaikan. Pemakaian pakaia yang menutup aurat tidak pernah menghalang seseorang wanita daripada mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Seperti yang kita ketahui wanita mempunyai daya tarikan yang semulajadi yang mampu mengusik hati lelaki apabila dipandang, apatah lagi jika wanita itu berwajah cantik.

Fesyen apa pun yang dicipta tidak boleh lari dalam lingkungan menutup aurat. Syariat yang diturunkan oleh Allah dan ditentukan olehNya tidak mungkin berubah-ubah sebagaimana berubahnya fesyen pemakaian mengikut peredaran zaman. Allah bersifat penyayang kepada hamba-hambaNya telah menentukan kriteria berpakaian yang sesuai untuk dipakai oleh wanita Islam.

Memakai tudung yang dipadankan dengan jilbab, jubah atau baju kurung misalnya mestilah diniatkan untuk mendapat keredhaan Allah. Mungkin sudah bertudung tetapi masih menampakkan bahagian-bahagian lain seperti dada dan leher.

Ciri penutupan aurat yang sempurna bagi wanita apabila keluar rumah iaitu fesyen yang dikenakan mesti menutupi seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan, pakaian yang dipakai mesti cukup tebal (tidak nipis) dan tidak menampakkan bayang-bayang tubuh, pakaian mesti longgar, warna pakaian tidak menarik minat atau perhatian lelaki, pakaian tdk menyerupai lelaki atau menyerupai pakaian wanita bukan Islam.

Hikmah menutup aurat yang telah disyariatkan oleh Allah ialah faedahnya akan pulang kepada si pemakai tersebut; ianya akan melahirkan wanita yang berakhlak mulia dan sangat menjaga maruah. Anak-anak muda jalanan yang suka memikat pun segan dan hormat serta tidak tergamak untuk mengusik apalagi mengganggu.

Mereka juga semakin tertutup dengan peluang diperkosa, dicabul atau digosip dsb, berbanding dengan mereka yang tidak menutup aurat kerana mereka telah menutup peluang dan ruang ke arah penglihatan yang menaikkan hawa nafsu. Dengan itu semakin tertutuplah pintu ke arah kemaksiatan seperti mana yang dianjurkan dalam firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 52, “dan janganlah kamu menghampiri zina...”

Selain itu di akhirat nanti si pemakai akan mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah SWT. Sebenarnya di sebalik tertutup itu ada hikmahnya. Didiklah anak-anak yang masih kecil supaya menutup aurat sejak awal lagi dengan lemah lembut, bertujuan melahirkan seorang muslimah sejati.

Artikel Syarifah Rokiah dalam ruangan Surat Pilihan, Majalah i Disember 2005 hlm. 6 dengan sedikit pengubah suaian. Pesanan menutup aurat tdk hanya terhad kpd anak-anak kecil semata-mata, malah perlu disampaikan kepada semua peringkat lapisan umur wanita muslimah.


(ditulis utk diedarkan sempena lawatan PSSGM UPM ke Pusat Latihan Tertinggi Gayong di Air Kuning, Taiping, 30/11-03/12/2005)

MENGAPA MEMPERTAHANKAN DIRI?

MENGAPA MEMPERTAHANKAN DIRI?

Jadikanlah setiap amal kita sebagai ibadat, hatta dalam mempelajari ilmu beladiri seperti silat ini. Jadikanlah peringatan di bawah sebagai bekalan kita untuk mempertahankan diri, semoga apa yg kita bakal dan mungkin buat menjadi amal ibadat yg diterima di sisiNya.

Seseorang muslim berhak mempertahankan haknya di sisi Islam. Ini ternyata dari hadis Nabi SAW, “Sesungguhnya darahmu, hartamu dan maruahmu di antara sesamamu adalah haram (dicerobohi) sebagaimana haramnya hari kamu ini dalam bulan kamu ini.” (Riwayat al-Bukhari, no. 67&185; Muslim, no. 1679.)

Dari hadis ini ulama’ Islam telah mengeluarkan hukum bahawa:

Penjagaan agama seseorang: Wajib
Kesannya sekiranya seseorang mengajak Muslim keluar dari agamanya, maka si Muslim itu wajib mempertahankannya kecuali sehingga samapi suatu tahap yang amat terdesak sehingga boleh menggugat nyawa. Itupun hanya dgn pengakuan (keluar agama) dengan lidah tanpa disertai pengakuan hati.

Penjagaan nyawa seseorang: Wajib
Wajib bagi setiap umat Islam mempertahankan nyawa dan menurut mazhab Hanafi, Maliki, & Syafi’e, harus bagi mazhab Hanbali. Hukum bunuh diri adalah haram menurut nas yang telah sabit dan qat’ie. Hukum mempertahankan diri daripada dibunuh seseorang juga wajib mengikut pandangan yang lebih kuat. Justeru tidak dibenarkan untuk membiarkan diri dibunuh tanpa melawan.

Penjagaan maruah seseorang: Wajib
Wajib bagi mempertahankan maruah menurut sepakat seluruh ulama’. Maka wanita yang cuba dirogol atau dicabul wajib mempertahankan maruahnya sedaya upayanya, maka jika dia terpaksa membunuh si pencabul demi mempertahankan maruahnya, maka itu adalah wajib dan tidak berdosa di sisi Islam. Bahkan sebaliknya jika dia membiarkan dirinya dirogol maka wanita tadi berdosa.


Penjagaan harta seseorang: Wajib
Kewajipan mempertahankan harta diperselisihkan oleh sebahagian ulama’. Sesetengahnya mengatakan wajib manakala majoritinya mengatakan harus.


Sumber: Majalah i bulan Disember 2005, hlm. 79

(ditulis utk diedarkan sempena lawatan PSSGM UPM ke Pusat Latihan Tertinggi Gayong di Air Kuning, Taiping, 30/11-03/12/2005)

moto la pulak problem...

pagi selasa tu, terpaksa laa tukar plag moto yg baru sblm pi kuliah... dan sehari naik... ptg rabu tu dah tak hidup... cek-cek x dpt juga... bateri OK... minyak ada...

tp bila abang (izam) aku cek semalam (10/02), rupa2nya kena tarik choke dulu br hidup... motor ex5 choke dia bukan kat handle kiri tu... sejuk enjin tu (tp masa tinggal 1mggu cuti hr tu blh & senang plak start....)

bila time takde motor tempoh hari kena laa naik bas pi kuliah.... akan ada possibility utk duk sebelah org pempuan... pernah juga ada muslimat yg nengok... alahai.... jenuh juga....apa istilahnya? jatuh thiqah? lbh kurang la.... ntahlah... harap2 depa paham laa....

teringat masa kat KISAS dulu.... kalu kluar bandar je.... kalu muslimat kisas dulu ada yg rela duk sebelah cina/india dp duk sebelah muslimin KISAS sendiri... kwn2 duk cerita... apa laa smpai begitu takut sekali.... dah laa duk sebelah laki juga... cina and india.... case2 ni ada tp bilangan tak tau laa...

ada juga yg duk sebelah muslimin KI tu... bila dia di'ancam' ... ada satu cite kwn nak balik melaka.... dlm bas yg tgh gerak tu tiba2 ada sorang muslimat pi tempat dia (muslimin) bgtau dia kena kacau.... langkah terselamat & terbaik muslimin KI tu duk laa sebelah dia...selepas bg warning kat laki yang kacau kwn seKISAS dia ni. muslimat tu amat berterima kasih dgn muslimin tu... dua2 la ni duk oversea, sorang kat barat sorang kat timur tengah kalu tak silap...

OK laa kita jumpa dlm lain pny celoteh lak...

Wednesday, February 08, 2006

dah tukaq handset la.

assalamualaikum apa kabar semua>?

sepanjang cuti seminggu lps... duk tgk2 handset... tgk apsal laa ramai ust bg diri ini (my ustaz)... yg pakai 013/019...
.ni rasa nak ubah ni... w/pun xde dalil yg kukuh kenapa tukar tp...., ikut je laa ustaz2 yg lebih berpengalaman....antaranya, bekas imam masjid UPM (ust. azhari hj ahmad), guru disiplin maahad muhammadi L (ust wan bakri-syari'ah degree holder, univ. of jordan), ust shamsuri ahmad (ex ust KMPP, skrg pendakwah bebas, jugak tokei kedai nasik kandar kat penang), ust kauthar-lecturer UKM, seorang pendakwah yg best jugak, ust zulkifli, lecturer UKM, yg bagi kuliah tasawwur islam di koleh 12 UPM skrg, ust ismail kamus, pndakwah bebas yg kena ban oleh kerajaan... dll
wpun seperti jugak maxis (top supplier sure heboh kan?), celcom ada jg menganjurkan benda2 yg tak selari dgn syariat ni (maaf mmg kena bgtau)... namun mesti ada alasan kukuh kenapa ramai ust2 (yang di list kan atas) pakai celcom, selain dp line senang dpt kat rumahh diorang...

pandangan ini bersifat peribadi. masih ada salah dan mungkin ada betuil. boleh diterima dan boleh ditolak. diri ini sedia menerima kritikan membina berhubungan perkara ni. sekian terima kasih.

0132167545 (yg beli masa prgm telekom kat upm tu...)
bila msg nanti bgtau laa sapa yg msg tu...
tlg jgn disclose dlm mana2 egroup OK?

yang dulu kat sini...

previously built here....
sekarang ni cuba nak alih ke sini pulak laa...

starting je...

alhamdulillah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...